Sunday, May 3, 2009

TIMBALAN PRESIDEN PAS: APA ISU POKOK

Isu pokok ialah prestasi. Bukannya soal kepimpinan ulamak atau profesional. Ada ulamak lembab. Ada profesional lembab. Ada ulamak tergila-gila nak berpakat dengan Umno. Ada profesional yang mabuk kat Umno.

Itu sahaja. Prestasi!!!!

Yang nak ganti Timbalan tu bukan kerana benci kat Ulamak. Yang sokong orang lain bukan kerana dia profesional. Isunya nak cari calun yang boleh melonjakkan nama Pas dalam persada politik Malaysia. Senang aja bib. Tak perlu sangat nak berfalsafah soal kepimpinan. Ha ha.

Kalau ikut huraian Ustaz Idris Ahmad, payah rasanya nak cari ulamak dalam Pas. ha ha. Baca di sini.

2 comments:

Pak Brahim said...

Amat tepat sekali tu.

Apa perlu di heboh2kan.

Yang penting adalah yang berkelayakan, disamping telah terbukti jelas berjuang memertabatkan parti PAS dan terus mempertahankan prinsip perjuangan PAS demi AGAMA, NEGARA dan RAKYAT keseluruhanya tanpa gentar maupun keluhkesah.

Saya yakin bahawa ahli2 PAS kenal pemimpin-pemimpin mereka kerana hubungan sesama mereka amat rapat sekali.

J. Kelah said...

ahli ahli pas patut pilih pemimpin parti yg layak mengikut senioriti dan prestasi yg baik lagi cemerlang.

pemimpin pas (presiden dan timbalan presiden, dll) adalah alat khilafah utk menyampaikan mesej Islam dgn mengikut kerangka panduan yang telah termaktub di dalam perlembagaan pas dan perlembagaan malaysia.

kenapa ada saranan (yg juga boleh disebut kempen) dari kalangan tertentu bahawa pemimpin pas mesti ulamak? syarat itu tidak ada/tidak termaktub di dalam perlembagaan pas.

kalau tidak mahu bukan ulama jadi presiden/timbalan presiden, sejak dari naib presiden lagi (atau lebih awal lagi) dah nak kena sekat golongan yg disebut profesional @ bukan ulama dari menjadi calon, kerana mereka inilah nantinya akan menjadi calon calon presiden/timbalan presiden.

komen ini langsung tidak menentang ulama. komen ini hanya memberi komen bahawa tidak perlu ada keperluan presiden/timbalan presiden pas mesti ulama. majlis ulama (syura) terus menjadi tunjang kepada "pemikiran" perjuangan pas, insya Allah.