Monday, January 5, 2009

GERAKAN JALANAN LEBIH PANTAS

Pada era 80an, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan amat pantas menganjurkan program berkaitan isu antara bangsa. Isu Iran, Afghanistan, Palestin dan lain-lain akan segera dibicarakan.

Kini, Pas dilihat lebih sibuk dengan projek mahu memerintah negara. Itulah sekurang-kurangnya cetusan rasa anak muda Rausyanfikir.

Betul atau tidak saya tak boleh sahkan. Apabila bantahan Israel hanya dihadiri 500 orang sahaja di Kedutaan Amerika, saya rasa ada sedikit benar kenyataan itu. Berbanding dengan demo anjuran PKS di Jakarta yang melibatkan lebih 10,000 orang, tertampar juga rasanya umat Islam di Malaysia yang semacam dingin terhadap isu ini.

T0p-top geng jalanan pula yang menganjurkan forum hal Palestin pada jumaat ini. Pas sibuk di KT. Takkan semua ke sana kot. Baca iklan program anjuran Kumpulan Cakap-Cakap Rakyat di sini.

1 comment:

ORANG KAMPUNG said...

dunia sudah berubah..kempen pilihanraya lebih besar daripada hariraya..