Tuesday, November 27, 2012

BERJASA KACAU DAUN

Pertarungan PRU 13 dijangka hebat antara BN dan PR.  Calon Bebas mungkin mencelah dan kacau daun. Ada beberapa calon Bebas mampu menang di Borneo  kerana kekuatan peribadi calon di sesuatu Dun. 

Di Semenanjung, Berjasa sedang  mencari calon-calon bertanding di kawasan parlimen yang pengundinya majoriti Melayu/Islam tetapi calon BN dan PR adalah bukan muslim. Hujahnya ialah untuk menambah kerusi muslim di parlimen.  Antara kawasan parlimen yang menjadi tumpuan Berjasa  ialah Selayang, Klang, Cameron Highland dan Alor Gajah.

Samada hujah ini realistik atau tidak dalam senario pertarungan dua parti pada PRU akan datang, saya beranggapan  kemunculan Berjasa akan kacau daun. Nampaknya pimpinan Pas kena pujuk pimpinan Berjasa agar bersama dalam Pas.


2 comments:

Anonymous said...

Kerenah orang politik takut dengan bayang-bayang sendiri, jika sudah rasa kuat dan yakin apa yang hendak dirisdaukan , teruskan perjuangan jagan hiraukan pengacau yang bak kata pepatah kurang tak rugi lebih tak untung, pedulikan mereka demi menyemarakan demo kasi di Malaysia yang makmur ini.

RojakPasembor said...

Lama sungguh BERJASA ni tidur. Bangun jer dah nak bertanding.
Sekian lama menyepi, mesuarat agong pun takder, ROS tak buat kerja ker.