Orang kerja kerajaan tentulah lebih bijak dari orang kampong yang tanam sayur, menoreh getah, tanam padi dan tangkap ikan di laut.
Tetapi dakyah BTN dan Umno mudah dipercayai oleh orang kerja kerajaan. Antara hujah Umno yang sedang dan sering dimainkan ialah Pas akan menang banyak jika tidak bersama PKR dan DAP. Orang Melayu kononnya lebih senang jika Pas berseorang diri. Orang Melayu akan lebih mengundi Pas jika Pas seorang diri.
Ha ha. Adakah orang Melayu mengundi Pas ketika PRU 1978, 1982 dan 1986? Pas kalah teruk di dalam PRU tersebut.
Hanya selepas Pas berpakat dengan Angkatan Semangat 46 dan Angkatan Semangat 46 berpakat dengan DAP, barulah Pas menang dan menguasai negeri Kelantan dan menambah kerusi di Kedah dan Terengganu.
Bila PAS dan DAP dan tak berkerjasama secara tak langsung dalam PRU 1995, Pas tidak menunjuk prestasi yang baik. Melayu tak pun mengundi Pas dengan hebatnya.
PRU 1999, dengan kes Anwar, Pas menumpang tuah sehingga menawan Terengganu.
PRU 2004 - Pas kalah banyak tempat kerana penangan Pak Lah yang baru jadi PM.
PRU 2008, Pas, PKR dan DAP bersama dalam BA/Pakatan Rakyat, Pas menambah kerusi menang.
Tak ada bukti Pas menang banyak jika seorang diri. Sebaliknya jika bersama parti lain, Pas akan menang banyak.
3 comments:
Dakyah UMNO/BN yang telah kena ligan dan disebat dengan seikat lidi. Maka teringatkah UMNO/BN ketika zaman kegemilangannya memandang sinis sambil mematah-matah sebatang lidi yang cuba disebat di belakangnya.
Tak mengapa bekerjasama asalkan kekal pada prinsip untuk menegakkan syiar Islam. Tapi ingatlah bahawa jika dikhianati beringatlah dengan pesanan 'mukmin tidak akan dipatuk untuk kali kedua di lubang yang sama.' Itu tiada di dalam kamus UMNO/BN kerana mereka tidak beriman dengannya.
Cuba fikir kalau tidak kenapa umno nak bersama MCA, MIC dll dlm bn? Inilah yg dikatakan ada otak tak guna utk berfikir. Demokrasi perlukan majoriti undi utk menang bukannya utk syok sendiri.
Sebab itu umno/bn takut PR didaftarkan secara sah dgn mengunakan satu logo pakatan PR. Puak BTN ni bukan guna otak tetapi kepala lutut butk berfikir.
Apakah rakyat mesia ni org melayu sahaja ke? atau termasuk PATI?
Jangan terperangkap. Kita tahu dimalaysia ini kita ada berbilang bangsa dan agama maka bersatu dibawah satu pakatan akan lebih memberikan kemenangan Kalau Pas keluar pasti akan ada yang tidak senang, pasti ada yang akan beralih arah akan pasti ada yang cuba menaruh fitnah...so jangan terpedaya, teruskan bersama paktan, semakin hampir kepada PRU13 maka semakin banyaklah fitnah memfitnah. Yang penting bersama bermuafakat, menjatuhkan BN,itulah sebaik-baik cara yang boleh dilakukan demi untuk memastikan Malaysia tidak tergadai. Menang nanti, pastikan kesemua yang telah menyalahgunakan kepentingan Negara terutama para perasuah, pembunuh, pendusta, pemfitnah, dibawa kemuka pengadilan....kalau kalah maka akan berterusanlah rasuah dan penyalahgunaan kuasa berlaku...So beringatlah kerana kita kesuntukan masa.
Post a Comment