Thursday, May 7, 2009

SAH MOHAMAD SABU BEBAS

Sah, Tuan Hj Mohamad Sabu dibebaskan oleh mahkamah melalui jaminan polis pada jam 3.30 petang tadi. Selepas itu pihak polis sekali lagi mengambil kenyataan dari Tuan Hj Mohamad Sabu.

Pihak mahkamah menolak permohonan polis yang mahu mereman calun Timbalan Presiden Pas ini selama 4 hari.

Peguam Aminudun dan Peguam Razlan mewakili Tuan Hj Mohamad Sabu sepanjang prosiding di mahkamah pada petang ini.

Kini Mohamad Sabu sedang bergerak ke Kuala Lumpur semula.

Isteri Hj Mohamad Sabu, Puan Normah Alwi mengucapkan terima asih kepada semua sahabat yang berusaha dan mendoakan pembebasan suaminya.

No comments: