Thursday, January 29, 2009

MENGETEH DENGAN MOHAMAD SABU

Ini yang syok kawan dengan Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu. Jika dia ada kelapangan atau beliau lalu di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, maka mesti diajak kekawan mabuk teh terlebih dahulu. Ha ha.

Petang tadi sebelum ke Port Dickson, beliau singgah mengeteh di restauran Rafiya. Minuman kegemaran beliau ialah teh susu lembu tanpa gula.

Oleh kerana nak cepat ke PD, maka sempat berbicara sekadar 15 minit sahaja, tetapi cukup maklumat dan analisanya tentang perjuangan umat Islam di Palestin.

Jangan tak percaya jika dikatakan bahawa pemerintah monarchi Arab Saudi dan Jordan serta Mesir bersokongkol dan merestui regim Israel untuk memusnahkan gerakan HAMAS di Palestin. Mengapa demikian? Jika mahu tahu jawapannya, hadirlah ke majlis ceramah beliau yang sedang rancak diadakan di seluruh negara. Baru ada umph jika beliau yang mengupas sendiri.

Teringat saya satu insiden Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Fadzil Che Wan (Timbalan Menteri Luar ketika itu) di ruang kantin parlimen pada sekitar penggal parlimen 1990-1995. Anwar bertanya isu hal-ehwal antara bangsa kepada Fadzil Che Wan tetapi jawapannya tak memuaskan hati Anwar. Anwar berkata kepada Mohamad Sabu "hang tolong bagi kursus kat depa Mat oi. Depa bukan reti politik antara bangsa ni"

Maaf cakap ya (ini gaya ayat Penarik Beca), bab-bab antara bangsa ni kena tanya Mohamad Sabu le!!!!.

JIka tak caya tanya Dr Zulkefli Ahmad. Ha ha.

6 comments:

pak andak alwi said...

Ese poi ceramah dio kat PD tu.Tampin bilo nak pangge dio

ALI MAIDIN said...

Tampin? aku ahli biasa aja. Ha ha.

gotahlantun said...

SALAM,

YOOLAH..KALAU M.SABU DATANG TAMPIN DIO MESTI CARI ATAU SURUH MASAK KARI KAMBING..
KEGEMARAN MAT SABU TU..

PONAH SATU JAMBA DONGAN DIO MAKAN KARI KAMBING.. MAK..UII..SELERO HABIH..

ALI MAIDIN said...

Gotahlantun,

zaman gotah rendah harga, kena pakai nama botul. Ha ha

gotahlantun said...

SALAM,

DAH ORANG KAMPUNG PANGIL EDEN MACAM TU NAK BUEK MACAMANO??

ALI MAIDIN said...

gotahlantun,

kena pakai gambar pokok gotahlah.