Monday, February 9, 2009

MB PERAK : KRISIS AKADEMIK?

Syok juga membaca ulasan dan pandangan pelbagai pihak dalam isu MB Perak. Orang politik, NGO, ahli akadamik, bloggers dan lain-lain akan memandang dari sudut masing-masing. Kemuncaknya ialah Karpal Singh nak saman Sultan Perak.

Saya amat suka sekali untuk melihat apakah kesudahan jika kes saman Sultan ini dibicarakan di mahkamah. Kes almarhum Tanku Jaafar telah diketahui akan keputusannya. Bukan wang yang mahu dituntut oleh bank berkenaan tetapi prosidur bank kena mengambil tindakan mahkamah terlebih dahulu sebelum hutang itu boleh dilupuskan.

Biasalah orang Umno akan menganggap Karpal Singh sebagai penderhaka. Depa bukan faham maksud saman dalam istilah undang-undang. Apa yang Karpal buat dalam saman ke atas Sultan ialah untuk mendapat penjelasan, tafsiran dan arahan muktamad oleh mahkamah atas sesuatu fasal dalam perlembagaan yang beliau rasakan telah dilaksanakan secara tidak betul.

Sebenarnya setiap hari ada kes menyaman Sultan di mahkamah apabila para peguam menyaman para pegawai di Jabatan/Agensi Kerajaan kerana setiap pegawai itu mewakili Sultan dalam tugas perkhidmatan awam. Itulah sebabnya dinamakan Urusan Seri Paduka Baginda. Hanya kes Karpal ini melibatkan terus kuasa Sultan yang tidak dideligasikan kepada orang lain.

Isu pokok pertukaran kuasa di Perak ini juga melibatkan isu lain seperti sejauh manakah kuasa Speaker yang mengumumkan kosongnya kerusi DUN itu boleh dipertikaian oleh SPR. Kita nak tahu sangat tafsiran mahkamah.

Kes saman awal Karpal akan membolehkan kita mengetahui adakah MB hanya boleh ditukar/diturunkan/dipecat melalui undi tidak percaya di DUN sahaja atau boleh dibuat juga melalui titah Sultan, selepas baginda yakin MB tidak mendapat sokongan majoriti.

Saman jangan tak saman. Saman bukan nak mengguling Sultan. Hanya nak tahu betul tak tindakan Sultan itu? Tindakan Nabi pun boleh ditanya, inikan Sultan yang kita tahu asal usulnya.

Para ahli akademik undang-undang dan para peguam boleh memberi pandangan tetapi hanya pandangan mahkamah sahaja dianggap betul dan muktamad untuk diguna pakai. Lantaran itulah kewibaan, kebijaksanaan, keberanian dan kejujuran para hakim di mahkamah terlalu penting. Kalau tidak, Hakim Correct Lingam akan berulang lagi.

No comments: