Thursday, February 5, 2009

LOMPAT ITU HALAL KAN

Orang PR jangan marah kepada Adunnya yang sudah melompat. Hanya 3 + 1 sahaja yang telah melompat. Sikit tu...

Projek 16 September lalu, Anwar merancang lebih 30 MP akan melompat. Jika jadi, lagi ramai yang melompat dari di Perak ini. Yang tumbang bukan negeri tetapi negara. Lagi besar oi.

Ini latihan "perasaan". Ha ha.

Jangan syok jika orang lain melompat ke parti kita. Rasakan pula jika orang kita melompat ke parti depa pula. Apa cam perit tak. Tu yang saya cakap, konsistenlah.

Bab beli-membeli memanglah kerja BN. Kalau tak, taklah namanya BN.

Yang Nasarudin dan 2 orang bekas PKR tu melompat, boleh agak apa sebabnya. Tapi DAP betina tu melompat, fasal apa agaknya ya?. Fasal gender ke? Kalau fasal gender, Dr Maria dan Dr Lolo kena sokonglah. Yahooo.

4 comments:

lil said...

Salam. Kali ini PR kena... mula2 suka bila 1 masuk .. . akhirnya duka bila 4 keluar..ha.ha.ha..
Macam main dam haji... bagi makan satu dulu lepas tu dia makan 4. Hebatkan.
Nampaknya PR kena belajar dgn pakcik2 di warong2 yg lepak lepas menuai padi tu cara2 main dam yg bagus.. barulah jadi pentadbir.

Anonymous said...

salam, situasi keluar masuk parti itu perkara yang selaluuu... kita dengar, tetapi istilah lompat ni jarang-jaranggggg kita dengar dan istilah tukar kerajaan kaddang-kadang baru sekali kita tahu, namun kata2 itu sudah tidak releven nampaknye hee3. komen...

LensaPR said...

Pada tahun 77, aku Lower Six di Jitra. Akhbar mai tengahari. Cerita politik Kelantan panas sehingga MAGERAN. Punyalah lama nak nunggu berita baru. La ni setiap detik up date. He he.

gotahlantun said...

SALAM,

SOBA YO..LAH..!