Oleh MSO
PENGESAHAN pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas hari ini oleh tiga calon, Mohamad Sabu, Husam Muda dan Nasharudin Mat Isa membuka lembaran baru dalam Parti Islam Se Malaysia (Pas). Mungkin sudah ada pertandingan melibatkan tiga penjuru merebut jawatan nombor dua itu sebelum ini, tetapi senario dan semangat waktu itu bukan seperti hari ini.
Tahun 2003 sudah berlaku pertandingan tiga penjuru antara Hassan Shukeri (penyandang), Abdul Halim Abdul Rahman dan Nasharudin Mat Isa, yang berkesudahan dengan kemenangan kepada Nasharudin Mat Isa.
Tetapi suasana ketika itu tidak seperti hari ini. Bentuk kempen, semangat dan mood pertandingan bukan seperti hari ini yang penuh kelainan dan mendapat fokus dunia dari Arab Saudi hinggalah ke Amerika Syarikat. Saya rasa hebatnya pertandingan kali menyebabkan pemerhati politik Amerika Syarikat, Islamabad atau Teheran dan Tel Avi juga tidak lena tidur dan ternanti-nanti keputusan muktamar Pas kali ini.
Begitu juga gerakan seperti Hamas, Hisbullah atau Talibah, kumpulan syiah di Iran dan di Iraq akan memberi perhatian kepada Mohamad Sabu. Mereka mahu tengok apakah pemimpin agresif, radikal dan berani mendepani musuh (Umno dan Barat) itu menang atau pun tidak. Tentunya kumpulan pejuang jihad muslim itu menanti perkembangan ini dengan penuh prihatin.
Kemenangan Mat Sabu nanti mungkin tidak disambut dengan pesta ‘memetong’ – melempar ke langit tiang bendera namun kemenangan Mat Sabu yang prihatin kepada nasib rakyat Islam di Timur Tengah dibanggai mereka semua. Allahuakbar!
Bertolak dari latar belakang dan suasana itu kenapa saya mengatakan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden kali ini penting dan menjadi fokus dunia, sebab natijah dari kemenangan itu kelak besar, ia akan merubah atau mengekalkan status Pas sebagai gerakan Islam jamaah seperti yang sedia ada ataupun menjadi sebuah gerakan penuh dengan sekular.
Semuanya kita sayang. Kepada Mohamad Sabu kita sayang, dia adalah tokoh yang telah teruji buruk dan baik dalam Pas. Ujian yang dihadapinya cukup besar dan cukup hebat di mana calang-calang orang dapat betahan sepertinya. Beliau pernah dikenakan ISA kerana berjuang dalam Pas.
Tahanan ISA seorang ini cukup memberi kesan. Kalau seseroang itu tidak memalingkan diri kepada Pas mungkin dia akan mengambil sikap mendiamkan diri. Namun tidak begitu kepada Mat Sabu. Penahanan dalam akta ISA serta beratus saman dan tangkapan polis menjadi baja untuk beliau terus berjuang dalam PAs. Sekiranya ujian dan balak yang menimpanya ini dijadikan kriteria wajib untuk memilih pemimpin, nah Mohamad Sabulah orangnya.
Berbanding dengan Nasharudin dan Husam, Mat Sabu lebih mencabar kehidupannya. Kesabaran dan kesetiaan kepada parti telah diuji. Perangainya baik semasa menjadi ahli Parlimen atau tidak, sama sahaja. Mohamad Sabu tidak pernah mempunyai wang, dan pergaulan bebas dengan rakyat, jawatannya sama sekali tidak menjadi penghalang.
Manakala jika dibariskan ketiga mereka dari segi protokol sebuah keluarga, Mohamad Sabu boleh diibaratkan sebagai abang tua, Husam abang tengah dan Nasharudin adik bongsu.

2 comments:
Dua orang pemimpin sama baik dan merupakan asset pada parti.Abang tua banyak kelebihannya banyak Ijazah dah dapat ,ISA,Lokap,Gas,pidato.Abang muda pintar,cekap berkesan dalam mentabir negeri.Kedua duanya diperlukan oleh Parti.haruskah kita korbankan satu untuk dapat satu sedangkan kita amat memerlukan kedua duanya.Tak rela kami di bawah.eloklah yang muda bagi laluan pada yang tua cara itu kan lebih tertib dan beraklak.
Salam,
Hidup Mat Sabu!!! Mat Sabu untuk Timbalan Presiden!!! Allahuakbar!!!
Post a Comment