Sunday, January 18, 2009

SEDIKIT ANALISA PRK KT

Perbandingan keputusan pilihanraya Kuala Terengganu:

PAS :
2009 - 32,883
2008 - 31,934
Pertambahan - 949

BN:
2008 - 32,562
2009 - 30,252
Penurunan - 2,310

Peratus mengundi menurun.

Dikatakan pengundi Cina masih berpihak kepada BN.

Pada 2008 ada sekitar 2,000 yang mengundi Pas peringkat DUN yang tak mengundi PAS di peringkat Parlimen. Adakah pertambahan undi sebanyak 949 itu datangnya dari kategori ini? Atau juga datang dari pengundi BEBAS dulu yang kini mengundi PAS.

Yang jelasnya penurunan undi BN sebanyak 2,310 belum tentu beralih kepada Pas kerana jika beralih kepada PAS, maka jumlah undi PAS akan menjadi 31,934 + 2,310 = 34,244, tanpa mengira undi 949 diatas dan ada pengundi Pas dulu tak keluar mengundi kali ini, dengan mengambil kira peratusan mengundi yang menurun.

Adakah penurunan undi BN kerana penyokong lamanya tak turun mengundi kali ini. Jika benar, maknanya kempen PR berjaya melemahkan semangat penyokong BN untuk tidak keluar mengundi, walaupun masih belum boleh mengajak mereka beralih ke PAS. Sesungguhnya itulah tujuan kempen pilihan raya.

Kita tunggu analisa dari jentera pilihan raya Pas Kuala Terengganu nanti.

Matematik pilihan raya tidaklah mudah. Perlu pelbagai andaian.

Yang pasti Pas sudah menang. Ha ha.

No comments: