Thursday, May 28, 2009

MENGAPA LAWAN NASHARUDIN

Kita tak tahu lubuk hati mereka - kenapa Mohamad Sabu dan Husham bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas. Harakah tidak bersedia mewawancara mereka berdua kerana tidak mahu melibatkan diri dalam kempen pemilihan jawatan dalam Pas.

Yang pasti dan jelas ialah mereka tidak puas hati dengan kecenderungan sebahagian pemimpin Pas terhadap Umno. Ada pemimpin Pas yang lebih suka berpakat dengan Umno dalam politik masa kini dan pada masa hadapan. Fikrah Melayu, demi melayu, asobiyah Melayu sedang diserapkan ke dalam pimpinan Pas di peringkat bawahan secara terancang kini.

Nasa hanya dianggap sebagai proksi fikrah tersebut dalam Pas. Maka Mohamad Sabu dan Husam bukan melawan batang tubuh Nasharudin tetap melawan golongan yang mendokong fikrah pro Umno dalam Pas. Soalnya mengapa mereka tidak bersatu dalam melawan golongan tersebut.

Bacaan tambahan klik di sini.

1 comment:

Mohd Adam said...

Mohamad Sabu Perlu Menang!!!!!