Apabila Nasarudin Md Isa menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas menentang Ustaz Hj Hasan Shukri, boleh dikatakan ianya mendapat dokongan "anggota baru" dan pimpinan besar Pas. Walaupun semua orang tahu "gaya hidup" Nasarudin yang luxury, prestasinya sebagai MP dan Setia Usaha Agung yang lemah tetapi demi imej "bahasanya", perwakilan Pas telah menolak Hassan Shukri, sang veteran Pas dan memilih Nasarudin, yang masih lagi di tahap ingusan dalam Pas.
Cakap-cakap Nasarudin yang "baik" dengan Umno yang bukan setakat "berkomunikasi biasa sahaja, tetapi lebih jauh lagi ada agenda politiknya, tetapi ianya tidak dipercayai oleh sebahagian besar anggota Pas. Maka tidak hairanlah selepas menang jawatan Timbalan Presiden buat penggal kedua kalinya, perangai gatalnya dengan Umno semakin ketara sehinggalah drama UG terbongkar.
Bila Mahfuz Omar dan Pemuda Pas Kelantan memberi komen terhadap kegiatan Nasarudin bersama Najib di Mekah, maka saya hanya dapat berkata - PADAN MUKA KAU!!!!!
Apa macam Salahudin Ayub - itulah tokoh yang engkau sokong ketika melawan Hasan Shukri!!!!!
Kekadang kita mudah kagum dengan luaran sesorang tokoh Pas tanpa mendalami fikrah dan gaya hidupnya!!!!
3 comments:
Terbaik. woo
Kasi taboh sama itu Nasa... dan kasi taboh juga semua penyokong-penyokong Unity Government di dalam PAS. Tiba masanya PAS dibersihkan dari ahli-ahli yang berwadahkan Unity Government dari setiap negeri, kawasan dan cawangan.
Selain itu pembersihan PAS dari anasir pengaruh PEKIDA juga perlu dipertingkatkan... Ahli PAS berakidahkan PEKIDA merosakkan PAS dari dalam.... lakukan pembersihan segera atau PAS akan binasa!!!!!!!! Mereka mensabotaj PAS dari dalam... maka pulaukan mereka...
kebanyakkan ahli PAS...tdk btul22 faham perjuangan islam sebenar..tengoklah pada diri..kluarga dan cara hidup..yang paling teruk ramai ada penyakit hati!!!!
Post a Comment