Saturday, May 2, 2009

ULAMAK PAS MASUK UMNO

Kalau tak beribu, agaknya beratus Ayatullah dan Hujjatul Islam di Iran. Ayatullah dan Hujjatatul Islam di Iran lebih tinggi kedudukannya dari ulamak di Malaysia atau secara khususnya dalam Pas. Jika tidak, mungkin sama taraf antara Ayatullah Iran dengan ulamak Malaysia kot. Ha ha.

Tetapi mengapa Ahmadenejad yang di pilih sebagai Presiden Iran. Konsep kepimpinan Ulama di Iran lagi hebat dari konsep kepimpinan Ulamak dalam Pas. Malah Pas memang meniru konsep dan semangat kepimpinan ulamak dari Iran itu. Tak ada Ayatullah atau Hujjatul Islamkah yang lebih layak menjadi Presiden Iran sehingga rakyat rakyat Iran terpaksa memilih Ahmadenajad yang tidak bertaraf ulama itu.

Ya, rakyat Iran dengan yakin memilih Ahmadenejad kerana beliau mempunyai peribadi yang berpegang teguh dengan prinsip Islam, yang hidup sederhana, yang tegas dengan Amerika, yang prihatin dengan rakyat bawahan dan telah terbukti menjadi Datuk Bandar Tehran yang berjaya.

Para Ayatullah di Iran pun melihat Ahmadenejad sebagai orang yang mampu melaksankan visi dan misi Islam di Iran, dan mereka tak nampak calun Ulamak atau Ayatullah pada masa kini untuk melaksanakannya.

Maka apabila massa Pas merasai bahawa ada calun bukan Ulamak lebih berkemampuan sebagai Timbalan Presiden Pas, apa yang Ketua Dewan Ulamak Pas dan Harun Din risau sangat. Massa Pas tak nampak calun ulamak masa kini yang ampuh dan mempunyai kualiti untuk dipertaruhkan untuk menjayakan perjuangan politik semasa Pas.

Janganlah berbangga sangat dengan nama ulamak kerana ramai sudah ulamak Pas yang gugur dalam perjuangan. Berikut ialah nama ulama Pas yang masuk Umno:

  • Hj Ahmad Fuad - Yang DiPertua Pas yang pertama
  • Hasan Adli - Timbalan Yang di Pertua Pas - digelar panglima jihad
  • Othman Abdullah - Naib Presiden Pas
  • Mustafa Taib - pada satu ketika kuliahnya lagi hebat dari TG Nik Aziz di Kelantan.
  • Nakhaei Hj Ahmad - Naib Presiden Pas - penulis buku "Kemasukan Anuar Ibrahim Dalam Dalam Umno Tak Syaraei"
  • Hj Ghazali Losong, Terengganu - Dewan Ulamak Terengganu.
  • Datuk Mohd Nasir - tubuh Berjasa, masuk BN
  • Datuk Asri - tubuh Hamim, masuk BN
Maka, janganlah menambah syarat hanya ulamak sahaja yang layak jadi Presien dan Timbalan Presiden Pas wahai Ustaz Daud Iraqi dan Dr Harun Din - belum ada jaminan bahawa ulamak Pas tak masuk Umno.

Jika soal hukum, Majlis Syura kata pemutusnya bukan JK Pas Pusat. Perkukuhkan Majlis Syura Ulamak. Isu-isu Islam dan hukum, Dewan Ulamak kena lebih peka dan pantas menanganinya.

10 comments:

Anonymous said...

Fakta banyak silap, Hassan Adli dan Mustapha tak pernah masuk UMNO.

Anonymous said...

masuk bn lebih kurang sama masuk umno ya brother.

Anonymous said...

sah mustafa taib masuk umno dan belum istihar masuk pas. Dia pernah bertanding ticket pas pada 1982 atau 1986.

Yong said...

Tak payah debat sapa ulama PAS masuk UMNO. Dalam UMNO pun dah ramai yang ngaku ulama. Ade PhD lagi. Ade yang dah deme buat demi Islam? Pokoknya, ulama jangan riak dengan gelaran itu. Ingat! Ulama tolong cerakinlah - Mengapa Turki jadi secular? Mengapa Afghanistan jatuh? Mengapa Mengapa Mesir sampei sekarang diperintah ejen Yahudi? Ape ertinya status ulama itu kot yang nampak di depan matapun tak reti nak kaji dan ambil tindakan?

