Monday, January 5, 2009

BORAK KOSONG DI GEMENCHEH

Pagi Ahad kelmarin saya minum teh bersama Abdullah Sani Mahmud, sahabat lama ketika bersekolah di Gemencheh dahulu. Tiba-tiba muncul Pak Rejab, ahli Umno veteran, pencadang kepada calun BN di Dun Gemencheh pada pilihan raya lalu dan kami minum semeja sekali. Saya kenal Pak Rejab sejak tahun 1966 lagi kerana beliau berniaga ABC di hadapan Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh, sekolah rendah saya dahulu. Dia pun amat mengingati saya kerana saya kaki bola dan bekas ketua murid di sekolah berkenaan dan dua kali bertanding PRU di sini.

Oleh kerana sudah duduk semeja dengan Pak Rejab, saya pun goreng cerita politik. Apabila sampai kesah politik wang, dia mengaku Umno memang sudah parah. Hanya dia masih sayang kat Umno kerana teringat jasa pemimpin Umno dahulu.

Ringkasnya, hanya ahli Umno veteran sahaja yang masih sayang kat Umno kerana nostalgia mereka terhadap perjuangan di zaman awal Umno dahulu. Apabila mereka meninggalkan dunia ini, hayat Umno pun sampailah ke penghujungnya. Purata umur mereka ialah 70 tahun. Maka tak lama lagi, Umno reput dengan sendiri.

Pas kena bertahan sehingga Umno reput sendiri. Ha ha

Syok juga dapat bersembang dengan golongan tua Umno sesekali.

No comments: