Thursday, June 18, 2009

KENYATAAN AKHBAR PAS KOTA MELAKA

KENYATAAN AKHBAR PAS KAWASAN KOTA MELAKA

PAS Kawasan Kota Melaka berdiri teguh di belakang Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu menolak Kerajaan Perpaduan. Pas Kawasan Kota Melaka juga menyokong penuh tindakan Tuan Guru mencabar Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasarudin Mat Isa meletak semua jawatan dalam parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Pas Kawasan Kota Melaka begitu kesal dengan kenyataan-kenyataan yang dibat oleh Timbalan Presiden sejak akhir-akhir ini tentang Kerajaan Perpaduan dan tidak menghormati serta tidak walaq kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar

t.t
HJ SAMAT BIN AHMAD
Setiausaha PAS Kawasan Kota Melaka.

4 comments:

Anonymous said...

Menurut YDPnya PAS Padang Serai, Kedah baru sahaja sebentar tadi menghantar fax untuk mengatakan sokongan kepada TG Nik Aziz..

serupasekala said...

Dimana ajk pusat .
Dimana pemuda pas .
Dimana syura ulama.
Masih bediam seribu bahasa.
Mengharap TG Nik Aziz sahaja yang menentang ug.

orangkampung said...

salam sdr,

Disertakan keluhan hati hamba Allah untuk tatapan semua.

" saya sarankan saudara2 bandingkan saja rumah burok robek TGNA dengan banglo besar dikawasan elit dengan harga lebih RM 1 juta di negeri sembilan kepunyaan ustaz nasha tu. Tu baru jadi timbalan presiden PAS dengan jadi YB beberapa penggal saja. Tok guru NA dah jadi YB lebih 30 tahun, dah jadi MB kelantan hampir 20 tahun tapi hidup dia zuhud saja. dudok rumah kayu robek sja. cermin tingkap pun pecah, tiada longkang atau parit etc. Ni tidak, baru jadi YB beberapa penggal, baru pegang jawatan dalam parti sekejap, rumah dah naik mencacak, berdiri megah dikawasan elit berpagar dengan siap pondok pengawal. nak masuk kena jumpa guard dulu. jauh beza dengan rumah TGNA - tiada guard, tiada pagar dan jauh dari kemewahan dunia yang fana ni .

apakah ini kehidupan bakal presiden PAS yang akan ganti TGHH? apakah ini pemimpin PAS yang bakal ganti TGNA jika ditakdirkan keduanya2 meninggal dunia nanti? Ustaz Nasha kena belajar banyak lagi. nak jadi pemimpin bukan setakat duduk hotel mewah taraf 5 bintang bila sekali-sekala kelik ke kelantan - lawatlah daerah bachok yang daif tu, jengoklah masalah rakyat marhaen. kalau sekali-sekala balik kelantan - tapi duduk hotel mewah dalam kesedapan bil air-cond - samalah gaya macam pemimpin ameno, sebab tu TGNA sarankan letak saja jawatan sebagai ahli parlimen bachok tu. TGNA tahu semua ni. TGNA dapat feedback dari rakyat marhaen. hati TGNA jadi sebak, malam2 dia akan menangis tawajjuh pada Ilahi. harapan TGNA cukup tinggi - dia nak Islam tertegak, dia tak mahu pemimpin sampah. malangnya feedback dari rakyat marhaen amat memedihkan hati dan menyesakkan dada beliau.

Semoga Allah memberikan kesihatan pada TGNA dan semoga Allah buka hati pengkhianat2 yang ada agar kembali kepada hidayah dan taufiiq Ilahi .... "

Wasalam.

padukasufi.blogspot.com said...

macam2 la...cuba bertenang sikit..jgn emosional. kita penggerak islam cuba tunjukkan akhlak kita semasa di uji ni...jgn hilang identiti kita