Friday, February 6, 2009

KOMEN PILIHAN BLOG MSO

Dari: Blog MSO

Tuan MSO,


Saya sebak dengan dengan apa yang terjadi di Perak. Lebih sebak melihat juak-juak UMNO bertempik sorak konon meraikan 'kemenangan' mereka.Namun sebetulnya ini merupakan satu titik hitam dalam masa depan Malaysia yang panjang ke hadapan.

Secara realitinya yang kerajaan baru Perak bukan BN tapi UMNO! Walaupun dipermukaan ianya bagai kemenangan bagi orang Melayu 'mengambil alih' semula Perak, namun di sudut lain kaum Cina akan merasakan bahawa kedudukan mereka sebagai warganegara yang sah yang memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang betul telah tercalar dengan permainan jijik dan licik oleh UMNO. Perasankah kita, parti2 komponen lain BN tidak pun bergitu beriya2 menyerlahkan sokongan dalam agenda rampasan kuasa UMNO di Perak ini.

Amat malang, ini akan mendalamkan lagi jurang prasangka dan kebencian antara kaum di Malaysia. Sampai bila kita hendak hidup begini? Kalau kita mahu jadi tuan, biarlah jadi tuan yang benar-benar dihormati. Maka siasah yang baik amat penting. Dalam episod terbaru ini, jelas UMNO telah menyerlahkan lagi kebongkakannya dan kebejatannya.Biarlah ini jadi pengajaran kepada semua pihak.

Pada PR terutama DSAI, sudah2lah pasal 16 Sep. Cukuplah dan noktahkanlah. Tunggulah dan sabarlah sehingga PRU13. Jika PR benar2 dapat berkhidmat dgn baik kemenangan akan sampai jua... Kepada DAP, ingatlah...bangsa Melayu itu jiwanya sensitif..jadi pandai2lah mengambil hati mereka.

Anda bercakap tentang Malaysian Malaysia tapi anda sering bersikap Chinese Malaysia. Berubahlah. Kejadian di Perak menunjukkan hari ini anda boleh menang dan kalah esok harinya.

2 comments:

paloi bin mulau said...

teman memang lama dah nampak benda ini. motto yg dimainkan melayu. sbb itulah teman tak kesah amno mungkin menang hari ini. tapi lagi 4 tahun adakah kaum lain mahu mengundi amno lagi? biarlah amno dgn mimpi mereka

cuma teman tak sabar menunggu exco baru di perak dan hadiah untuk melayu amno. apakah exco kan pure melayu? apakah melayu amno akan dapat pajakan tanah 9999 tahun?
apakah amno dapat beri pada melayu lebih yg dari nizar beri?

kita nantikan. tapi teman dah tahu jawapannya. tengok di terengganu pun cukup. duit royalti minyak billion2 pun tahap melayu tetap mcm itu. amno perlu kekalkan tahap melayu begitu kerana itu sajalah modal untuk mereka terus mempermainkan pemkikiram melayu.

jangan lupa org putih dulu2 pu buat taktik yg sama. kalau melayu bodoh senang untuk diperalatkan.

orangkampung said...

Sdr,

Pakatan menang dengan secara demokrasi.... bila ada pilihanrya ... samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Barisan menang ... samada demokrasi atau sebalik nya .... pilihanraya pun menang ... tak pilihanraya pun menang.

PRU 12 .... Pakatan menang pilihanraya .... Barisan menang sebalik nya.

PRU13 .... rasa nya berulang lagi ...dan PRU seterusnya ....