Monday, May 25, 2009

MERAKYATKAN PAS

Sah pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden Pas, antara Hj Mohamad Sabu, Husham Musa dan Nasharudin Md Isa. Mana satu pilihan kalbu para perwakilan nanti.

Jika Pas ingin menang dalam PRU 13, Pas hendaklah merakyat. Pas hendaklah dilihat memperjuangkan isu-isu rakyat. Pas hendaklah kehadapan dalam setiap isu politik. Pas hendaklah dilihat oleh semua kaum. Jika Pas hendak merakyat, maka pimpinan utamanya hendaklah merakyat.

Berdasarkan kaji selidik, Mohamad Sabu dilihat pemimpin yang merakyat. Dari isu setinggan, tanah, ISA, PPSMI, MB haram Perak, Palestin dan berbagai lagi; beliaulah yang tidak berhenti-henti berjumpa rakyat. Mengakulah secara jujur. Kita mahu pemimpin yang tegas dengan dasar Islam dan berani memperjuangkan isu rakyat.

Tidak memilih Nasharudin bukan bermakna Pas menolak kepimpinan ulamak. Majlis Syura Ulama itulah pengawal dasar islam dalam percaturan politik Pas. Jika ada ulama yang tangkas, berani, rajin, dan tak main kenyit mata dengan Umno, maka kita tidak ragu memilihnya. Tetapi buat masa ini Nasharudin bukanlah orangnya. Jika Mohamad Sabu dan Husham sanggup menongkah arus, maknanya ada "sesuatu" kepada Nasharudin tu...

No comments: