Friday, May 29, 2009

KOMINIS NO BRITISH YES

Kuat sungguh penentangan terhadap usaha Chin Peng yang nak balik ke Malaya. Fasal dia membunuh rakyat Malaysia khasnya Melayu dulu. Keranda dia pun tak boleh bawa ke sini. Chin Peng itu batang tubuh sahaja. Yang dok berlawan dan berperang dalam dunia ini ialah ideologi, sistem dan blok.

Chin Peng dulu mewakili blok komunis. La ni kita berdagang dan berdiplomatik dengan Cina Komunis tu.

British pun menjajah Malaya. Tak pula kita berdendam sehingga kini. Bahkan berbangga kita hubungan dengan British.

Jepun pun menjajah Malaya. Tak pula kita berdendam sehingga kini. Berbilion kita berdagang dengan Jepun.

Malaysia pun bunuh orang Melayu yang duduk dalam pondok di Memali. Tak pula orang Melayu marah pun sehingga kini.

Satu batang tubuh kita benci sehingga kini tetapi satu sistem atau satu negara yang menjajah kita, kita terima.

6 comments:

Gedung Akal said...

tuan,
Bagaimana seandainya Chi Peng itu masuk melayu(dan dipotong anunya),adakan majlis bertaubat dan bersumpah di Masjid Baling.
Adakah UMNO akan terima. Apa pula kata PKPIM, Pewaris, Perkida, Menteri Besar Kedah, Mubarak dan Jamil Khir.
Ayuh chin Peng nak balik Malaysia sebab dia dah masuk Melayu.

Unknown said...

Ini terjadi kerana dalam diri setiap dari kita ada sifat ingin menjadi jaguh. keinginan menjadi jaguh memerlukan satu atau lebih musuh. Jika diterima Chin Peng kembali ke Malaysia, maka semakin pudarlah impak mereka2 yyang ingin menjadi jaguh tadi dalam mendabik dada di hadapan rakyat. Perassan marah rakyat kepada pihak2 yang tidak sehaluan harus dikekalkan, supaya mereka boleh terus berada di atas.

Wallahu'alam

SiamangBukit said...

Brother, Memali itu kes undang2 dan Polis. Ta ada kena mengena dengan perlembagaan UMNO.Chin Peng Bintang 3 datang kampong Melayu pungut orang2 melayu dan terus tembak tanpa penghakiman. British tak sekejam dan depa ini orang luar. Chin Peng mengaku orang Malaysia tapi kejam. Pakatan Rakyat ini memang butakan diri hal sejarah semata2 nak kuasa. China Komunis tidak menyokong Parti Komunis Malaya selepas 1975. Chin Peng sepatutnya di hakimi sebagai pengganas terlebih dulu sebelum nak masuk malaysia.

ALI MAIDIN said...

Siamang,

kes memali tu lagi zalim. Tak ada tuduhan dan tak ada sabit kes - pakai tembak aja.

naie said...

sapa nasionalis ni ..yg sokong british ka..yg menentang british..kalu orang yang serang Dato bahaman,mat kilau kat sg pahang tu orang melayu yang bekerja ngan british..depa ni umno nak wat apa..puak2 ni dah kaya pun sekarang ni..tanya pm..dia tau sapa tok nenek dia

Unknown said...

Salam tuan punya blog. minta izin untuk quote sebahagian post (tentang Memali) untuk dimasukkan dalam blog saya