Sunday, January 11, 2009

PERITNYA JADI CALUN PRK

Sahabat saya Aminudin Abdullah, bekas calun Pas di DUN Repah pada 1995 yang kami panggil Ahli Sufi sering mengingatkan kami bahwa bukan mudah menjadi calun dalam mana-mana PRK. Kalau boleh elakkanlah, katanya. Tak tahan kita dibuatnya. Semua kejahatan dan kelemahan kita akan didedahkan oleh pihak lawan.

Bila kita lihat apa yang terjadi dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, benarlah kata sahabat saya Aminudin itu.

Jika di Permatang Pauh isu peribadi yang dibangkitkan terlalu besar sekali iaitu isu liwat. Tetapi di Kuala Terengganu, isu wajah muka dan tak pandai senyum pun jadi hal. Jenuh BERNAMA dan BERITA HARIAN membelanya. Alahai....

Bukan mudah nak jadi calun oi.

No comments: