Thursday, February 5, 2009

MANA SATU YANG BETUL

Mana satu yang betul?

Samada MB Perak kena undi tak percaya dalam DUN, baru boleh berhenti jadi MB atau;

Jika Sultan arah berhenti, samada MB serah atau tak serah surat letak jawatan, maka terberhentilah dia sebagai MB.

Haru-haru.

Jika selepas PRU 12, PR memerintah dengan slim majoriti hasil pilihan rakyat tetapi kali ini BN memerintah dengan slim majoriti dek Adun lompat. Mana satu yang bermaruah?

Jawab sendirilah!!!

4 comments:

orangkampung said...

Sdr Ali,

Rakyat lantik YB Nizar jadi Adun.

Sultan yang lantik YB Nizar jadi MB.

Sekarang Sultan nak lantik MB ikut majoriti.

Jadi, Sultan minta YB Nizar berhenti.

Harap YB Nizar faham.

goddamn those who should b damn said...

raja zalim raja disanggah

LensaPR said...

Orang kampong,

betui tu

NIZAM MAT SAARI said...

Salam,

Saya juga tidak suka BN naik! Cuma satu yang saya tak suka pulak dengan PR sekarang kerana mengingkari TITAH SULTAN.

Ya, Sultan bukanlah Tuhan, tetapi itulah simbol yang kita letakkan ketaatan, simbol kestabilan dan pemutus dalam menentukan kestabilan.

Woi, Sultan Perak tu bukan calang-calang orang dalam perundangan negara, dia bekas Ketua Hakim Negara.

Kalau Sultan pun kita dah tak hormat, kita hormat siapa? Diri sendiri pun kita dah tak hormat sebab PR sanggup menggadaikan maruah sendiri dan memukul canang bahawa melompat parti itu halal.

Ahh, usahlah cakap pasal HAK RAKYAT sekarang ini, kerana semasa PR di atas, tak kisah pun pasal HAK RAKYAT.

Masa Nasarudin masuk PKR, tak timbul pun soal HAK RAKYAT!

Sebab itulah ALLAH HUKUM kalian. Itu pun tak sedar lagi!

Nak main politik, mainlah dengan IKHLAS, TAWADUK DAN PENUH KEINSAFAN DAN TANGGUNGJAWAB.

Apakah nilai keimanan dan ketaqwaan Tuan-tuan dalam PR?

NIZAM MAT SAARI
http://nizammatsaari.com/blog
http://nizammatsaari.blogspot.com