Ibadah korban adalah ibadah yang baik. Kini ramai yang berkorban. Bukan sahaja berkorban di negara ini tetapi berkorban di Kemboja, Vetnam, Sudan dan Sri Lanka. Kalau dulu, penganjurnya seorang dua sahaja, tetapi kini agak ramai penganjurnya. Nak kata bisnes, tak sampai hati pula, tetapi apbila borak-borak dengan sahabat-sahabat yang ke Kemboja, lebih kurang macam itulah nampaknya!!!!
Satu yang ketara di Kemboja ialah, penerima korban hanya "orang itu" sahaja. Akibatnya segolongan orang "mewah" dengan daging korban. Pihak penganjur dari Malaysia hanya mewakilkan kepada satu atau dua pihak sahaja di Kemboja untuk melaksanakan korban. Wakil penganjur memberi wang dan senarai nama perserta korban kepada wakil Kemboja dan selepas itu balik semula ke Malaysia. terpulanglah kepada "amanah" wakil Kemboja untuk melaksanakan korban tersebut!!!!
Oleh kerana :"mewah" dengan terimaan daging korban, sang penerima daging korban sibuk mengeringkan daging korban kerana di sana tiada peti ais, lantaran tiada elektrik. Tulang dari haiwan korban "dibuang" begitu sahaja tanpa dibuat makanan seperti mana di negara kita, tentu enak sekali dibuat sup tulang!!!
Al kisah, kononnya ada sebahagian penganjur dari Malaysia, buat untung berpuloh ribu ringgit dari hasil jualan daging lembu kepada peserta korban. Ha ha. Cukup berniaga setahun sekali. Tak tahulah siapa yang "terkorban"......
No comments:
Post a Comment