Monday, May 4, 2009

ULAMAK LAWAN ULAMAK

Ada cadangan supaya hanya Ulamak sahaja yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Ketika Mustafa Ali lawan Hasan Skukri, tak timbul isu ulamak atau tidak. Hari ini Mustafa Ali sudah cakap lain pula. Konsistenlah bib.

Siapa ulamak sebenarnya dalam Pas. Ulama atau lulusan ugama?

Maka selepas ini ulamak akan lawan ulamak dalam Pas. Ha ha ha.

Kalau nak pastikan hanya ulamak yang memegang jawatan ini, maka ahli Pas ini kita hadkan kepada ulamak sahaja...

4 comments:

Anonymous said...

simpati diucapkan kepada golongan yang dipanggil profesional.. kenapalah terlalu dhoif IQ ... jika kita tinjau semula..era mana dalam PAS ini yang hebat dipelopori oleh golongan Ulama' semuanya.. zaman Dr burhanuddin Helmi atau zaman Hj Yusof Rawa atau Hj fadhil Nor.. atau sekarang Ehmm.. sukar juga nak mendefinasikan dan mengkhasifikasikan ulama' dalam kontek haraki... kalau dalam kontek Ilmuan .. fuh ramai sangat tu.. tapi dalam haraki maksdnya kumpulan yang rata2nya Ulama' ada pertikaian tu..rasanya.. kalau Presiden dan T.Presiden saja kita nak letak ulama' bagaimana pula fungsi peringkat Syura' .. itu kan lebih tinggi.kalau nak ikutkan hak kebebebasan memilih kenapalah ada faktor2 perlunya pangkat ulama' dalam parti... kan baik kita letakkan golongan ulama' sebagai presiden dan T.P dikalangan yang berwibawa tak kiralah ulama atau bukan asalkan bukan membawa konsep kerajaan Perpaduan dengan golongan yang tak pernah nak ingat golongan Ulama'. fikir2kan lah .. semua jangan kita esok menjadi umpama buluh yang dibuat pagar rumah sedangkan tiup dek ribut ..habis melayang..

Yong said...

Dr Burhanuddin Helmi seorang professional. Beliau ialah perintis perubatan homeopati di Malaysia (masa tu Semenanjung Tanah Melayu). Bacalah di sini tulisan mengenai beliau. http://wanitasihat.tripod.com/id11.html

Anonymous said...

Ada 3 orang yang akan bertanding Timbalan Presiden PAS. Ust Nasharuddin, Husam Musa dan Mohd Sabu.

Kenapa hanya Ust Nasharuddin mendapat layanan istimewa oleh UMNO dan Utusan Malaysia, apabila UMNO dan Utusan Malaysia turut berkempen untuk Ust Nasha?

Kenapa Husam Musa dan Mohd Sabu tidak mendapat layanan yang sama daripada Utusan Malaysia.

Adakah ini menandakan bahawa jalur pemikiran Ust Nasha telah sama dengan jalur pemikiran UMNO?

Mungkin ini bermakna Ust Nasha merupakan agen UMNO di dalam PAS.

Mungkin ini bermakna UMNO menganggap Husam Musa adalah musuh nombor wahid mereka?

Mungkin UMNO menganggap bahawa kehadiran Husam Musa bakal menggugat UMNO secara major.

Mungkin UMNO menganggap bahawa Ust Nasha tidak berkuku di dalam berlawan dengan UMNO.

Atau Ust Nasha membayar Utusan Malaysia untuk menjadi jurukempen beliau?

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh perwakilan.

Anonymous said...

Pas bukan parti untuk ustaz, lebai dan ulamak sahaja. Tetapi PAS FOR ALL adalah untuk diperjuangkan Islam itu oleh orang lain juga yakni golongan profesional baru lah tak nampak jumud .
Bahkan yg dikatakan Kepemimpinan Ulamak itu sudah ada Majlis Syura Ulamak ( Mursyidul Am) dan Dewan Ulamak . Takkanlah No 1 dan No 2 Dimestikan WAJIB ulamak.
Di era sekarang sudah ada calun pas org bukan Islam dan sudah ada Kelab Penyokong PAS . Era akan datang mungkin Bukan Islam boleh jadi ahli bersekutu jika sampai masa nya nanti keahlian mereka mencapai satu juta umpamanya.
Di sinilah letaknya dinamika Islam yg pesat berkembang.
Apa salahnya di satu hari nanti Presiden dan Timbalan Presiden terdiri daripada kalangan Profesional yg beriman dan bijaksana kerna mereka tidak bisa rosakkan hala tuju PAS justeru kerna Majlis Pengawal yakni Majlis syura adalah Badan yg tertinggi di dalam PAS.
Oleh itu PAS buktikan dirinya pada massa dan dunia sebagai PARTI ISLAM CONTOH.
Sekadar iktibar: Lihat Mahmud Ahmadinejad bukan ulamak teapi bisa jadi Presiden Iran tetapi hala tuju Negara Islam tidak terjejas kerna Majlis yg tertinggi Negara di ketuai oleh Ayatollah Ali Khammeini sebagai Pemimpin spiritual (Mursidul Am/Kalifah).
Maka buka lah minda jangan taksub dan jumud . Ulamak pun tak perlu gusar jika ada persaingan kerna itu pertanda baik golongan profesional berada ada Islam ( Pas)
Alla Hu Akbar!
Nash Ar-Rawy/ 05.04.09
( www.nashsisepuluh.spaces.live.com )