Sah pertandingan tiga penjuru antara Pas, BN dan seorang calun bebas dalam PRK Kuala Terngganu. Dilapurkan calun AKIM menarik diri. Pas boleh menang dengan logik berikut:
- Lebih kurang 2,000 undi yang mengundi Pas di peringkat DUN tetapi tak mengundi Mohamad Sabu di peringkat Parlimen pada 2008 lalu akan mengundi Pas kali ini. Pengundi ini cenderung mengundi Pas tetapi ada sabotaj senyap di kalangan pimpinan Pas di Kuala Terngganu. Jangan tak percaya pula wahai YDP Tampin oi. Kalau nak tau sangat, minta mereka bersumpah macam Saiful tu. Ha ha.
- 70% pengundi Cina mengundi Pas kali ini. Pada PRU 12 lalu, pengundi Cina di Kuala Terengganu tidak bersama arus nasional.
Biar pun 100% undi pos berpihak ke BN, Pas masih boleh menang.
Dan satu syarat lagi, Pemuda Pas Terengganu kena halang pengundi hantu dan suapan wang di saat akhir. Iman orang atas pagar bukan boleh diharap sangat.
No comments:
Post a Comment