Friday, February 27, 2009

Najib: Terima padah jika buat laporan palsu kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesiapa yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun.

"Mereka akan terima padahnya," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat yang membuat aduan kepada SPRM semalam mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri, membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pusat di pejabat SPRM Perak.

Najib berkata kini terpulang kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat itu.

"Saya tak tahu apa yang dia dakwa. Biarlah SPRM siasat," katanya.

Mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata:

"Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun."

Mengenai dakwaan keduadua ADUN itu kononnya mereka memreka mempunyai bukti kukuh, beliau berkata:

"Sudah tentunya mereka kata begitu Tapi) biarlah suruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya." BERNAMA


(Kah kah kah kah kah kah kah - buatlah rasuah bebanyak lagi oiiiiii)

No comments: