Wednesday, January 21, 2009

KG CHUBADAK SENTUL AKAN PUPUS

Allahyarham Usman Awang melalui puisinya merintih pembangunan menyebabkan terhakisnya alam nan indah sehingga sang gagak pun hilang tempat hinggap. Ia juga sedih apabila para peneroka bandar - setinggan, gagal dilayani oleh kerajaan secara sewajarnya demi melayan kepentingan sang kapitalis pemaju perumahan. Semuanya dibuat atas nama pembangunan.

Kini satu lagi langkah 'maju' kerajaan BN, kampong tradisi Melayu yang bergeran juga akan terhapus atas nama pembangunan. Tanah kampong Melayu bukan diambil untuk kepentingan awam seperti membesarkan jalan atau membuat stesyen LRT tetapi untuk membina projek perumahan mewah. Inilah yang akan berlaku kepada Kampong Chubadak,Sentul melalui Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCP2020).

Kampong Baru, Kampong Chubadak dan Kampong Padang Balang adalah antara yang akan pupus.

BN adalah alat kapitalis sang pemaju perumahan atas nama pembangunan. Runtuhkan pada 2012.

1 comment:

pokcu said...

salah satu antara 15 perkara maksiat / dosa yang dilakukan secara terang-2ngan diakhir zaman nanti yang telah dipesan oleh nabi kita antaranya ialah apabila amanah dijadikan tugas untuk mencari keuntungan .. maka tunggulah bala dari allah .. na'uzubillah .. :::