Wednesday, May 6, 2009

NAK DAKWAH UMNO?

Antara hujah penyokong muzakarah/mukabalah/kerajaan perpaduan yang berlindung dalam jubah kepimpinan ulamak ialah Pas nak berdakwah dengan Umno.

Jika nak berdakwah dengan Umno tak payahlah berpolitik, berpilihan raya dan berceramah setiap malam membantai Umno. Ajaklah ahli Pas masuk Umno beramai-ramai, kita bersihkan dan kuasai Umno. Senang aja.

Yang kita perlu buat ialah ajak rakyat menyokong Pas dan menerima kepimpinan Pas. Jika nak berpeluk sama dengan Umno dalam satu kerajaan yang tak ketahuan hala lagi, hanya satu khayalan sahaja. Ini sengaja cari lubuk maut. Kalau nak cuba kerajaan perpaduan pada peringkat awal, Kerjaaan Kedah dan Kelantan lantiklah exco di kalangan Adun Umno. Buatlah dulu!!! Kita nak tengok apa jadinya.

Pelik sungguh membaca kenyataan Tantawi dan pemimpin sewaktu dengannya dan dia tak percaya permainan dalam bilik gelap Pas dengan Umno walaupun Pak Lah dan Hj Hadi mengakuinya. Tak sedarkah Mahfuz dah mintak maaf dulu. Ish tidur ke?

No comments: