Sebagai sebuah negara yang menerima ancaman Amerika dan Israel, Iran sudah pastilah akan membangunkan sistem pertahanan yang terbaik. Dengan ini Iran memerlukan sumber bahan mentah dari luar negara termasuklah dari Malaysia. Malangnya urusniaga antara usahawan Malaysa-Iran tidak boleh berjalan lancar kerana Malaysia sendiri menutup kemudahan sisten perbankan antara Iran dan Malaysia.
Mulai tahun ini Amerika memaksa semua negara yang dibawah telunjuknya memutuskan hubungan dagang dengan Iran. Malaysia sebagai "jaguh" negara Islam pun dengan penuh taat setia, akur dengan arahan ini. Dilaporkan Malaysia tidak mengimpot minyak lagi dari Iran. Jika Amerika boleh memaksa dan menentukan hubungan antara negara-negara Islam, apalah yang kita nak harapkan dari "kekuatan" negara-negara Islam masa kini. India lagi berani dari Malaysia yang mengimpot minyak dari Iran!!!!
Apabila Mesir memohon pinjaman IMF, apalah guna negara-negara Islam di Teluk yang kaya dengan hasil minyak.
No comments:
Post a Comment