Turut berceramah pada malam itu ialah Tuan Haji Mohd Sabu (Naib Presiden Pas), Hanifa Maidin (Ajk Pas Pusat), Tuan Haji Mohd Nor Mohammad (Pesuruhjaya WP), Prof Dr Shahrir Mohd Zin (Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Masukhkan Pengajaran dan Pembelajaran Metematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris), Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI) dan saya sebagai pengerusi majlis
Sejarah juga pada malam itu kehadiran orang melimpah keluar dewan Markaz tarbiah, kerana kebiasaannya kalau ceramah yang bersifat akademik seperti begini kehadiran hanya dalam lingkungan 200 orang sahaja. Ini satu perkembangan yang baru dalam politik Malaysia yang sudah mula sedar dan semangat untuk tolak BN masih membara.
Inilah pertama kali saya dapat bertemu dengan beliau secara dekat, selama ini saya hanya membaca karangan beliau sahaja sewaktu di alam persekolahan dalam pelajaran sastera. Betapa sayu malam itu beliau turut mendeklamasikan sajak “Aku seorang tua”. Isinya amat menyayatkan hati bagaimana bahayanya satu bangsa dan negara apabila bahasa ibunda di ketepikan.
Daripada hujah tokoh-tokoh akademik yang hebat pada malam itu dengan fakta dan kajian, memang wajib kerajaan kena ubah dasar ini kepada bahasa ibunda.
Kenapa pemimpin kerajaan pekak badak sampai tidak mahu dengar rayuan dan bantahan daripada golongan ini. Kalau pihak pembangkang bantah adalah munasahabah kerajaan tidak mahu terima. Sedangkan ini adalah suara hati daripada mereka yang kebanyakan tidak berpolitik dan tahu tentang bahayanya dasar ini.
Rujuklah semula dasar ini tanpa takut kepada bayang Tun Dr Mahathir, dia bukan ada kuasa lagi. Kalau dasar ini dibuat dengan tergesa-gesa tanpa kajian kenapa sekarang kerajaan tidak berani kembali kepada bahasa ibunda dengan segera setelah kajian dan pandangan yang diluahkan oleh golongan cerdik pandai ini. Ini perlu ada keberanian macam Tun Dr Mahathir yang berani buat walaupun ada tentangan.
Kita tahu bahawa dasar yang dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian, ia hanya dibincang dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno sahaja. Mereka yang zero IQ inilah yang meluluskan dasar yang mengorbankan pendidikan anak-anak kita pada masa depan. Sedangkan waktu kerajaan hendak melaksanakan sepenuhnya bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di Universiti pada tahun 1984 dibuat dengan kajian yang lama. Kenapa apabila dasar ini hendak ditukar ia dibuat seperti masak mee maggi sahaja.
Pastinya projek ini hanya untuk mengkayakan kroni kerana telah memakan duit rakyat sebanyak 2.1B untuk ICT sahaja. Siapa yang bolot projek ini, tepuk dada tanya Tun Dr Mahathir.
Perlu ditegaskan bahawa jawatankuasa ini bukan menentang bahasa Inggeris, yang ditentang ialah Metematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris.
Kalau golongan sasterawan negara dan tokoh akademik sudah beranai turun ke padang bersama rakayat untuk menentang dasar ini, maka ini adalah satu perkembangan yang cukup baik. Maka satu perubahan lanskap politik negara akan berubah dan mempercepatkan kita menghantar UMNO/BN ke sakaratul maut.
Maka Pas yang daripada dulu lagi kita menentang dasar ini akan membantu 200 peratus jawatankuasa ini. Ayuh jangan lupa kita turun ke himpunan 100 ribu pada 7hb Mac 2009 untuk menghantar memo kepada Yang Dipertuan Agong sebagai payung rakyat. Kita berjanji kalau Pakatan Rakyat diberikan mandat maka kita akan ubah balik dasar ini selepas PRU 13 insyaAllah.
Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sessi 2007-2009
No comments:
Post a Comment