Thursday, October 18, 2012

UTUSAN GILA

Utusan Meloya beria-ia berkempen supaya TG Nik Aziz berhenti dari jawatan Mursyidul Am. Jika anggota Pas yang berkempen, mungkin ikhlas. Tetapi jika Utusan yang buat kerja macam itu, mesti ada udang sebalik batu!!!!

Utusan tau siapa pemghalang utama agenda UG - agenda kerjasama Pas - Umno. Utusan tau kerusi MCA dan MIC dan rakan sekutu di Sabah dan Sarawak akan hanyut pada PRU 13 nanti. Umno akan kehilangan kuasa. Hanya Pas sahaja yang dilihat boleh dipujuk rayu untuk bekerjasama. Pas amat penting kepada Umno pada PRU 13 ini. Dengan kerjasama PAS, Umno bakal terus berkuasa lagi. Tetapi orang yang menjadi penghalang utama ialah TG Nik Aziz. Pada Utusan Meloya, Hj Hadi, Harun Din dan Harun Taib mudah dipujuk!!!! Tokoh lain, akan ikut 3 orang pemimpin ini. Ha ha. Nak harap Dewan Pemuda Pas Pusat  sebagai penghalang kerjasama UMNO-PAS, lupakanlah. Ketua Pemuda dan Timbalannya diragui sikapnya dengan PR. Wooooo.

Utusan akan menggunakan dan memutar belitkan kenyataan anggota dan bekas anggota Pas.  Orang Pas pun gila media, pantang sahaja ditanya oleh Utusan, maka akan dijawablah. Walhal selama ini, kita tau Utusan sentiasa memutar belit kenyataan untuk menentang Pas.  

Ketika Hj Hadi dilihat sebagai ancaman  Umno, Utusan menghentam dan memutar belit kenyataan Hj Hadi.

Ketika kumpulan ulama dilihat sebagai  musoh utama Umno, maka kepimpinan ulama diperlekehkan oleh Utusan.

Ketika kumpulan profesional dilihat sebagai menarik ramai orang kepada Pas, maka golongan profesional diperlekehkan oleh Utusan.

Agaknya jika Mohamad Sabu berhenti menentang Umno setiap malam dan memuja Umno, maka Utusan pun akan berkempen untuk menaikan Mohamad Sabu sebagai Presiden Pas agaknya. Ha ha.




1 comment:

Anonymous said...

Baguslah kalau pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sudah sedar diri dari ubat pelali utusan moloya, aku yakin kalau ada lagi dua orang macam Tok Guru Nik Aziz dengan ulamak yang tidak duduk dalam semak, segala kemungkaran akan dapat dibendung, secara kasar kita lihat saja kes jenayah hari ini, boleh dikatakan setiap saat kejadian rompakan dan ragut berlaku, tapi pehak yang bertanggung jawab menafikan dengan fakta yang meragukan, bolehkah kita yakin dengan pembohongan oleh orang yang telah dipertanggungjawabkan itu.