Saturday, January 31, 2009

DEMO KENYATAAN AKHBAR PPSMI

Tiada ucapan panas di dataran SOGO.

Tapi banyak sungguh kenyataan akhbar oleh para pejuang tokoh bahasa. Tokoh pejuang bahasa yang telah bersama dengan denyut negara sejak kemerdekaan. Yang mengerti makna dan kepentingan bahasa peribumi di negara merdeka berdaulat.

Datuk Dr Hasan Ahmad, Dr Abdullah Hasan, Prof Shahril, pimpinan PKPIM, Pimpinan AMK PKR dan ramai lagi yang beri kenyataan akbar hari ini. Polis pun tak gamak mengganggu orang tua yang sudah beruban ini. Oh ya A.Samad Said pun ada!!!

Semuanya akan menuju ke Istana Negara pada 7 Mac 2009 membantah PPSMI.

Malam esok ceramah khas bantah PPSMI di Taman Melewar. Mat Sabu pula yang akan memanaskannya!!

Jom beramai-ramai. Bikin ledakan!!!

HARI INI DI SOGO

Hari ini jam 3 petang, Sabtu, 31 Januari 2009, marilah beramai-ramai memulakan himpunan membantah PPSMI di dataran SOGO, Jalan Tunku Ab Rahman, Kuala Lmpur. Kali ini pejuang bahasa bersatu dengan aktivis politik untuk menyatakan hasrat rakyat. Jangan fikir ada orang lain yang akan buat kerja ini. Kalau semua orang berfikir macam itu, sejarah tidak akan bermula.

Berseminar sudah.

Meja bulat sudah.

Memorandum sudah

Berblog sudah

Jumpa Menteri sudah

Tetapi dasar tak juga berubah!!!!

Maka hanya gelombang rakyat sahaja yang akan MERUBAH!!!!!!

Friday, January 30, 2009

PPSMI ITU UNDUR KEBELAKANG

Pembelajaran dan pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah dan secara beransur-ansur dilaksanakan di sekolah menengah dan IPT merupakah langkah kebelakang dalam dasar pelajaran sesuatu negara yang merdeka. Objektif kemerdekaan ialah memajukan bahasa peribumi. Tanggung jawab negara merdeka ialah memastikan bahasa peribumi dilaksanakan di semua peringkat negara - pendidikan, pentadbiran, dan perundangan. Jika belum sempurna lagi, bukannya memajukan atau menggunkan bahasa lain pula. Sebaliknya kena bekerja keras berusaha sehingga negara maju melalui bahasa peribumi.

Jika orang Melayu sendiri tidak berjuang mempertahankan dasar memajukan Bahasa Melayu dalam seluruh sistem pentadbiran negara, takkan kita nak harapkan bangsa dan negara lain pula.

Jika Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa ilmu, bahasa pentadbiran dan bahasa perundangan, maka Bahasa Melayu belum tentu dijadikan bahasa komunikasi. Akhirnya Bahasa Melayu akan jadi bahasa pantun sahaja dan sesekali akan dibuat pementasan macam tarian Bali!!

Secara diam-diam kini orang Melayu malu menggunakan Bahasa Melayu dan bangsa bukan Melayu sudah tidak fasih, malah enggan menggunakan Bahasa Melayu.

Jika PPSMI diteruskan, jangan hairan jika Bahasa Melayu akan dikuburkan dalam tempoh 20 tahun dari sekarang!!!

Jom kita ke dataran SOGO, Jalan Tunku Ab Rahman, KL, esok jam 3 petang membantah PPSMI.

PETANG ESOK DI SOGO

Esok jam 3 petang, Sabtu, 31 Januari 2009, marilah beramai-ramai memulakan himpunan membantah PPSMI di dataran SOGO, Jalan Tunku Ab Rahman, Kuala Lmpur. Kali ini pejuang bahasa bersatu dengan aktivis politik untuk menyatakan hasrat rakyat. Jangan fikir ada orang lain yang akan buat kerja ini. Kalau semua orang berfikir macam itu, sejarah tidak akan bermula.

Berseminar sudah.

Meja bulat sudah.

Memorandum sudah

Berblog sudah

Jumpa Menteri sudah

Tetapi dasar tak juga berubah!!!!

Maka hanya gelombang rakyat sahaja yang akan MERUBAH!!!!!!

Thursday, January 29, 2009

MENGETEH DENGAN MOHAMAD SABU

Ini yang syok kawan dengan Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu. Jika dia ada kelapangan atau beliau lalu di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, maka mesti diajak kekawan mabuk teh terlebih dahulu. Ha ha.

Petang tadi sebelum ke Port Dickson, beliau singgah mengeteh di restauran Rafiya. Minuman kegemaran beliau ialah teh susu lembu tanpa gula.

Oleh kerana nak cepat ke PD, maka sempat berbicara sekadar 15 minit sahaja, tetapi cukup maklumat dan analisanya tentang perjuangan umat Islam di Palestin.

Jangan tak percaya jika dikatakan bahawa pemerintah monarchi Arab Saudi dan Jordan serta Mesir bersokongkol dan merestui regim Israel untuk memusnahkan gerakan HAMAS di Palestin. Mengapa demikian? Jika mahu tahu jawapannya, hadirlah ke majlis ceramah beliau yang sedang rancak diadakan di seluruh negara. Baru ada umph jika beliau yang mengupas sendiri.

Teringat saya satu insiden Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Fadzil Che Wan (Timbalan Menteri Luar ketika itu) di ruang kantin parlimen pada sekitar penggal parlimen 1990-1995. Anwar bertanya isu hal-ehwal antara bangsa kepada Fadzil Che Wan tetapi jawapannya tak memuaskan hati Anwar. Anwar berkata kepada Mohamad Sabu "hang tolong bagi kursus kat depa Mat oi. Depa bukan reti politik antara bangsa ni"

Maaf cakap ya (ini gaya ayat Penarik Beca), bab-bab antara bangsa ni kena tanya Mohamad Sabu le!!!!.

JIka tak caya tanya Dr Zulkefli Ahmad. Ha ha.

BERANIKAH GURU MENENTANG PPSMI

Guru merupakan pegawai kerajaan terikat dengan dasar, GO dan Aku Janji kerajaan. Apakah mereka mampu membantah dasar PPSMI walaupun tahu kesan teruknya dasar itu.

Malah mereka juga telah disumbatkan mulutnya kerana ada elaun khas mengajar subjek sains dan matematik!!!. Takkan nak hilang fulus kot. Harap ini bukan tuduhan. Lebih baik kata mereka memang patuh dan setia dengan dasar kerajaan.

Jika yang Dr dan Prof dalam GAPENA pun takut dengan kerajaan, inikan pula guru di Monceh, Negeri Sembilan !! Ha ha. Ese taulah tahap iman mereka. Ha ha.

MAJORITI PROF TENTANG PPSMI

Mak oi, ramainya Prof menentang PPSMI. Mereka sudah bergerak sejak tahun 2002 lagi. Tetapi mengapa suara mereka tak terdengar dan didengari. Malah macam tak ada publisiti pun. Adakah kerana mereka tak ajak sekali PAS dan PKR turut sama menangani isu ini dalam satu front yang lebih berkesan dan mencabar?

Baca di sini selanjutnya hujah kumpulan prof ini
.

ANTARA KENTUT DAN TAIK

Ketika Anwar dalam Amno lagi, rasuah atau bahasa lembutnya 'poitik wang' telah berleluasa. Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu mengulas bahawa rasuah dalam Amno ibarat kentut dan taik, tak bisa dipisahkan, tetap berbau dan tak boleh disembunyikan. Sekarang bukan sahaja berbau, tetapi telah menjadi gejala pencemaran alam nombor satu negara.

Tugas utama SPRM nak jaga rasuah kaki tangan dan jentera kerajaan, kini kena memantau rasuah Amno pula. Jika nak pantau rasuah Amno, kena tubuh cawangan SPRM di setiap cawangan Amno, baru berkesan. Maka banyak jawatan baru yang SPRM kena wujudkan dan bertambahlah bajet negara.

Apakah rasuah dalam Amno boleh dihapuskan. JAWAPANNYA IALAH MUSTAHIL. Mengapa? Orang yang masuk dalam Amno masa kini adalah bercita-cita untuk memegang jawatan sekurang-kurangnya diperingkat cawangan dan memang berniat dengan penuh IKHLAS supaya mereka dibeli untuk mengundi seseorang dalam sebarang pertandingan merebut jawatan dalam Amno. Marah atau kecewa sangat kalau mereka tak disogok kerana itulah cara menambah pendapatan mereka sejak era DEB dilancarkan. Maka tanyalah kepada ahli dan pimpinan Amno di semua peringkat apakah pandangan mereka terhadap rasuah dalam negara ini, maka mereka akan menjawab dengan senang hati 'BIASALAH BIB".

Rasuah itu akidah baru Amno. Mereka akan mempertahankannya walaupun terpaksa syahid.

Apa diharap padi seberang.....

Kapal nak karam....

Takkan nak tunggu Imam Mahdi, baru nak tinggalkan Amno oiii

Wednesday, January 28, 2009

HIMPUNAN DI DATARAN SOGO SABTU INI

Antara yang akan hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrir Md Zain, Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Puan Ainon Mohd., Tn. Hasni Abas, Tn. Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Tn. Hj. Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai YB Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Tn. Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR YB Tian Chua, Tn. Badrul Hisham Shahrin dan lain-lain.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

JIKA NIK AZIZ YANG BERSAJAK

Jika sajak atau puisi ini di luahkan oleh TG Nik Aziz, tentu ramai yang memujanya. Malangnya sajak nan indah ini diluahkan oleh Pak Lah. Bukan puisi itu tak puitis tetapi rakyat tak percaya kepada pengucapnya.

Alahai

Bolehkah anda menghayati sajak ini dengan melupakan Pak Lah dari minda anda

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah Nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana dia Rabbi
Dialah teman
Dialah Wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi.

PPSMI: SIAPA TERUS JADI PENGKHIANAT

Zaman bercakap sudah berlalu.

Kini nak berarak menentang PPSMI. 31 Januuari jam 3 di SOGO KL, 1 Februari jam 9 malam di Taman Melewar dan 7 Mac jam 2 petang ke Istana Negara.

Pemuda Pas sudah bersetuju - Pemuda Pas Negeri dah gerakkan ke?

Angkatan Muda Keadilan sudah bersetuju

Pemuda DAP sudah bersetuju

JERIT pun nak menjerit bersama.

Pertubuhan Cina sudah lama bersetuju.

Yang belum istihar menentang PPSMI ialah Pewaris, Persatuan Pengguna Islam dan Pemuda Amno.

Siapakah lagi pengkhianat Melayu. GAPENA mahu jadi Hang Tuah.

Tuesday, January 27, 2009

SAH GAPENA PENGECUT

Sumber: http://www.universitipts.com/

GAPENA Tidak Ikut

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) sudah confirm tidak mahu ikut serta dalam Gerakan Menentang PPSMI (GMP).

Gapena mengambil tindakan sendiri. Ia berkata, ia akan membawa kes PPSMI ke mahkamah. Ia juga akan mengadakan acara bantahan di dalam kawasan Rumah Gapena sahaja.

Foto: Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena.

LOMPATLAH TAPI JANGAN.....

Kita alu-alukan sesiapa pun masuk ke salah satu parti Pakatan Rakyat.

Tetapi janganlah bawa perangai Umno sekali. Buang jauh-jauh. Disini berjuang kerana Allah untuk rakyat. Upah diterima sekadar hidup.

PPSMI: MELAYU MURTAD MELAYU

Apabila orang Melayu dikatakan ada yang murtad dari Islam, ramai yang tak percaya sehingga seorang Mufti mendedahkan betapa ada orang Melayu yang murtad. Melayu yang murtad ini tidak ada nilai kepada penganut Islam di negara ini, kecuali kepada pejuang hak asasi yang mendukung kebebasan keluar masuk ugama. Dalam kes Melayu murtad ugama, kerajaan tidak dituduh memurtadkannya, kira oklah itu.

Melayu keluar ugama Islam kita marah. Tetapi bagaimana kalau Melayu keluar Melayu atau murtad dari Melayu. Opps ini bukan kesah kahwin campur. "Akidah" Melayu ialah bahasanya. Salah satu matlamat kita hendak merdeka dulu, walaupun yang lulus darjah tiga tak berapa kerat pun ialah kita nak tingkatkan pelajaran negara melalui Bahasa Melayu.

Sekarang kita ada ribuan Prof dan Dr Phd serta ratusan ribu Graduan Melayu, Tenokrat Melayu, Penjawat Awam Melayu tetapi kita tak yakin dengan Bahasa Melayu untuk diajar kepada anak bangsa kita sendiri. Apa punya haprak Melayu sekarang.

KINI MELAYU MURTAD DARI MELAYU BERAMAI-RAMAI dan yang memurtadkannya ialah 'regim anti Melayu' BN itu sendiri. Oh Melayu kampong, masih sayangkah dikau pembunuh Melayu ini????

Monday, January 26, 2009

BUKAN MUDAH NAK ADIL

Yang paling sukar ialah berlaku adil kepada bangsa dan penganut agama lain. Itulah yang terjadi kepada kes pemberian tanah milik kampong baru di Perak. Melayu terasa 'kalah' jika tanah diberi kepada kaum Cina.

Yang rasa tercabar ialah apabila sang penguatkuasa undang-undang tidak boleh melampaui batas dalam penyiasatan kes terhadap orang yang disyaki penjenayah atau sememangnya penjenayah. Itulah terjadi kepada kes Kugan Ananthan. Inilah amalan polis selama ini yang kita dengar. Jika yang berbangsa Melayu yang disyaki penjenayah pun dihentam habis-habisan, inikan pula yang bukan berbangsa Melayu.

Bersikap adil itu karektor orang bertakwa. Bukan mudah menjadi orang bertakwa. Lantaran itulah selalu diseru setiap kali dalam khutbah jumaat.


Pengumuman:

1. Himpunan bantah PPSMI jam 3 petang, 31 Januari, Sabtu, di SOGO, Jalan Tunku Ab Rahman Kuala Lumpur.

2. Ceramah Pelancaran bantah PPSMI pada jam 9 malam, Ahad, 1 Februari, di Markas Tarbiah Pas, Taman Melewar, Kuala Lumpur oleh Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Dr Shaharil (Kumpulan Prihatin)

4-0

8 Mac 2008 - PR tubuh 5 kerajaan negeri.

26 Ogos 2008, PRK Permatang Pauh, Anwar kembali ke parlimen

17 Januari 2009, PRK Kuala Terengganu - MAWE pula ke parlimen

25 Januari - ADUN Bota tinggalkan Umno, masuk PKR.

Maka 4-0

BIARLAH NAJIB JADI PM

Apabila ada pimpinan utama dari PAS dan DAP mencadangkan Pak Lah jadi PM lagi selepas Mac ini, ianya cerita kelakar. Tak logik. Takut ke Najib atau tak nak beri Anwar jadi PM?

Sebelum ini Pak Lah diminta berundur. Bila dah nak berundur, minta sambung pula.

Semasa Mahathir PM, kutuk dan minta Mahathir berhenti. Bila Mahathir dah berhenti, kata Mahathir lebih baik dari Pak Lah.

Eloklah Najib jadi PM tu. Rosmah lagi power dari arwah Hendon. Lagi serabut Umno nanti.

Saturday, January 24, 2009

CERAMAH BANTAH PPSMI 1 FEBRUARI

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Dr Shahrir.

