Thursday, May 21, 2009

ASOBIYAH MELAYU

Analisa menunjukkan orang Melayu masih ramai bersama dengan Umno lagi, kecuali di Kelantan. Faktor utama kemenangan PR adalah disebabkan oleh sokongan majoriti pengundi bukan Melayu.

Mengapa pengundi Melayu terus menyokong Umno/BN?

Apakah pengundi Melayu tidak nampak penyelewengan dan kelemahan Umno/BN. Jika pengundi Melayu tak tahu hal ini, maknanya orang Melayu terlalu miskin info politik. Apakah orang Melayu lebih percaya info RTM, TV3 dan Utusan Meloya. Apakah ceramah Pas/PKR masih belum menorobos ke akar umbi orang Melayu.

Atau pengundi Melayu memang tau segala kelemahan dan penyelewengan Umno/BN tetapi tetap menyokong Umno/BN kerana Umno/BN itu parti orang Melayu. Pada mereka biarlah Umno rasuah asalkan orang Melayu yang memerintah. Jika ini pemikiran pengundi Melayu, maka orang Melayu sedang menganut fahaman asobiyah yang dianggap sesat dalam ajaran Islam!!!!!

Dan jangan hairan, penyakit asobiyah ini sedikit sebanyak masih berkarat dalam sebahagian pimpinan Pas.

2 comments:

Anonymous said...

sudah lama tiada isu yang hangat,,, diperkatakan .. isu kebangsaan, kemurtadan dan semua yang meletakkan Adden di tahap yang paling pudar.. adalah dibawah pemerintahan kini.. mengikut sejarah tamadun dan perkembangan Islam.. Setiap Kerajaan memiliki masa yang menyerlah.. dan akan tiba satu masa kerajaan itu akan tengelam dan hancur ini terbukti melalui sejarah kerajaan2 Islam.. apatah lagi yang Sekular.. dan Asobiyah... dan akan wujud pula kerajaan yang membawa lebih kebaikannya bagi mengimbangi kitaran kehidupan manusia sejagat.. sekiranya kita masih tidak merubah pandangan dan prinsip asobiyah maka sama lah kita seperti zaman jahiliyah...bezanya kita telah menerima keterengan yang sebenarnya.. dan ini lebih teruk lagi,. tanpa kita sedari...

Anonymous said...

Yang hairan kenapa di Kelantan akta2 asobiyah masih di kekalkan oleh kerajaan PAS yang ada sekarang. Seperti reserve Melayu Kelantan masih di pertahankan. Saya rasa konsep Assobiyah yang di bawah oleh fahaman setengah individu2 adalah tidak tepat.
Soalan kenapa semasa perhijrahan Rasul SAW ke Madinah kaum Muhajirin dan Ansar di bezakan harus jugak di telitikan.

Juga kenapa hadis seperti (lk. maksudnya- "Allah tidak membaiki nasib satu kaum sendiri melainkan kaum itu mengubahkannya". Bukan kah ini juga boleh disamakan dengan perjuangan berdasarkan kaum?