Monday, November 5, 2012

AYUH TAMPIN!!!!!

Teka teki bila pilihan raya umum ke 13 tidak diperlukan lagi.  Ia bakal muncul menjelang tahun 2013. Kurang lebih 60 hari lagi. Isunya ialah adakah jentera pilihan raya di akar umbi  sudah "pulun" habis-habisan. 

Yang punya jawatan punya kuasa. Yang punya kuasa ada hak merancang dan mengarahkan jentera pilihan raya.  Jentera mesti licin dan lancar. Jentera kena akur  dan bergerak seiring dengan  arahan dan perancangan pimpinan atasan.  Jika jentara tak berjalan, pimpinan kena tukar jentera baru. Tetapi jika tak mampu menukar jentera baru,  sewajarnya yang punya kuasa mengundur diri. Lantik jenderal baru  pula.  Ada yang kena berkorban dan ada yang perlu dikorbankan.

Masa sudah terlalu singkat. Nilailah prestasi semasa. Aturkan kerja segera. Kini perlu  mesyuarat setiap 3 hari sekali. Bilik Gerakan sewajarnya telah dibuka setiap hari.  Semangat anggota dan penyokong perlu dibakar. Pengundi telah dimesrai. Persiapan dana telah mencukupi. 

Kemenangan bukan datang secara ajaib dan tiba-tiba. Ianya memerlukan dokongan padu semua pihak. Jika markas pun jarang dibuka dan tidak dimakmurkan, lupakan perkataan kemenangan!!!!!

No comments: