Tuesday, January 13, 2009

FALASI PERPADUAN

Politik 'perpaduan" merupakan strategi utama kempen BN sejak merdeka. Dengan menunjukkan betapa 'berpadunya' anggota kompenan BN atau dulunya Perikatan, maka rakyat diajak terus menyokong BN.

Ketika parti pembangkang menentang BN secara berasingan, BN dengan mudah menggunakan logik ' bagaimanana nak perintah negara, jika bertanding pun tak cukup kerusi'.

Apabila pembangkang bersatu melalui pelbagai gagasan mulai 1990, maka BN akan berkata 'bagaimana parti ini nak memerintah, jika mereka berbeza ideologi'.

Apabila pembangkang berjaya membuat pakatan berkesan pada PRU 12 lalu sehingga tumbang lima kerajaan negeri BN, barulah BN terkena paluan "perpaduan pembangkang". Rakyat tidak menghiraukan perbezaan ideologi parti pembangkang yang bersatu melawan BN. Yang penting BN yang korup perlu dimusnahkan.

Isu hudud sengaja dibangkitkan dan dibesarkan dalam PRK Kuala Terengganu untuk menghalang DAP dan PKR berkempen keras untuk Pas. Inilah pertama kali DAP bekerja keras mengajak pengundi Cina mengundi Pas. Lim Kita Siang dan Lim Guang Eng turun gelanggang memecah tembok "parti pembangkang tidak bersatu". Jika ini dapat diatasi, maka PRU 13 nanti akan mencipta sejarah, tumbangnya BN di persada politik Malaysia.

Kepada pengundi Kuala Terengganu, jadikan PRK ini sebagai momemtum ketiga selepas PRU 12 dan PRK Permatang Pauh.

No comments: