Tuesday, January 13, 2009

HANYA SATU SEBAB UNTUK TOLAK BN

Jika hendak mengundi seorang calun pilihan raya, hanya perlu satu sebab sahaja. Jika hendak menolak seorang calun pun perlu satu sebab juga. Mungkin sebab besar atau sebab kecil sahaja. Ikut hati masing-masinglah.

Mengundi bukannya membuat tesis akadamik yang panjang dengan mengemukakan pelbagai hujah untuk diterima oleh sang pensyarah anda.

Kalau di negeri lain payah sekali untuk cari satu sebab untuk tolak BN. Tetapi di negeri Terengganu melambak kes satu sebab untuk tolak BN. Ha ha. Nak mulakan yang mana?

Wang royalti berbilion ringgit yang gagal menghapuskan kemiskinan tegar? Jika setiap orang yang miskin tegar itu diberi tanah kelapa sawit 10 ekar pun mereka akan terlepas dari dunia gelap kemiskinan. Projek ini tidak sampai 100 juta pun. Atau

Apa faedah projek Monsun Cup kepada rakyat Terengganu. Ratusan juta dihanguskan. Ketika musim hujan kena buat kebajikan kepada mangsa banjir tetapi mereka nak berpesta pula. Tak ada ideloogi atau agama mana pun yang sanggup buat begitu. Atau

Apa faedah masjid kristal kepada pelancung. Pelancung luar hanya tertarik dengan bahan sejarah aja atau permandangan indah sahaja. Jika bangunan cantik, negeri mereka pun ada. Projek ini hanya untuk geng kroni sapu wang royalti minyak sahaja. Atau

Menembak seorang rakyat yang tak bersalah di Batu Buruk pun sepatutnya boleh membangkitan rakyat Terengganu menjatuhkan BN. Tembak lembu pun kita marah, inikan tembak orang. Manusia di negara barat lebih peka tentang pencabulan kerajaan terhadap rakyatnya walaupun berlaku pada satu orang sahaja.

Cukuplah SATU SEBAB SAHAJA UNTUK MENGUNDI PAS DI KUALA TERENGGANU.

Info PRK KT di sini.

1 comment:

bungaraya said...

Satu sebab untuk TIDAK MENGUNDI PAS. Iaitu ia menggunakan Islam untuk tujuan politiknya. Baru terjumpa dengan kemajuan agaknya.