Friday, January 2, 2009

SUARA ANAK MUDA

Saya amat merindui kemunculan anak muda dengan gagasan atau pemikiran barunya. Bukankah Anwar Ibrahim memulakan pemikiran dan gerakan perubahannya sejak di kampus lagi. Abim hampir dapat menutup nama Pas dalam memperjuangkan Islam kerana imej yang dibawa oleh Anwar ketika itu. Selepas Anwar meninggalkan ABIM, tak tahu ke arah mana ABIM yang sebenarnya.

Tak nampak siapakah anak muda masa kini yang mempunyai potensi seperti Anwar.

Tetapi anak muda yang mula menulis dangan kritikal telah lahir seorang demi seorang. Jika mereka mampu berpidato semacam Anwar atau paling kurang macam Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Saifuddin Nasution, tentu akan memberi nilai tambah kepada mereka.

Antara tulisan anak muda yang perlu kita ikuti ialah ialah Rausyanfikir, Aqil Fitri dan Noor Amin Ahmad.

Baca tulisan Noor Amin mengenai Negara Islam melalui sesawang Wau Bebas di sini.


1 comment:

Anonymous said...

Satu sahaja perkara yang tidak saya bersetuju dengan pakatan rakyat, Islam berpakat dengan yang bukan Islam. Maknanya, dalam keadaan ini, Islam belum terjamin selagi masing2 sama punya kuasa, dan pada hari ini, kita pun sedia maklum bahawa banyak yang telah cuba untuk mencabar Raja Berpelembagaan apatah lagi kedaulatan undang2. .