Ekoran kesediaan Elizabeth Wong meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor semalam, bermakna satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan.
Dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri - Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Lanjan, Selangor perlu diadakan kerana kedua-dua wakil rakyat PKR itu telah meletakkan jawatan akibat 'masalah peribadi' masing-masing.
Kejadian ini bukanlah sesuatu yang baru dalam politik negara. Beberapa pemimpin terdahulu termasuk dari Barisan Nasional juga pernah dikaitkan dengan skandal seks sehingga karier politik mereka terjejas.
Dalam suasana baru politik tanah air, penyebaran gambar bogel atau video di dalam Internet mengenai hubungan seks ahli politik dengan pasangannya boleh dianggap satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadi.
Tetapi daripada sudut nilai moral, agama dan masyarakat timur, kita masih belum dapat menerimanya. Oleh itu adalah wajar ahli politik yang 'terpalit' dengan lumpur skandal moral begini harus melepaskan jawatan yang disandangnya. Mereka tidak layak memimpin rakyat jika nilai moral mereka dipertikaikan.
Seseorang pemimpin yang menjadi wakil rakyat perlu menunjukkan contoh terbaik kepada orang ramai.
Selain soal integriti, nilai moral yang tinggi juga adalah antara peranan yang perlu dimainkan oleh wakil rakyat.
Mereka harus sedar bahawa ahli politik tidak lagi mempunyai kehidupan peribadi sebaik-baik sahaja bergiat dalam bidang politik yang penuh dengan ranjau.
Sebab itu ahli politik perlu menjaga kehidupan peribadi dan tidak wajar ia menjadi tontonan masyarakat umum.
Kita memahami ahli politik juga adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan. Jadi ada penyokong dan golongan yang bersimpati kepada ahli politik yang terpalit dengan insiden moral ini berpendapat kesilapan yang dilakukan itu boleh dimaafkan.
Bagi mereka, apa yang penting ialah keupayaan, kebolehan dan komitmennya untuk memimpin. Perkara-perkara peribadi yang dilakukan di luar tugasnya tolak ke tepi. Hak wakil rakyat sebagai individu jangan diganggu.
Tetapi, kita percaya dalam mana-mana agama selain Islam, perbuatan yang terlarang tetap salah tanpa mengira status individu. Ia tetap tidak boleh diterima.
Dalam politik, nama baik parti perlu dijaga. Begitu juga, parti tidak mahu sesuatu isu berkaitan dengan skandal seks dijadikan modal untuk memburukkan parti oleh pihak lawan ataupun seteru politik dalam parti mereka sendiri.
Paling utama, jangan hilangkan kepercayaan dan harapan rakyat yang mengharapkan integriti penuh daripada wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya.
Masyarakat pengundi kita sudah celik dan pintar memilih wakil rakyat mereka. Mereka mampu membuat saringan yang lebih teliti, rapi dan ketat. Selain hubungan politik, sosial dan undang-undang, soal moral pun sudah menjadi satu isu yang tidak boleh ditolak ke tepi sekarang.
Moral menjadi satu bentuk tapisan baru dalam menentukan pemilihan wakil-wakil rakyat pasca peletakan jawatan Dr. Chua Soi Lek.
Selepas kes Soi Lek, keperibadian ahli-ahli politik dipantau oleh pucuk pimpinan parti dan orang ramai.
Ini bermakna, kualiti seperti kerja kuat, mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan setia kepada parti belum cukup dalam politik era sekarang.
2 comments:
Sdr Ali,
Memang benar isu moral adalah penting sebagai seorang pemimpin.
Cuma isu moral ini perlu di lihat samada perlakuan yang tidak bermoral ini di lakukan semasa menjadi YB atau sebelum nya.
Memang benar beberapa YB Barisan Nasional pernah berhenti kerana perlakuan moral yang kurang baik, tetapi semasa bila perlakuan ini dilakukan.
Jika perlakuan tidak bermoral sebelum menjadi YB juga menjadi isu .... berkemungkinan besar ramai lah YB-YB yang akan kena 'resign'.
Tetapi ada juga YB yang 'above the law' .... satu kampung dah kecoh .... tapi masih buat selamba sahaja.
Cam mana ya.
Buatlah sesuatu keputusan dgn bijak..
NUAR MENGULANGGI KESILAPAN TERLALU CEPAT MENUDUH BN DLM MASALAH ELIZA...LAST KENA ATAS BTG HIDONG SEKALI LAGI - HILMI DRI PKR.
Pengaruh anda semakin berkurangan.
Dlm masa yg sama Nik Aziz masih diulik mimpi gila pd Kuasa...dh hampir 80th berlagak mcm org berumur 30an..
Salam perjuangan..
Post a Comment