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Daulatkan Bahasa Melayu.

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

Friday, January 23, 2009

PPSMI: MEMORANDUM ASASI

Berikut ialah memorandum ASASI berkaitan dengan PPSMI.


Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris

28 Ogos 2008

Perbincangan Meja Bulat Pengajaran Sains dan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris di Pusat Persidangan Antarabangsa Putra jaya pada 27hb Ogos 2008

1. Prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa ibunda lebih cemerlang

Para sarjana Dunia telah ijmak bahawa penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan peringkat awal lebih berkesan daripada penggunaan bahasa asing pada tahap pendidikan itu. Banyak kajian penggunaan bahasa ibunda dalam pendidikan yang telah diperakui oleh UNESCO menunjukkan pelajar di peringkat permulaan pendidikan yang diajar dengan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar mempunyai prestasi lebih cemerlang daripada pelajar yang diajar di dalam bahasa asing.

Banyak kajian di Malaysia menunjukkan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Inggeris menurun berbanding dengan prestasi pelajar yang diajar sains dan matematik di dalam bahasa pengantar bahasa Melayu dahulu itu.

2. Bahasa Inggeris bukan bahasa tunggal S & T

Kajian sejarah S & T telah membuktikan bahawa hampir semua penemuan sains penting bukan dalam bahasa Inggeris tetapi di dalam bahasa ibunda penemunya. Setiap bangsa maju itu mempribumi dan mengungkap S & T dalam bahasanya sendiri mengikut kosmologi, pandangan alam dan nilai agama serta budayanya sendiri, menguasainya serta mengkritiknya dan akhirnya mengarya saisn dan teknologinya sendiri. Tiada bangsa maju yang mengarya S&Tnya dalam bahasa asing.

3. Kejayaan pembudayaan S &T tidak bergantung kepada penguasaan bahasa Inggeris

Pendidikan S & T dalam bahasa Melayu di Malaysia sejak dasar pendidikan beraliran bahasa Melayu dalam masa 20 tahun ini telah melahirkan ahli sains dan jurutera yang berwibawa dan berjaya. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention, Geneve, Switzerland; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul International Invention Fair membuktikan keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu. Kecemerlangan mereka tidak sedikit pun tercela dengan pendidikan bahasa Melayu.

4. Bahasa Melayu adalah faktor genting dalam pembudayaan S &T di Malaysia

Pembudayaan S&T yang sebenar amat berhubung rapat dengan pencernaan S &T dalam sistem pemikiran yang serasi dengan kosmologi dan pandangan alam sesuatu bangsa yang terungkap di dalam bahasa ibundanya. Oleh yang demikian kejayaan pembudayaan S&T di Malaysia amat bergantung kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Inilah inti pati daripada slogan “bahasa jiwa bangsa”. Impian para pemimpin Malaysia untuk menjadikan Malaysia maju dalam acuannya sendiri akan kekal menjadi angan-angan sahaja jika S&T masih terus dibudayakan dalam bahasa asing.

5. Bahasa Melayu bukan faktor pembantut penguasaan S &T

Kejayaan yang luar biasa Malaysia dalam masa 20 tahun dengan dasar bahasa Melayu dalam pendidikannya merupakan bukti keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa poengantar S&T. Kemenangan ahli sains dan jurutera Melayu berpendidikan aliran bahasa Melayu di Salon International des Invention Geneve; World Exhibition of Innovation, Research and New Technologies, Brussels, Belgium; British Invention Show, London; dan Seoul International Invention Fair menunjukkan bahawa keampuhan bahasa Melayu melahirkan ahli sains dan jurutera Melayu bertaraf Dunia itu amatlah ketara dan tidak boleh dinafikan lagi.

6. Mendahulukan Penguasaan S & T bangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris akan membunuh Bahasa Melayu

Dasar meninggalkan bahasa Melayu dahulu dalam mengejar kemajuan ekonomi dalam bahasa Inggeris, dan setelah berjaya kelak barulah memperkasakan bahasa Melayu adalah tidak akan berjaya kerana sejarah telah menunjukkan bahawa tiada bahasa yang ditinggalkan begitu lama dapat disesuaikan semula dengan perkembangan zaman (contoh: bahasa Latin). Malah kemajuan bahasa-bahasa maju tidak pernah berlaku mengikut cara ini.

7. S & T sarat nilai dan tidak neutral kerana dibentuk oleh kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya sesuatu bangsa

Pada hakikatnya S&T yang dipribumi dan diungkap dalam bahasa nasional setiap bangsa maju diwarnai kosmologi, pandangan alam dan nilai budaya. Maka S&T yang diungkap dalam bahasa Inggeris itu dibebani kosmologi dan pandangan alam Inggeris yang asing bagi banga Melayu. S&T di Malaysia semestinyalah diungkapkan dalam bahasa Melayu yang beracuan Islam yang lebih dekat dengan budayanya kerana Malaysia mempunyai sejarah hubungan rapat dengan Islam.

8. Pengajaran S&T dalam bahasa Inggeris tidak akan menghasilkan lebih ramai orang Malaysia menguasai bahasa Inggeris

Penguasaan bahasa Inggeris tidak ada hubungan langsung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bahkan pelajar pada peringkat permulaan pendidikan akan mengalami kesukaran memahami S&T kerana terpaksa menterjemahkan dahulu istilah bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu, memahaminya dahulu sebelum mencuba memahami ilmu sains dan matemtik pula.

9. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tidak akan mudah berintegrasi menggunakan bahasa Inggeris yang asing

Penggunaan bahasa Inggeris di India sebagai bahasa rasmi kerajaan dan pendidikan gagal mengintegrasi rakyat India berbilang kaum kerana bahasa Inggeris itu asing bagi rakyat jelata India. Pelajar sekolah di bawah sistem pendidikan kebangsaan ternyata lebih berpeluang bersaling tindak yang jauh lebih luas dan lebih hebat antara pelbagai kaum dalam bahasa Melayu.

10. Desa sejagat dan kepelbagaian bahasa

Pengiktirafan hanya kepada satu bahasa atas alasan desa sejagat yang de facto berbahasa Inggeris dengan mengabaikan atau mematikan sesuatu bahasa lain adalah bertentangan dengan hak asasi manusia yang menuntut pengiktirafan bahasa-bahasa lain untuk kenal-mengenali antara satu dengan yang lain seperti yang dianjurkan oleh UNESCO. Peluang perniagaan juga tidak tergantung kepada bahasa Inggeris akan tetapi kepada bahasa tempatan pasaran dan kerana itulah antara lain perisian komputer Microsoft juga ditulis dalam bahasa Cina untuk pasaran besar Cina.

11. Dasar pendidikan kebangsaan selama ini tidak merugikan Melayu

Dasar pendidikan negara maju bukan Inggeris seperti Jepun dan Korea telah berjaya mencapai S&T yang setara atau lebih tinggi lagi. Kemampuan orang Melayu kini yang semakin kuat menyaingi kaum lain berbanding dengan nasib malang orang Melayu ketika pendidikan aliran Inggeris dahulu menunjukkan dasar pendidikan kebangsaan menguntungkan lagi orang Melayu.

12. Terjemahan ilmu ke bahasa Melayu amat perlu bagi mengejar kepantasan perkembangan ilmu

Sejarah tamadun membuktikan bahawa peranan terjemahan dalam pembinaan sesuatu bahasa sebagai bahasa ilmu itu adalah teramat penting. Terjemahan karya pilihan amat perlu dan banyak menguntungkan perkembangan ilmu dalam sesebuah negara. Para penterjemahlah yang mula sekali memahami ilmu yang diterjemahkannya itu. Jika ramai sarjana Melayu terlibat dalam penterjemahan maka ramailah sarjana Melayu yang tinggi kefahaman ilmunya sehingga mempercepatkan lagi proses kritikan ilmu semasa dan seterusnya meningkatkan kemampuan mengarya ilmu baru ciptaan sendiri pula.

13. Bahasa Melayu tidak menghalang pelajar Malaysia menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Perisian komputer sekarang semakin mesra pengguna sehingga seseorang yang buta bahasa Inggerispun boleh berinteraksi dengan komputer peribadinya dengan mudah.

Bahan pendidikan peringkat sekolah dalam internet tidaklah banyak sehingga tanpa penggunaan internet pelajar sekolah akan ketinggalan. Bahkan bahan peringkat sekolah di internet sudah pun banyak dalam bahasa Melayu dan perisian untuk sekolah bestari telah dibuat dalam bahasa Melayu. Penggunaan komputer untuk tujuan menyelesaikan masalah dan menjana ilmu baru itulah memerlukan hanyalah daya khayalan, daya pengaryaan dan kepintaran seseorang tanpa perlu fasih bahasa Inggeris kerana komputer itu alat yang amat mesra pengguna.

14. Penemuan Ilmu Sains Baru dalam bahasa Melayu

Sains yang sedang dikaji kini seperti bioteknologi dan nanoteknologi telah ditemui pada awal abad ke-20 hinggalah ke tahun-tahun 70an. Ilmu sains kini merupakan inovasi kepada penemuan-penemuan asal itu dan telahpun mencapai tahap ketepuan dan kelesuan. Presiden Universiti John Hopkins yang juga merupakan ahli sains tersohor telah menyarankan supaya penyelidikan sains hendaklah kembali menumpu kepada penemuan ilmu sains baru yang akan menghasilkan teknologi masa depan (Financial Times 20/8/2005). Ini merupakan peluang keemasan bagi ahli sains Malaysia untuk menemui ilmu sains baru dengan menggunakan bahasa Melayu yang sarat budaya Melayu dan agama Islam. Sumber tabii pribumi yang belum diterokai mengandungi fenomena alam baru yang dapat menghasilkan ilmu sains baru yang terbina atas kerangka paradigma Melayu dan Islam.

Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud
Presiden
Akademi Sains Islam Malaysia

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

BAHASA BUKAN AGENDA POLITIK

Datuk Dr Hasan Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Gerakan Mansuhkan PPSMI menegaskan bahwa ahli politik pembangkang yang hadir ke mesyuarat tersebut adalah bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas dasar sebagai pejuang bahasa.

Bagi Pas perjuangan bahasa merupakan sebahagian dari perjuangan politik sepertimana perjuangan menegakkan keadilan, melawan kezaliman, menentang ketidakadilan, menentang ISA, menentang pembaziran, menentang rasuah.

Jika Nasharudin Mat Isa, mewakili peribadi sebagai pejuang bahasa ke mesyuarat itu, maka beliau tidak boleh mengarahkan anggota Pas ke perhimpnan 100 ribu sebagai kapisiti pimpinan PAS. Tak ada siapa nak ikut dia. Mungkinlah ada pemandunya sahaja yang akan patuh.

Najis sangatkah bila menentang PPSMI ini dianggap sebagai agenda politik.

Inilah pemikiran bekas pegawai kerajaan yang cukup tak mahu dikaitkan dengan perkataan politik jika sesuatu perjuangan itu semacam tak selari dengan dasar kerajaan.

Pejuangan bahasa perlu momentum politik kerana parti politik mempunyai anggota yang bersedia "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'. Nak harap kaki tangan awam? Mereka terikat dengan Aku Janji. Nak harap student? Mereka takut dibuang dari asrama/kolej kediaman. Jika perjuangan bahasa tak diberi nafas 'jihad', tak siapa yang berani mengambil risiko.

Thursday, January 22, 2009

MELAYU JADILAH SERAI

Berikut ialah tulisan Dharmala NS, penulis veteran NS yang amat arif dengan sejarah dan adat Minangkabau di Negeri Sembilan.


SEJARAH YANG SUKAR DISEMBUNYI:
PEJUANG MELAYU DIKHIANAT MELAYU

Novel ‘Nyawa Di Hujung Pedang’ karya Ahmad Murad Nasaruddin terbitan Pejabat Karang Mengarang MPSI, lebih awal menterjemahkan kegagalan pejuang-pejuang Melayu apabila dikhianati oleh bangsanya sendiri. Yazid protoganis dalam novel tersebut dikhianati antagonisnya Said, semata-mata kebencian kerana gagal menawan hati gadis yang diwakili watak Juriah. Pejuang-pejuang awal bangsa Melayu tetap dikhianati oleh bangsanya, seperti tragedi pertikaman Hang Jebat dan Hang Tuah di istana Melaka sekitar dekad 1460-an. Urutan peristiwa berkenaan diteruskan apabila Dato’ Lela Merah Dol Said dikhinati oleh Syed Syaaban Ibrahim al-Qadri pada 1832, berikutan janji British menyerahkan Tampin sebagai wilayah pemerintahannya.

Sekitar tahun 1969 apabila Mat Kilau tampil mengisytihar identitinya di Maran, Pahang beliau sempat diwawancara oleh Pak Sako dengan memberitahu kegagalan Melayu melawan British pada 1891 disebabkan karektor mereka sama seperti ‘manggis’. Definasi ‘manggis’ yang diterjemahkan sendiri oleh Pak Sako ialah bunga manggis di buntut buah menggambarkan jumlah isi di dalamnya. Sekiranya bunga dibuntut kembang lima, bermakna isi manggis berkenaan lima; begitu juga kalau empat atau enam memang tak mungkir jumlahnya sama. Maknanya, bangsa Melayu tak mampu menyimpan rahsia seperti definasi manggis. Apalagi manggis yang berwarna hitam di luar, tetapi di dalam tetap putih dan rasanya manis. Di samping getah manggis tak membawa ancaman seperti keperihalan getah bacang. Barangkali!

Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tan Sri Abdul Samad Idris juga mempunyai pandangan sinis terhadap kebobrokan bangsa Melayu tak mengikut falsafah bangsanya ‘berinduk bak ayam, berjunjung bak sirih, berumpun bak serai’. Pemilihan ayam sebagai ‘induk’ selaras dengan sifatnya akan mengekaskan makan untuk anak-anaknya terlebih dahulu. Selepas anak-anaknya kenyang mengisi tembolok, barulah si induk mematuk untuk dirinya. Berbeza dengan sikap manusia yang lebih pentingkan tembolok sendiri, dengan membiarkan anak-anak kebulur. Begitu juga pemilihan ‘sirih’ yang naik ke atas menerusi junjungnya, tak pernah melilit untuk menjulang pucuknya hingga menjolak tinggi. Sebaliknya ‘sirih’ sekadar melekap kepada junjungnya bagi memastikan pucuk menjulur naik ke atas secara berhemah. Aduhai!

Spesies ‘serai’ juga tetap setia bersama rumpunnya dengan tak mengira kecil atau besar sentiasa dirangkum bersama hingga berasak-asak dengan kesatuan yang sukar diperkotak-katikkan. Berbeza dengan ‘rumpun’ padi mahupun buluh yang mudah dipisahkan disebabkan kesatuannya terlalu longgar; apalagi buluh turut memencilkan ‘rebung’ jauh dari rumpunnya. Bagi masyarakat beradat mereka menjadikan ayam, sirih dan serai sebagai sumber aspirasi dalam menjana keseimbangan hidup kerana disebut dalam perbilangannya:

Penakik pisau seraut
ambil galah batang lintabung
seludangnya buatkan nyiru
setitik jadikan laut
sekepal jadikan gunung
alam terbentang jadikan guru.

Sayangnya kepongahan manusia moden sukar menerima hakikat ‘alam terkembang jadikan guru’ itu. Gamaknya!

Sumber: Klik di sini.

GAPENA PENGECUT

Semua NGO dan parti politik sudah bersedia berdemo menentang PPSMI pada 7 Mac ini tetapi GAPENA tidak akan ikut serta. Sebaliknya GAPENA akan berjuang melalui rayuan kepada Najib dan mengadakan majlis bacaan puisi sahaja. Pimpinan GAPENAlah yang memujuk Fuad Zarkashi, MP Batu Pahat supaya jangan turut serta mesyuarat dengan kumpulan penentang PPSMI yang akan menganjurkan majlis himpunan 100 ribu.

Inilah jenis NGO Melayu yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan bahasa Melayu yang pengecut dan termakan budi dengan kerajaan. Depa dapat tapak tanah dan bantuan kewangan membina pejabat. Kalau dah termakan budi, memang payah nak lawan tauke!!!

Wednesday, January 21, 2009

KG CHUBADAK SENTUL AKAN PUPUS

Allahyarham Usman Awang melalui puisinya merintih pembangunan menyebabkan terhakisnya alam nan indah sehingga sang gagak pun hilang tempat hinggap. Ia juga sedih apabila para peneroka bandar - setinggan, gagal dilayani oleh kerajaan secara sewajarnya demi melayan kepentingan sang kapitalis pemaju perumahan. Semuanya dibuat atas nama pembangunan.

Kini satu lagi langkah 'maju' kerajaan BN, kampong tradisi Melayu yang bergeran juga akan terhapus atas nama pembangunan. Tanah kampong Melayu bukan diambil untuk kepentingan awam seperti membesarkan jalan atau membuat stesyen LRT tetapi untuk membina projek perumahan mewah. Inilah yang akan berlaku kepada Kampong Chubadak,Sentul melalui Deraf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCP2020).

Kampong Baru, Kampong Chubadak dan Kampong Padang Balang adalah antara yang akan pupus.

BN adalah alat kapitalis sang pemaju perumahan atas nama pembangunan. Runtuhkan pada 2012.

Tuesday, January 20, 2009

TAK JADI DEMO JUMAAT INI

Salehudin Ayub mengatakan tak jadi demo jumaat ini di Kedutaaan Amerika. Apa sebab tak diberitahu pun. Sebaliknya ceramah khas pula di Taman Melewar jam 9 malam pada tarikh yang sama juga.

Mohamad Sabu masih di Beirut. Dijangka beliau kembali ke tanah air pada 23 hb ini.

Tunggu!!!!

BELI POUND GB

Alahai, dok berblog sahaja sehingga tak tau nilai pound Great Britain sudah jatuh menjunam ke paras harga terendah seperti yang terjadi pada tahun 1995. Yang ada duit eloklah beli dan simpan dalam peti besi. Ha ha. Kalau jatuh dan tak naik-naik dalam tempoh setahun, tanggung sendirilah ye!!!

ANTARA DUA RASUAH

Sebuah NGO pemantau pilihan raya - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - mendakwa PAS dan BN melakukan amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.

Jumlah amalan rasuah BN hampir RM 200 juta, tidak termasuk wang royalti sebanyak RM 408 juta yang janji di kembalikan serta duit angpau sebanyak RM 300 seorang kepada sebilangan pengundi terpilih.

Manakal Pas pula di dakwa turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.

Kira-kira macam antara dua darjat jugalah tetapi kali ini antara dua rasuah. Detail lapuran klik di sini.

Selepas baca lapuran berkaitan, siapa tak gelak, tolong jumpa doktor!!!

Monday, January 19, 2009

HIMPUNAN BANTAHAN ANTI ISRAEL LAGI

Sekali lagi jumaat ini, 23 hb Januari jam 2 petang , himpunan anti Israel di hadapan Kedutaan Amerika.

Kali ini TG Haji Hadi akan mengetuainya.

War-warkan.

Bawa duit derma sekali. Setakat takbir tak memadai.

MAHFUZ PUN DATO' DAH

Akhirnya Mahfuz Omar bergelar Dato', anugerah Sultan Kedah.

Saja nak habak kepada kekawan. Ha ha.

FAKTOR MENANG ATAU FAKTOR KALAH

Memang sedap menganalisa keputusan setiap kali pilihan raya. Rasanya sudah jemu jelak saya membacanya. Tambahan pula kalau yang menganalisanya media pro kerajaan.

Menganalisa keputusan pilihan raya memerlukan hati terbuka, kepala dingin dan cukup maklumat. Kalau tidak kita tidak ambil kira semua faktor.

Biasanya parti menang akan lebih menumpukan faktor mengapa menang dan yang kalah akan tumpu faktor mengapa kalah. Yang terlibat dengan parti yang menang akan mengatakan "kerana aku ada, maka menang kali ini'. Ha ha, walapun sekadar datang makan keropok lekor. Bagi parti kalah, masing-masing akan cari faktor di luar dirinya yang menyebabkan kalah. Kesian, sampai fasal muka calun pun jadi sebab kalah di KT. Walhal muka Tarekh Junid yang tidaklah lebih manis dari Wan Farid yang betanding di Sijangkang, Selangor satu ketika dulu melalui melalui umno dan Semangat 46 pun boleh menang.

Ringkasnya seperti kata TG Nik Aziz, apabila bergabung tenaga makhluk di bumi dan di langit, maka menanglah kita. Ha ha. Jika nak tahu PR dah kuat ke tidak, kena ada seorang lagi wakil BN mati di Sarawak atau Sabah atau Johor. Wooo.

Sunday, January 18, 2009

SEDIKIT ANALISA PRK KT

Perbandingan keputusan pilihanraya Kuala Terengganu:

PAS :
2009 - 32,883
2008 - 31,934
Pertambahan - 949

BN:
2008 - 32,562
2009 - 30,252
Penurunan - 2,310

Peratus mengundi menurun.

Dikatakan pengundi Cina masih berpihak kepada BN.

Pada 2008 ada sekitar 2,000 yang mengundi Pas peringkat DUN yang tak mengundi PAS di peringkat Parlimen. Adakah pertambahan undi sebanyak 949 itu datangnya dari kategori ini? Atau juga datang dari pengundi BEBAS dulu yang kini mengundi PAS.

Yang jelasnya penurunan undi BN sebanyak 2,310 belum tentu beralih kepada Pas kerana jika beralih kepada PAS, maka jumlah undi PAS akan menjadi 31,934 + 2,310 = 34,244, tanpa mengira undi 949 diatas dan ada pengundi Pas dulu tak keluar mengundi kali ini, dengan mengambil kira peratusan mengundi yang menurun.

Adakah penurunan undi BN kerana penyokong lamanya tak turun mengundi kali ini. Jika benar, maknanya kempen PR berjaya melemahkan semangat penyokong BN untuk tidak keluar mengundi, walaupun masih belum boleh mengajak mereka beralih ke PAS. Sesungguhnya itulah tujuan kempen pilihan raya.

Kita tunggu analisa dari jentera pilihan raya Pas Kuala Terengganu nanti.

Matematik pilihan raya tidaklah mudah. Perlu pelbagai andaian.

Yang pasti Pas sudah menang. Ha ha.

Saturday, January 17, 2009

SELAMAT KEMBALI GENG NS

Baru terima sms dari Saudara Karim Suhaimi, bekas YDP Pas Kuala Pilah dari Terengganu, sah Pas menang. Jangan Pegawai SPR salah umum macam apa yang terjadi kepada Ustaz Hashim Jasin di Perlis sudahlah.

Selamat kembali wahai Saudara Karim beserta sahabat lain, 7 kereta semuanya ke Kuala Pilah, tanah ibundo. Gua caya lu. Ha ha. Geng Tampin dah balik awal ko, tak dongar berito pun.

SELAMAT TINGGAL BUNGAKU BN

Sambil mengucap syukur kepada Allah AWT, adakah sah kita boleh nyanyi SELAMAT TINGGAL BUNGAKU kepada BN malam ini?

TELUK PASU BERULANG LAGI?

Apakah kemanisan menangnya Pas di PRK Teluk Pasu pada akhir 80an akan berulang lagi pada malam ini?

Dulu bukan zaman internet, maka tiada laporan detik demi detik.

Jika BN kalah, lambat diumumkan pun tak apa. Terlalu banyak web yang melaporkannya.

Meriahnya era ICT kini.

Hidup Penarik Beca. Ha ha.

KT JADI GAZA

Akhirnya PRK Kuala Terengganu mencipta rekod pilihanraya Malaysia. Ingatkan PRK Lunas paling hebat. Rupa-rupanya Kuala Tengganu.

Bukan 12,000 polis biasa dan FRU sahaja tetapi lengkap dengan kereta kebal sekali. Nak tembak siapa ini. Adakah penipuan terang-terangan akan dibuat pada malam ini sehingga takutkan amukan rakyat? Penuh misteri!!!

Tunggu malam ini, apakah rahsia kereta kebal hadir di Kuala Terngganu.

Info PRK KT di sini.

YANG JAUH PUN BERDEBAR

Kalau kaki bola pun berdebar menunggu perlawanan Brazil vs German dalam Piala Dunia. Inikan pula penyokong tegar parti masing-masing.

Mengikut berita dan laporan dari Kuala Terengganu, mood semacam menyebelahi Pas.

Apa pun kita tunggu malam ini. Relax brother!!!

BERAPA MAJORITI ......

Orang yang berpengalaman bekerja dalam jentera pilihan raya, boleh merasakan mood pengundi dan meramalkan siapakah akan menang.

Sebentar tadi saya menerima emel dari aktivis Pas merangkap Bloggers Bulan Penuh 2012 yang meramalkan kemenangan Pas dengan majoriti 5,000 undi. Baca di sini.

Angka itu lebih kurang sama dengan matematik saya pada posting 6 Januari lalu.

Moga-moga tiada kerja jahat BN menjelang saat akhir. Yang paling saya risau, Pas tidak dapat mengesan dan menghalang pengundi hantu.

Usaha sudah, kini berdoa dan bertawakkal.

Friday, January 16, 2009

LABU DARUL TONY FERNANDES

Negeri Sembilan Darul Khusus yang diasaskan penubuhannya oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang akan menjadi pengkalan utama Air Asia. Nama Labu yang sentiasa diingat dalam filem Labu Labi akan terkenal ke seluruh alam.

Jika benar pekan Labu menjadi lapangan terbang, saya tidak yakin nama Labu akan terus kekal.

Prang Besar jadi Putrajaya.

Pantai Cahaya Berahi jadi Pantai Cahaya Bulan.

Tak tahulah nasib kau Labu. Kalau jadi Lebu pun ok juga. Ada bunyi Mat Saleh.

Jangan tukar ke Labu Darul Antony Fernandes sudahlah . Ha ha.

KENYANGNYA RAKYAT KUALA TERENGGANU

Ada orang nostalgia sekali dengan sajak JM Aziz apabila ke Kuala Terengganu. Hanya pelajar sastera zaman 70an sahaja yang dapat merasakan kelazatan bait-bait puisi JM Aziz itu. Ketika saya berkempen di Terengganu pada PRU 1982 dulu, saya pun mengambil kesempatan menaiki bot dari Seberang Takir ke Kuala Terngganu untuk merasai deru angin laut seperti yang dirakamkan oleh JM Aziz dalam sajak-sajaknya. Yang pasti deritanya JM Aziz sahaja yang terasa. Kau jangan jiwang pula Alwi apabila dengar cerita ini. Ha ha.

Cerita derita puisi JM Aziz sudah tidak relevan lagi ketika kempen PRK Kuala Terengganu kali ini kerana rakyat Kuala Terengganu sudah terlalu kenyang. Kenyang apa saya tak tahu.

Mungkin kenyang makan, kenyang duit beli undi, kenyang untung bikin projek segera, kenyang info, kenyang janji, kenyang senyum atau kenyang bersalam. Yang tentu dapat pahala ialah kenyang bersalam agaknya. Entahlah Amran oi.

Thursday, January 15, 2009

TERBARU - MP BN MATI

Tak baik berdoa ada MP BN lain pula yang meninggal dunia. Jika ugama membolehkan, tentu kita perlu berdoa sebegitu.

Apabila melihat melimpahnya wang dan pengumuman pelbagai janji kerajaan BN kepada rakyat tempatan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, alangkah baiknya kalau ada MP BN lagi yang mati. Tak payah minta, harga betik pun dibelinya RM 200, demi membeli undi.

Aduhai...

PENGURUS SPR KEMPEN BN

Hai, kalau benar berita Pengurus Pilihanraya Kuala Terngganu berkempen untuk BN, ini kes pelanggaran peraturan pilihan raya yang paling teruk sekali. Mana mungkin orang yang diamanahkan menjaga perjalanan pilihan raya yang melanggar undang-undangnya sendiri. Ini kira macam polis yang merompaklah.

PAS kena ambil tindakan serius, walaupun selepas pilihan raya demi menjadi contoh kepada pegawai-pegawai SPR yang tidak beretika dalam mengurus pilihan raya. Pegawai SPR perlu menjaga amanah Urusan Seri Paduka bukannya membodek parti pemerintah!

Berita lanjut di sini
dan di sini

WEB UNIPTS DIGODAM

BN tak tahan dengan serangan siber rupa-rupanyanya. Beberapa hari lalu web Tranungkite digodam. Semalan web PTS pula cuba digodam. Nasib pertahanannya kuat.

Dr Kalim Siddiqui
, pengasas Muslim Parlimen London pernah mengatakan bahawa bukan mudah kita mahu menang dalam dunia demokrasi ini. Sistem demokrasi merupakan kandang sarkas harimau yang sentiasa dikawal oleh sang pemerintah sekular, neo-kolonialism itu. BN akan menggunakan media, SPR, polis dan jentera perkhidmatan awam untuk mempertahankan kuasanya. Dan jangan hairan akan sampai tahap BN akan menggunakan tentera untuk mempertahankan kuasanya. Bukankah penubuhan MAGERAN selepas 13 Mei merupakan tektik BN mengekalkan kuasanya.

Janganlah hairan pada PRU 13 nanti, tiba-tiba negara kita sunyi tanpa sistem perhubungan dengan dunia luar. Semua line putus. Sang blogger pun mengadaplah laptop masing-masing tanpa ada line internet. Ha ha. Jangan pelik wei.

Sang kapitalis tanpa mengenal kaum akan tetap mempertahankan kepentingannya tanpa mengira berapa harganya. BN ni memang kapitalis yang menggunakan nama Melayu untuk mempertahankan kuasa. Bagi hak milik tapak tanah sekangkang kera kepada kaum Cina yang telah didiami selama lebih 50 tahun dihebohkan tetapi berkolusi dengan tauke Cina beribu ekar tak apa!!!

RM 21,000 DERMA PALESTIN

Sebentar tadi kutipan derma sebanyak RM 21,000 berjaya dikumpulkan di dalam majlis ceramah khas Palestin di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Wang derma ini terus di bawa ke Lubnan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu yang akan hadir sidang khas Palestin peringkat antara bangsa di Lubnan. Beliau akan berlepas jam 2 pagi ini dari KLIA.

Kita tunggu apa keputusan dan tindakan seterusnya.

Semua digalakkan berusaha mengumpul derma Palestin dan sampaikan kepada pihak HAMAS sahaja, melalui PAS. Menurut wakil HAMAS tadi, umat Palestin kini ketiadaan sumber makanan dan terpaksa makan rumput kering sahaja.

Jumaat ini akan ada lagi demo bantahan di Kedutaan Amerika. Sila hadir beramai-ramai.

Sambil itu terus boikot segala kepentingan Amerika. Tak mati jika tak pi KFC wahai Fatimahku.

Wednesday, January 14, 2009

MOHAMAD SABU DI TAMAN MELEWAR MALAM INI

Ceramah khas Palestin akan di adakan pada jam 9 malam ini di Markaz Tarbiah Pas Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Pidato khas oleh Naib Presiden Pas Tuan Hj Mohamad Sabu.

Sila bawa derma anda malam ini kerana Mohamad Sabu akan berlepas ke Beirut sejurus tamat ceramahnya.

Beritahu semua orang.

POWERNYA WEB TKO

Jika ahli politik kena tahan ISA, maknanya depa memang power dan ditakuti oleh sang pemerintah BN.

Jika web di doss attack, maknanya web itu memang ditakuti oleh BN.

Ya, sejak tengahari kelmarin web Tranungkite sudah di hijack. Tak tau sampai bila.

Dengan 12,000 orang polis di Kuala Terengganu pun, BN masih takut. Jika belanja makan seorang RM 10.00 sehari, maka kerajaan terpaksa berbelanja RM 120,000 sehari. Namun ada lapuran yang mengatakan belanja makannya ialah antara RM 250,000.00 ke RM 500,000.00. sehari. Wau!!!

Wal hal seekor nyamuk pun, petugas Pas tak kacau. Ha ha ha.

Info PRK KT di sini.

Tuesday, January 13, 2009

HANYA SATU SEBAB UNTUK TOLAK BN

Jika hendak mengundi seorang calun pilihan raya, hanya perlu satu sebab sahaja. Jika hendak menolak seorang calun pun perlu satu sebab juga. Mungkin sebab besar atau sebab kecil sahaja. Ikut hati masing-masinglah.

Mengundi bukannya membuat tesis akadamik yang panjang dengan mengemukakan pelbagai hujah untuk diterima oleh sang pensyarah anda.

Kalau di negeri lain payah sekali untuk cari satu sebab untuk tolak BN. Tetapi di negeri Terengganu melambak kes satu sebab untuk tolak BN. Ha ha. Nak mulakan yang mana?

Wang royalti berbilion ringgit yang gagal menghapuskan kemiskinan tegar? Jika setiap orang yang miskin tegar itu diberi tanah kelapa sawit 10 ekar pun mereka akan terlepas dari dunia gelap kemiskinan. Projek ini tidak sampai 100 juta pun. Atau

Apa faedah projek Monsun Cup kepada rakyat Terengganu. Ratusan juta dihanguskan. Ketika musim hujan kena buat kebajikan kepada mangsa banjir tetapi mereka nak berpesta pula. Tak ada ideloogi atau agama mana pun yang sanggup buat begitu. Atau

Apa faedah masjid kristal kepada pelancung. Pelancung luar hanya tertarik dengan bahan sejarah aja atau permandangan indah sahaja. Jika bangunan cantik, negeri mereka pun ada. Projek ini hanya untuk geng kroni sapu wang royalti minyak sahaja. Atau

Menembak seorang rakyat yang tak bersalah di Batu Buruk pun sepatutnya boleh membangkitan rakyat Terengganu menjatuhkan BN. Tembak lembu pun kita marah, inikan tembak orang. Manusia di negara barat lebih peka tentang pencabulan kerajaan terhadap rakyatnya walaupun berlaku pada satu orang sahaja.

Cukuplah SATU SEBAB SAHAJA UNTUK MENGUNDI PAS DI KUALA TERENGGANU.

Info PRK KT di sini.

FALASI PERPADUAN

Politik 'perpaduan" merupakan strategi utama kempen BN sejak merdeka. Dengan menunjukkan betapa 'berpadunya' anggota kompenan BN atau dulunya Perikatan, maka rakyat diajak terus menyokong BN.

Ketika parti pembangkang menentang BN secara berasingan, BN dengan mudah menggunakan logik ' bagaimanana nak perintah negara, jika bertanding pun tak cukup kerusi'.

Apabila pembangkang bersatu melalui pelbagai gagasan mulai 1990, maka BN akan berkata 'bagaimana parti ini nak memerintah, jika mereka berbeza ideologi'.

Apabila pembangkang berjaya membuat pakatan berkesan pada PRU 12 lalu sehingga tumbang lima kerajaan negeri BN, barulah BN terkena paluan "perpaduan pembangkang". Rakyat tidak menghiraukan perbezaan ideologi parti pembangkang yang bersatu melawan BN. Yang penting BN yang korup perlu dimusnahkan.

Isu hudud sengaja dibangkitkan dan dibesarkan dalam PRK Kuala Terengganu untuk menghalang DAP dan PKR berkempen keras untuk Pas. Inilah pertama kali DAP bekerja keras mengajak pengundi Cina mengundi Pas. Lim Kita Siang dan Lim Guang Eng turun gelanggang memecah tembok "parti pembangkang tidak bersatu". Jika ini dapat diatasi, maka PRU 13 nanti akan mencipta sejarah, tumbangnya BN di persada politik Malaysia.

Kepada pengundi Kuala Terengganu, jadikan PRK ini sebagai momemtum ketiga selepas PRU 12 dan PRK Permatang Pauh.

Monday, January 12, 2009

TEKTIK KESBAN DI KUALA TERENGGANU

Tektik lama BN, tektik KESBAN - Keselamatan dan Pembangunan sedang digunakan secara maksimum di Kuala Terengganu.

Dengan jumlah 12,000 orang polis yang sedang berkubu di sini, BN sedang mewujudkan rasa takut kepada pengundi betapa bahayanya jika BN tumbang. Dengan BN sahaja, negara ini aman, stabil dan selamat. Inilah tektik yang digunakan oleh BN selama ini. Untuk kaum Melayu ditakutkan kalau pembangkang menang akan hura haralah negeri ini. Kepada kaum Cina ditakutkan nanti susah mahu cari makan.

Manakala isu pembangunan tak payahlah diceritakan. Ratusan juta projek mee segera diistiharkan di Kuala Terngganu, termasuk wang royalti yang dikembalikan.

Adakah tektik basi ini akan laku di PRK Kuala Terengganu kali ini.

Bilakah rakyat akan terus merdeka, ditakutkan dan ditipu dengan tektik KESBAN ini.

Apakah pengundi Kuala Terengganu mampu memberi kemenangan kepada Pas seperti mana di PRK Arau pada 1998 dulu. Malulah pengundi KT kepada pengundi Arau dulu. Ha ha.

PASTIKAN DERMA PALESTIN ANDA SELAMAT

Yang memerintah secara rasmi di Palestin ialah HAMAS. Hamas yang dipilih rakyat Palestin dalam pilihan raya.

Yang berjuang secara total ialah HAMAS.

HAMAS bukan boneka Amerika semacan FATAH

Pastikan derma anda selamat sampai ke HAMAS.

Kerajaan Malaysia mengiktiraf FATAH bukannya HAMAS walaupun rakyat Palestin memilih HAMAS.

Apa punya bangang Malaysia!!!!

Bacaan tambahan hal Yahudi, Palestin dan perangai negara Arab di sini.

Sunday, January 11, 2009

PERITNYA JADI CALUN PRK

Sahabat saya Aminudin Abdullah, bekas calun Pas di DUN Repah pada 1995 yang kami panggil Ahli Sufi sering mengingatkan kami bahwa bukan mudah menjadi calun dalam mana-mana PRK. Kalau boleh elakkanlah, katanya. Tak tahan kita dibuatnya. Semua kejahatan dan kelemahan kita akan didedahkan oleh pihak lawan.

Bila kita lihat apa yang terjadi dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, benarlah kata sahabat saya Aminudin itu.

Jika di Permatang Pauh isu peribadi yang dibangkitkan terlalu besar sekali iaitu isu liwat. Tetapi di Kuala Terengganu, isu wajah muka dan tak pandai senyum pun jadi hal. Jenuh BERNAMA dan BERITA HARIAN membelanya. Alahai....