Anonymous said...

Siapa tak kenal Ust Nakhaei yg masuk Umno setelah ceramah beliau tak laku, ramai orang dengar. Ust Mustafa Taib dan Nakaei (YADIM) masuk umno dan jadi jurucakap Islam Hadhari dan sekarang dok buat program Islam 1 Malaysia pulak. Ust Daud Iraqi ni dulu kalah bertanding untuk YDP Pas kawasan Kubang Kerian dengan Tuan Haji Mat Sabu. Ust Harun Taib dah lobi ulama 1 Malaysia mintak nak jadi Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.
Ceramah dia lagi tak sedap.

Ja'far Ahmadi, Bukit Bintang14

Anonymous said...

Pas Shah Alam majoriti sokong Pakatan Rakyat. Tapi gerombolan ni boleh cadangkan Ust Ahmad Awang untuk Naib Presiden. Woit hampa tahu tak antara sebab kerajaan PR jatuh di Perak kerana ulama dan habuan dunya. Ust ni hari2 pi jumpa Nizar mintak balak. Lama2 bala yg turun jadilah Kerajaan Pasola Negeri Pasir Bedengung. Sekarang ni hampa semua kena fikior cari laksamana nak selamatkan kerajaan pasola. Apa macam! Turrrrrrrrrrrrrrrr punya PJ.

Zolgoji, Bukit Antarabangsa

AFRAR YUNUS said...

salam
"Kemasukan Anuar Ibrahim Dalam Dalam Umno Tak Syaraei" lama punya lama kaji balik buku tulisan sendiri gamaknya, nampak ada ketirisan, lalu untuk manampalnya, penulis dari Baling itu pun masuk Umno. Begitukah?

Anonymous said...

aku rasa Harun Din kena panggil jin2 beliau dan tun jean untuk menghadapi ahli pas yg menentang muqabalah dgn umno. Harun Din ni pun satu, jika tak kerana dek orang Cina dan India yg undi PR, para ustaz Pas tobat lahum tak boleh beri kuliah kat dalam masjid di Selangor, Perak, P.Pinang dan Kedah. Sekarang hampa para ustaz Pas yg mengaku jadi pemimpin rakyat tengok di Perak tu, hampa dok tengok berdengung tak boleh nak fikior ke weh.

Anak Ghani, Bukit Katil

Anonymous said...

UstaZ Ahmad Awang jenis ulamak yang dah tergadai body pada Husam Musa.
Tidak dinafikan ada ulamak yang tidak mampu beriman dan beramal dengan ilmunya.

Tetapi kenapa heboh 2 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden???. Bukankah Husam dan Mat Sabu dari kalangan bukan Ulamak dah berada dalam rangkin ketiga susunan parti iaitu Naib Presiden??

Bahananya pemimpin dalam PAS masa PAS menang banyak semua asyik dok berebut jawatan. Masa PAS kalah teruk Ulamak yang berhempas pulas menghidupkan kembali.

Profesional tinggal PAS cari kerja makan gaji. Sekarang dah menang YB gian sakan berebut jawatan.

Husam bersungguh nak jawatanTP. sebab nak kan jawatan Menteri Besar Kelantan. Orang lain-lain yang tergila-gila tu apa pasal??

Aku sokong Husam, sebab nak kan kawasan balak. hanya Husam yang boleh beri wang. Hidup Husam

HIM SALOR

Anonymous said...

Woit Him Salor! Ulamak ke Profesional ke aktivis parti yg penting pemimpin Parti mestilah orang yg boleh menjaga maruah parti dan meneruskan perjuangan parti. Dasar dan matlamat Pas tak boleh di pinda tetapi strategi boleh berubah menurut perkembangan politik semasa.
Yang harus dperkasakan Majlis Syura Ulama dengan ahli2nya yg berwibawa dan boleh menjadi rujukan Ahli Pas dan ummah melangkaui Majlis Fatwa Kebangsaan.
Jika majlis Syura dapat berfungsi dengan cemerlang masalah orang2 bukan Islam akan dapat direncanakan, untuk mereka berpegang teguh dengan payung Pas. Yang ini para ulama Pas kena renungkan. Kalau nak kejar dunia bak kata pepatah RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI.

Zolgoji, Bukit Antarabangsa