10 MP PAS sembah derhaka idea Kerajaan Perpaduan tajaan Hj Hadi Awang.
Baca di sini.
MP lain macam mana - nak berpeluk sama Umno juga ke. Wooo.
Kalau kutahu begini jadinya akhirnya....baik daku pikul periuk ikut Dr Rosli ke Bangladesh...
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM
Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.
Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.
Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.
Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.
Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.
Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.
Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?
Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?
***********************************
bila pemimpin umno sedar wahai kawan.nak cerita sikit, aku ni businessman melayu la, aku cuba bersihkan dari rasuah, apa aku dapat? 1 atau 2 pojek kecik2, ada try nak approach pojek besag sikit, tarak masyuk, tarak pojek la, macam tu la dari zaman dulu sampai lani.KEPIMPINAN MELALUI TELADAN KA, ISLAM HADHARI KA ATAU ONE MALAYSIA KA, kalau tak masyuk, tarak pojek punya lah. tak caye? tanya la orang umno........lani zaman najib lagi teruk, ekonomi merudum, duit kurang, memang dia pilih betoi2 punya.p la tanya kontraktor dari kelas f sampai kelas a, orang pak lah, khairy ka, mahyudin.....opps pun kena punya....
lebai mangkuk ni memang betoi2 mangkuk lahhhhhh
agak2 la, mp 14 lagi tu sokong UG la kot atau berkecuali?...atau takut nak nyatakan pendirian.
sapa 10 mp tu?
Perpaduan Ahli PAS, UMNO dalam Barisan satu nekmat besar - Nik Aziz
http://muktamarpas.blogspot.com/
penakut la tu, takut hilang kerusi, takut tak dpt jadi calon lagi, nak perintah malaysia dah lepas ni..
Salam sdr,
Assobiyah ni membawa kepada kemusnahan.
Janganlah perjuangan Islam Pas ini di kecamukkan dengan unsur-unsur assobiyah.
Kelak akan berkubur sama.
saya tertarik dengan beberapa ‘perbahasan didalam banyak blog-blog’ berhubung UG, saya rasa kita sebagai ahli yang menyumbang sokongan, buah fikiran, masa, wang ringgit, penerangan dan lain22 lagi kearah pemantapan PARTI PAS yang berjuang untuk menegakkan ISLAM mesti berfikiran terbuka, berlapang dada, jangan emosi. ini adalah 1 fasa untuk samada membina kekuatan perjuangan islam melalui pas, atau memberi kesan kepada kejatuhan, persepsi negatif atau merugikan parti pas dan perjuangannya yang akan kita wariskan kepada generasi mendatang.
nampaknya masing2 berhujah dan punya hujah, masing2 mempertahankan hujah, ada penyokong dan ada penentang, inilah namanya saya kira perbincangan atau perdebatan tetapi perlu di’sihat’kan sedikit.
mungkin perjuangan rashid maiden(di akhir hayat beliau di sempadan Thailand beliau mengajar al-quran kepada anak2 di perkampungan tersebut), shamsiah fakeh dan pkm melayu yang seangkatan bole dijadikan contoh.mereka ini pada asalnya mahukan kemerdekaan dengan penentangan dengan british, pada masa itu, hasrat mereka sangat baik, tetapi kenapa memilih pakatan komunis untuk memperjuangkan hasrat suci? terbukti mereka telah terperangkap sehingga akhirnya mereka tak bole keluar dari belengu komunis lagi.kemerdekaan juga bukan melalui perjuangan mereka, walau mungkin ada sekelumit sumbangan di dalam british menilai sekiranya tak beri kemerdekaan, lama2 penentanga komunis bertambah mendapat sokonga.tetapi apa jadi dengan onar yang PKM telah lakukan.
saya melihat UG mempunyai ciri2 di atas(bukan kata mereka komunis) iaitu hasrat yang murni tetapi jalan yang salah…..sambung
manakala penentang UG pula saya contohkan sebagai BERADA DALAM MULUT BUAYA, TAPI NAK LAWAN DENGAN HARIMAU.ini kerana PAS merasa kuat berada bersama PKR dan DAP, tetapi samada sedar atau tidak berada di dalam MULUT BUAYA(PKR @ DAP) pada masa yang sama nak/sedang berlawan dengan UMNO/BN(HARIMAU-mungkin harimau sedang nazak).apabila harimau kalah nanti, bakal cerna dalam gasto(perut) buaya, kalau kalah kena makan/bunuh dengan harimau nazak,sekali PKR+DAP+PAS kalah.
saya buat contoh binatang ni supaya senang difahami, bukan kata samakan dengan binatang_takut2 gak, sensitif plok nanti
+%&-ada pendapat mengatakan sebaik2nya pas berjuang seperti zaman dulu, bersendirian,perbaiki mana yang salah, kukuhkan penghayatan islam, perkemas aqidah,akhlak, ekonomi,kuatkan dakwah pada non muslim, tambah ahli, pendidikan disamping masa sama berjuang dalam demokrasi. nanti dengan sendirinya rakyat akan menyokong kita.ikutilah jalan dakwah nabi, mula dari period makkah, apabila dah kuat, mulakan langkah period madinah.
ini satu pandangan yang terbuka, bole dikritik, pandanga +%& diatas bukanlah bermaksud mau bawa pas kebelakang, tetapi mau bina kekuatan dulu, kita orang islam sangat lemah aqidah, akhlak, ibadah, bukankah selalu juga kita dengar KEJAYAAN UMAT ISLAM AKAN DICAPAI APABILA SOLAT SUBUH JEMAAHNYA SEPERTI SOLAT JUMAAT’.
FIKIR-FIKIRKAN.
Post a Comment