Jawatan politik adalah jawatan awam. Kekadang jawatan awam ini lebih kelihatan mewah dari jawatan dalam syarikat korporat. Ketika bermula bergerak di dalam arena politik, motivasi asal adalah kerana Allah atau demi rakyat. Tetapi apabila sudah berada dipersada kuasa, niat sudah beralih ke arah demi status-quo jua. Hilang kuasa bererti hilang pendapatan, bukan sekadar hilang kuasa sahaja. Maka, tak hairanlah walaupun sudah ada faktor yang layak seseorang itu berhenti memegang jawatan eksekutif tetapi masih mahu terus bertanding lagi. Siapa berani mencabar jika anda dilihat terlalu superior. Akhirnya nanti secara senyap protes akan berlaku di kertas undi.
MB Kelantan dan MB Kedah akan tetap bertanding, katanya. Moga tidak akan ada undi protes secara senyap. Berhenti ketika era menang adalah lebih baik dari diberhentikan secara paksa melalui pilihan raya. Mod rakyat bersama PR, bukan lesen untuk kita terus bertanding. Kita perlu menunjukkan PR sentiasa membariskan pimpinan yang bersih, dinamik, sihat, pro aktif, bijak dan pro rakyat.
Pimpinan parti di pusat kena berani membuat keputusan yang jujur jika yang melibatkan orang besar. Jangan berani setakat di Parlimen Larut sahaja.
No comments:
Post a Comment