Wednesday, January 28, 2009

JIKA NIK AZIZ YANG BERSAJAK

Jika sajak atau puisi ini di luahkan oleh TG Nik Aziz, tentu ramai yang memujanya. Malangnya sajak nan indah ini diluahkan oleh Pak Lah. Bukan puisi itu tak puitis tetapi rakyat tak percaya kepada pengucapnya.

Alahai

Bolehkah anda menghayati sajak ini dengan melupakan Pak Lah dari minda anda

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana dia Rabbi
Dialah teman
Dialah Wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

5 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Benar, sesuatu yang indah perlu disematkan ditempat yang indah.

Jika silap letak bunga di sanggul beruk.

He he

ALI MAIDIN said...

Tulah... sajak nan indah dipelekehkan memacam.

gotahlantun said...

salam,

Sama macam di kampung jugakla.. kalau sekali kantoi.... sampai mampus pun orang mengata.
ada juga manusia kalau dah selorong tu, itu lah yang diikut takan barubah.
cubalah perbagai lorong..

AFRAR YUNUS said...

salam
perli pak lah ka.. kasihan dia. sinaran mentari diwaktu malam.

pak andak alwi said...

milo ais bubuh dalam mangkuk basuh tangan. sapa nak.