Thursday, January 15, 2009

WEB UNIPTS DIGODAM

BN tak tahan dengan serangan siber rupa-rupanyanya. Beberapa hari lalu web Tranungkite digodam. Semalan web PTS pula cuba digodam. Nasib pertahanannya kuat.

Dr Kalim Siddiqui
, pengasas Muslim Parlimen London pernah mengatakan bahawa bukan mudah kita mahu menang dalam dunia demokrasi ini. Sistem demokrasi merupakan kandang sarkas harimau yang sentiasa dikawal oleh sang pemerintah sekular, neo-kolonialism itu. BN akan menggunakan media, SPR, polis dan jentera perkhidmatan awam untuk mempertahankan kuasanya. Dan jangan hairan akan sampai tahap BN akan menggunakan tentera untuk mempertahankan kuasanya. Bukankah penubuhan MAGERAN selepas 13 Mei merupakan tektik BN mengekalkan kuasanya.

Janganlah hairan pada PRU 13 nanti, tiba-tiba negara kita sunyi tanpa sistem perhubungan dengan dunia luar. Semua line putus. Sang blogger pun mengadaplah laptop masing-masing tanpa ada line internet. Ha ha. Jangan pelik wei.

Sang kapitalis tanpa mengenal kaum akan tetap mempertahankan kepentingannya tanpa mengira berapa harganya. BN ni memang kapitalis yang menggunakan nama Melayu untuk mempertahankan kuasa. Bagi hak milik tapak tanah sekangkang kera kepada kaum Cina yang telah didiami selama lebih 50 tahun dihebohkan tetapi berkolusi dengan tauke Cina beribu ekar tak apa!!!

No comments: