Thursday, February 12, 2009

3 KELAINAN REVOLUSI ISLAM IRAN

Apakah kelainan utama Revolusi Islam Iran dengan revolusi lain pada abad moden ini?. Secara ringkasnya ialah ada tiga kelainan:

Pertama, pemimpin dan cara hidup pemimpin revolusi itu. Revolusi di Iran dipimpin dan digerakkan atas nama Islam lanjutan dari semangat syahidnya cucu Rasulullah saw, Saidina Husein di Kabala. Semangat "Karbala" sentiasa dihidupkan setiap tahun di bulan muharam sempena syahidnya Saidina Husin. Maka semangat revolusi sentiasa segar di dalam dada dan jiwa rakyat Iran. Sejak Imam Khomeini menjadi pemimpin tertinggi Iran sehingga kepada Ali Khamanei, kehidupan mereka tetap sederhana, walaupun ianya sebuah negara kaya sebagai pengeluar minyak terbesar dunia. Lambang zuhud, warak, tidak bermewah, tidak bermegah dengan gelaran dan harta benda merupakan manifestasi akhlak Rasullullah saw sebagai pemimpin dunia. Jika mereka mahu hidup mewah, dunia tidak akan kata apa-apa kerana memang itulah perangai dan cara hidup pemimpin dunia jika mereka memerintah.

Kedua, Iran secara jelas, tegas, dan yakin tidak tunduk dengan dasar dan arahan imperialis Amerika. Walaupun Libya dan Iraq juga dilihat pernah tidak tunduk kepada Amerika tetapi akhirnya secara senyap, terpaksa akur dengan arahan Amerika. Iran seolah-olah Vs dunia. Itulah objektif sebuah negara Islam, membebaskan dunia dari perhambaan sesama manusia kepada tunduk kepada Allah swt.

Ketiga, rakyat Iran berjaya ditanam semangat jihad bersedia menerima risiko berperang dengan mana-mana kuasa besar di dunia ini demi Islam. Semasa lawatan saya beberapa kali ke Iran dan saya bertanya sendiri kepada pemandu teksi dan bas; jawapannya mereka sanggup syahid jika itu arahan Imam Ali Khamanei.

Ya, Iran bukan sebuah negara terpencil memikirkan hal negerinya sendiri, tetapi ia sedang menyediakan pemikiran kepada semua pemimpin negara-negara umat Islam di dunia ini supaya membebaskan diri dari cengkaman pemikiran Amerika, pelindung zionis Israel!!!!

No comments: