Tuesday, October 23, 2012

KESAH SUK KEDAH


Oleh : MATA KCS 

Kali ini, penulis akan mendedahkan penglibatan kaum keluarga terdekat datuk Rasli di dalam isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Kononnya, kaum keluarganya (Datuk Rasli) berhasrat untuk memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi bagi tujuan membangunkan projek mega iaitu sebuah Pusat Peranginan dan Rekreasi Antarabangsa yang terkemuka di Asia. 

Projek mega tersebut dianggarkan bernilai RM 1.2 billion dan  melibatkan pengambilan tanah (syarat pertanian) milik kerajaan negeri yang berkeluasan 160 ekar. Sekiranya, hasrat mereka dituruti oleh kerajaan negeri, maka kaum kerabat Datuk Rasli akan menjadi orang paling terkaya di Langkawi. Harta beliau yang sudah berlambak akan lebih berlambak-lambak lagi hingga boleh di makan oleh 14 generasinya di kemudian hari.

Hasil siasatan mendapati datuk Rasli secara langsung maupun tidak langsung telah bertindak membantu menjayakan urusan ini khususnya melibatkan di bahagian pentadbiran kerajaan, samada di peringakat daerah Langkawi maupun agensi-agensi di peringkat negeri.

Beliau juga bertindak sebagai orang penting  untuk mempengaruhi kerajaan negeri bagi meluluskan permohonan tersebut. Bagi orang ramai yang mungkin kurang tahu, Datuk Rasli adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang akan terlibat membuat keputusan di dalam projek ini. Kedudukannya sebagai ahli mesyuarat kerajaan tersebut, tidak mustahil beliau boleh mempengaruhi mana-mana exco menyokong permohonan kaum keluarganya tersebut.

Bagi memohon kelulusan tanah dan projek yang hendak dibangunkan tersebut ia telah di buat oleh sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Penulis juga difahamkan, jika permohonan tersebut diluluskan, mereka (syarikat) bersetuju membuat sedikit bayaran kepada kerajaan negeri. Pendapatan yang kerajaan negeri bakal perolehi umpan terlekat di celah gigi kuning mereka sahaja, sebaliknya mereka pula akan menjadi maharaja di pulau tersebut.
Dalam hal ini, adakah datuk Rasli mempunyai kepentingan secara langsung maupun tidak langsung ke atas tanah dan projek tersebut ataupun syarikat berkenaan adalah proksi kepadanya. 

Pendedahan ini menuntut Datuk Rasli menjawab tentang kepentingan dan kedudukannya di dalam permohonan tanah dan projek tersebut. Seluruh rakyat di negeri Kedah ingin beliau tampil memberi penjelasan berhubung dengan pendedahan ini.

Kegagalan Datuk Rasli menjawap atau menafikan penglibatan dan kepentingannya di dalam permohonan tanah dan projek ini membolehkan orang ramai mengesyaki beliau sebagai telah menyalahgunakan kuasa di atas kedudukannya dan melakukan rasuah. Jika tidak ia membolehkan pihak SPRM menyiasat tentang hal ini. Jika sabit kesalahan, beliau perlu di hokum setimpal dengan perbuatannya yang mengkhianati amanah rakyat dan Al Sultan selaku Raja Pemerintah di negeri Kedah.

Walau bagaimanapun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau Bumbun Besar, Langkawi tidak kesampaian kerana permohonan tersebut telah ditolak oleh kerajaan negeri. Barangkali penolakan ini disebabkan pihak kerajaan negeri telah dapat mengesan permainan silap mata mereka yang terlibat.
Juga diberitahu bahawa penolakan permohonan tersebut menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek ini tersangat-sangat kecewa dan marah kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar negeri Kedah. Bermula dari isu inilah datuk Rasli dan konco-konconya membuat onar di dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagai membalas dendam di atas ketegasan kerajaan negeri membuat keputusan.

Menurut sumber dipercayai, asas penolakan permohonan ini adalah kerana kerajaan negeri mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut. Kecelaruan prosedur ini bukan tidak disengajakan, malah seperti telah dirancang dengan teliti supaya hasrat mereka tercapai. 

Laporan Pejabat Tanah Langkawi, sebelum permohonan syarikat yang berhasrat memiliki Pulau Bumbun Besar untuk dibangunkan  Pusat Peranginan dan Reakreasi Antarabangsa tersebut, sudah ada pihak-pihak lain yang berminat ke atas tanah di pulau tersebut sejak tahun 1991 lagi. Pihak berkenaan turut membuat permohonan rasmi untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi seterusnya kerajaan negeri. Tetapi permohonan pihak berkenaan tidak ke mana-mana ataupun diproses (dilayan) kecuali telah diluluskan  sebidang tanah yang mempunyai geran individu berkeluasan antara 16-17 ekar di tengah-tengah pulau tersebut.

Jadi, perkara ini menimbulkan persoalan. Bagaimana permohonan dari pihak lain, Pejabat Tanah Langkawi boleh diketepikan (fail ditutup) begitu saja, sebaliknya syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli  seolah-olah diberi keistimewaan.
Apakah mungkin ada arahan yang kuat dari pihak pentadbiran atasan kepada Pejabat Tanah Langkawi untuk memproses serta memberi keistimewaan kepada syarikat berkenaan. 

Penulis melihat berkemungkinan ia melibatkan sokongan orang dalam, demi mengaut keuntungan peribadi mereka.  Tidak mustahil mereka yang terlibat telah dijanjikan bulan dan bintang serta mendapat habuan berjuta-juta ringgit dari pihak yang berkenaan.

Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan tersebut merupakan keputusan yang bijaksana serta kemenangan buat rakyat Kedah. Ia juga mencerminkan kewibawaan dan akauntabiliti kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menjaga hak serta kepentingan rakyat dan negeri Kedah. Ia sekali gus, kerajaan negeri telah berjaya membenteras budaya kronisme yang berleluasa di bawah  pentadbiran (kerajaan) Datuk Rasli. 

Sesungguhya, ketegasan pihak kerajaan negeri perlu diberi pujian oleh sekalian rakyat Kedah, di samping telah memberi pukulan ‘KO’ kepada  Datuk Rasli dan kroni-kroninya. Sikapnya untuk  bermaharaja lela di atas kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan telah dapat disekat oleh kerajaan negeri. Pastinya, Datuk Rasli tersangat kecewa serta tercabar di atas tindakan tegas kerajaan negeri, seolah-olah mereka (kerajaan) telah menconteng arang ke mukanya. 

Barangkali, kerana sebab itulah datuk Rasli kini telah menzahirkan sikap buruk dan keegoannya lalu bertindak memboikot dan mensabotaj pentadbiran kerajaan dengan apa cara sekalipun, sehinggakan keputusan exco tidak dilaksanakan ataupun tindakannya dilambat-lambatkan.

Mudah-mudahan pendedahan ini akan membuka mata khususnya buat kerajaan negeri dan rakyat Kedah, betapa datuk Rasli adalah manusia yang tamak dan gila kuasa serta tidak layak di beri muka lagi. Segala tindak tanduknya ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”. 

Datuk Rasli adalah sejenis manusia yang apabila diberikan madu kepadanya, ia balas dengan tuba. Rakyat Kedah desak kerajaan negeri membuat tindakan drastik menamatkan perkhidmatan kontrak serta-merta, demi menjaga kepentingan rakyat, kerajaan dan negeri Kedah.
Insya allah, selepas ini penulis akan mendedahkan siapakah di pemilik dan syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluaragaan dengan datuk Rasli serta tersangat istimewa sehingga bercita-cita memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Tunggu dan bersabar…


No comments: