Saturday, February 14, 2009

APABILA KARPAL DIHARAMKAN MASUK PERAK

Apa punya naif mengharamkan Karpal Singh memasuki Perak, Kedah dan Selangor kerana menyaman Sultan Perak.

Dr Mahathir dulu, merobek semua gigi Raja-Raja Melayu melalui pindaan perlembagaan, tak kena apa pun. Malah semua menyokong habis-habisan kepada Dr M kecuali Semangat 46 dan Pas.

Allah pun biarkan hamba-hambanya di bumi ini walaupun menderhaka dengan syariatnya!!!!

8 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara,

Saudara tahu tak mengapa Pindaan Perlembagaan itu dilaksanakan dahulu? Tahu tak bahawa masa itu ada kes bunuh, rogol dan pukul yang melibatkan istana? Itu sebab pindaan iu dilaksanakan.

Pindaan itu mewajarkan tindakan undang-undang diambil ke atas Raja-Raja apabila berlakunya kes jenayah.

Kes Karpal nak saman Sultan sebab politik ini kes lain.

Jangan meletakkan Karpal setaraf dengan Mahathir. Jauh panggang dari api.

Saya juga kesal kerana Melayu yang tidak tahu hujung pangkal kes ini membabi buta menghentam Melayu sendiri sebab singh seorang ini.

Sungguh memalukan.

Anonymous said...

Anon 1,
sudahlah nak mengampu, memanglah pada zahirnya perlembagaan tu dah dipinda.tp lepas tu mana tindakannya?.kalaula memang benar ade kes2 yang disebutkan tadi.senyap je.ada ke keluar kat utusan melayau ke.tv 3 suku tak de siarkan pun.ini bukan pasal dia sigh ke bangla ke, myanmar ke.ini sebab peruntukannya ada dan masa pindaan tu dibuat tak de pun puak2 gerombolan buat demo gila2 cam sekarang.masa di terengganu lepas pilihanraya, kes "natang" tu, tak de pun gerombolan demo seluruh negara.walhal terang terang ditujukan kepada YDPA.

ybmate said...

Sokong Anon 1, takkan sokong melayu makan Melayu.

kasutlama said...

TAK MAINLA NAK DEMO TAK TENTU PASAL..BUANG MASA JER..
KENA TANGKAP, SAPA SUSAH?? SENDIRI JUGAK.
ADA KETUA2 PUAK DATANG TOLONG..?
JANGAN HARAP LA...LEBIH BAIK DIORANG NYOROK JAUH2.BIAR PECACAI YANG BUAT HAL...
INI YANG KENA TANGKAP, SAPA NAK BAGI ANAK BINI MAKAN KAT RUMAH??.
SENDIRILAH HARU NAMPAKNYA..

AKU DAH ADA PENGALAMAN DALAM HAL INI. BUAT DEMO GILA2, KENA TANGKAP,
KETUA2 PUAK JANGAN HARAP NAK DATANG TOLONG.JAWABANNYA,AH TAKPA BERJUANG DEMI AGAMA, KITA KENA HADAPI DAN BERKORBAN. AKU DAH SERIK DENGAN PUAK BERHALUAN KIRI NI..

HARAP MANA YANG ADA HATI DAN PERASAAN,BERHATI2LAH DENGAN PROPAGANDA PUAK2 INI.

BUANGLAH PR DARI HATI ANDA.

LeeMalay said...

Anon1 dan ybmate,

Apa pula pendapat anda tentang derhakanya Bapak Si Tajul tu pada Sultan Perak Yg terdahulu.. Ini semacam Allah hendak menguji dan membongkarkan siapa itu umno sebenarnya.... Mempergunakan Raja org melayu untuk kepentingan diri. Apa pula kes si Mat Taib bawa lari Puteri kesayangan Raja Selangor.. Tidak derhakakah mereka ini? Harap jawab kepada hamba yg kurang arif tentang sejarah lama nie..

LensaPR said...

Sebab pindaan ok, tapi yang dipinda berlebih lak.

J said...

raja atau sultan nih menghabiskan duit rakyat sahaja. itu hakikat. oleh kerana penakut dan tak reti nak lawan penjajah, mrk serahkan kuasa wewenang memerintah kepada penjajah (yg mana sekarang ini ialah UMNO), dan menjadikan agama sebagai hujah utk mereka terus menikmati secara percuma duit rakyat/negara.

macam mana raja/sultan muncul? sebab rakyat pilih kah? sebab rakyat lantik kah? atau puak puak raja/sultan ini yg melantik diri sendiri?

apa asal asal sistem perlantikan raja/sultan ini mengikut syariat agama Islam kah? yang mana mrk dikatakan sekarang ini menjadi penghulu agama Islam negara?

ya Allah swt, bukakanlah hati dan fikiran mrk yg masih buta dengan kebenaran kekhilafahan manusia di muka bumi ini.

AFRAR YUNUS said...

salam,
masuk ke sini, terasa panas juga...