Sebentar tadi ikut sama berdemo Anti Israel di Kedutaan Amerika. Mengikut Harakahdaily ada sekitar 5,000 orang. Bahagia rasanya kerana ramai anak muda turut serta, walaupun anggota pemidatonya tetap orang tua seperti Mohamad Sabu, Dr Hatta dan Salahudin Ayub.
Bukan mudah memulakan budaya demo ini. Sejak kami aktif dalam Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan pada awal 80an, bukan senang mengajak ahli Pas turun ke jalanan berdemo. Pimpinan atasan dan geng tarbiah amat liat untuk berdemo. Kononya tak menyelesaikan masalah. Sebenarnya depa tu pemalas dan penakut. Maka dibuatlah bermacam alasan.
Dalam dunia demokrasi perubahan memerlukan sokongan massa. Massa perlu disedarkan dan dibangkitkan semangatnya. Sikap dan pendirian perlu dinyatakn dengan jelas. Barulah dunia tahu. Manusia perlu diajak untuk menyokong perubahan. Perubahan samada dengan reformasi jalanan atau melalui peti undi mestilah dengan kerja awal iaitu menghimpunkan manusia dalam satu perhimpunan besar-besaran. Sejarah dulu dan kini jelas menunjukkkan bahawa selepas perhimpunan besar-besaran barulah suatu perubahan tercetus samada di panggil revolusi atau pertukaran kerajaan melalui peti undi. Kalau tidak sanggup dan berani hadir di perhimpunan aman, mana bisa jika mahu berkorban jiwa dan raga pula.
Akhirnya perjuangan memansuhkan PPSMI pun akan buat himpunan 100,000 orang juga. Kita nak tengok kaum pendidik dan rakyat berbangsa Melayu bangun berjuang mendauatkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan asas suatu peradaban. Jangan biarkan pemimpin tua GAPENA dan anak muda PKPIM terkial-kial memperjuangkan Bahasa Melayu.
Ayuh seluruh rakyat Melayu bangkit. Ini bukan soal Hishammudin tetapi soal Umno yang sudah hancur idealisma Melayunya. Umno telah hancur dek mengejar kebendaan sahaja. Itulah agama barunya. Barang siapa yang masih bersangka baik bahawa Umno adalah bahtera penyelamat Melayu, sesungguhnya mereka tidak nampak rumahnya sedang terbakar di hadapan mata. Malang sungguh intelek Melayu di IPT yang masih mengharapkan Umno!!!
Sesungguhnya jenayah paling besar yang dibuat oleh Umno dalam sejarah ialah memulakan kemusnahan Bahasa Melayu melalui PPSMI. PPSMI adalah benih awalnya. Musnahkan!!! Tak payah tunggu fatwa Nik Aziz.

No comments:
Post a Comment