Bukan mudah nak jadi calun oi.

Saturday, January 10, 2009

AZHAN ATAN YANG BERANI

Penyanyi nasyid yang baru muncul di persada muzik tanah air turut berkempen menyokong calun Pas dalam PRK Kuala Terengganu.

Sebelum ini dilaporkan bahwa beliau juga muncul dalam program seni yang dianjurkan oleh Pas.

Wau, ini anak muda yang berani yang cari makan dengan dunia seninya. Dia tak takut hilang kontrak atau tawaran menyanyi dari badan milik kerajaan.

Semoga ianya dicontohi oleh para kontraktor, ahli perniagaan, golongan korporat dan para ustaz yang takut sangat menunjukkan sokongannya kepada Pas.

Saya memang tabik dengan orang berani. Berani tak boleh diajar. Bodoh boleh diajar. Maka saya tak kagum dengan dengan ilmuan yang penakut. Fasal tu saya hormat kepada Dr Syed Husin Ali, Dr Sanusi Othman, Dr Jomo serta beberapa nama yang tak ingat ketika ini kerana mereka konsisten mengkritik kerajaan walaupun dalam tempoh perkhidmatan sehingga pelbagai cabaran terpaksa diterima.

MUSIM PILIHAN RAYA PUN PERLU PERMIT

Jika nak ceramah politik pada hari biasa perlu permit polis, kita boleh terima.

Yang peliknya ketika musim pilihan raya, tak kiralah pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pun perlu permit polis, saya rasa hairan.

Bukankah pilihan raya itu memerlukan kempen dan semua orang tahu itu musim kempen. Mengapa perlu permit lagi. SPR kata ini tempoh kempen tetapi polis boleh menghalang kerja kempen ini jika mereka mahu. BERSIH kena berbuat sesuatu dalam isu ini untuk pilihan raya akan datang.

Yang paling lucu hari ini dilaporkan bahawa pihak polis tak benarkan ceramah pada hari Sabtu dan Ahad di PRK Kuala Terengganu kerana orang ramai nak cuti. Apa punya bahlol Polis Terengganu ini!!!!

Friday, January 9, 2009

DEMO ANTI ISRAEL

Sebentar tadi ikut sama berdemo Anti Israel di Kedutaan Amerika. Mengikut Harakahdaily ada sekitar 5,000 orang. Bahagia rasanya kerana ramai anak muda turut serta, walaupun anggota pemidatonya tetap orang tua seperti Mohamad Sabu, Dr Hatta dan Salahudin Ayub.

Bukan mudah memulakan budaya demo ini. Sejak kami aktif dalam Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan pada awal 80an, bukan senang mengajak ahli Pas turun ke jalanan berdemo. Pimpinan atasan dan geng tarbiah amat liat untuk berdemo. Kononya tak menyelesaikan masalah. Sebenarnya depa tu pemalas dan penakut. Maka dibuatlah bermacam alasan.

Dalam dunia demokrasi perubahan memerlukan sokongan massa. Massa perlu disedarkan dan dibangkitkan semangatnya. Sikap dan pendirian perlu dinyatakn dengan jelas. Barulah dunia tahu. Manusia perlu diajak untuk menyokong perubahan. Perubahan samada dengan reformasi jalanan atau melalui peti undi mestilah dengan kerja awal iaitu menghimpunkan manusia dalam satu perhimpunan besar-besaran. Sejarah dulu dan kini jelas menunjukkkan bahawa selepas perhimpunan besar-besaran barulah suatu perubahan tercetus samada di panggil revolusi atau pertukaran kerajaan melalui peti undi. Kalau tidak sanggup dan berani hadir di perhimpunan aman, mana bisa jika mahu berkorban jiwa dan raga pula.

Akhirnya perjuangan memansuhkan PPSMI pun akan buat himpunan 100,000 orang juga. Kita nak tengok kaum pendidik dan rakyat berbangsa Melayu bangun berjuang mendauatkan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan asas suatu peradaban. Jangan biarkan pemimpin tua GAPENA dan anak muda PKPIM terkial-kial memperjuangkan Bahasa Melayu.

Ayuh seluruh rakyat Melayu bangkit. Ini bukan soal Hishammudin tetapi soal Umno yang sudah hancur idealisma Melayunya. Umno telah hancur dek mengejar kebendaan sahaja. Itulah agama barunya. Barang siapa yang masih bersangka baik bahawa Umno adalah bahtera penyelamat Melayu, sesungguhnya mereka tidak nampak rumahnya sedang terbakar di hadapan mata. Malang sungguh intelek Melayu di IPT yang masih mengharapkan Umno!!!

Sesungguhnya jenayah paling besar yang dibuat oleh Umno dalam sejarah ialah memulakan kemusnahan Bahasa Melayu melalui PPSMI. PPSMI adalah benih awalnya. Musnahkan!!! Tak payah tunggu fatwa Nik Aziz.

Thursday, January 8, 2009

POLITIK NON PARTISAN

Seingat saya manusia yang memperkenalkan dan mempopularkan istilah "non partisan" ialah Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Presiden Abim pada awal 70an dahulu. Pada ketika itu konsep non partisan Abim tidak menghalang pimpinan Abim untuk mengkritik kerajaan dengan lantang dan tidak menghalang anggota Abim berkempen menyokong Pas dalam pilihan raya. Hanya pimpinan Abim yang hendak menjadi calun mana-mana parti politik, kenalah berhenti dari memegang jawatan dalam Abim. Hanya Abim yang yang buat dasar macam tu. Itulah yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim apabila menyertai Pas dan Umno.

Tetapi pertubuhan atau NGO lain tak kesah pun, fasal kebanyakan NGO dalam negara ini memang menyokong kerajaan. Sanusi Junid, Ali Rustam, Syed Hamid, Tajol Rosli dan ramai lagi yang memegang jawatan dalam NGO sekaligus dalam Umno juga. Siapa pun tak kesah. Tetapi jika NGO yang tak pro kerajaan, jangan buat macam tu, kena belasahlah nampaknya.

Saya kira istilah non partisan suka digunakan oleh induvidu yang menyertai NGO tetapi mengkritik kerajaan supaya mereka tidak mahu dianggap sebagai pro pembangkang. Takut sangat jika dikaitkan dengan pembangkang. Buruk sangat jika idea penentangan sama dengan parti pembangkang walaupun isu itu adalah benar. Jika NGO ini mengkritik kerajaan, seboleh mungkin jangan melibatkan mana-mana parti pembangkang. Itulah senario sebelum 1999 secara amnya.

NGO pro kerajaan tak perlu istilah non partisan ini kerana mereka dialu-alukan menyokong kerajaan. Mereka menyokong kerajaan kerana mengharapkan geran dan bantuan kerajaan bagi menjalankan aktiviti mereka. Semua tahu hal ini.

NGO pro kerajaan perkara biasa. Tetapi jika ada NGO asyik mengkritik pembangkang itu luar biasa. Buat apa mengkritik kepada orang yang tak berkuasa. Bukan anak jantan namanya. Yang lebih utama kritiklah orang yang berkuasa.

Wednesday, January 7, 2009

HUDUD: ANWAR PUN SETUJU

Hanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh sahaja yang belum lembut kenyataannya berkaitan dengan pelaksanaan hudud di Malaysia. Kalau mereka berdua ini boleh terima hakikat hudud tidak berkaitan dengan orang bukan Islam, rasanya tinggal UMNO, MCA dan MIC sahaja yang tak beri laluan kepada pelaksanaan hudud di negara ini.

Anwar memberi kenyataan malam tadi. Rasanya semua puas hati kot. Ini lapuran oleh Sabahdaily.com:

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

“Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

“Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

“Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik,” katanya.

Moga-moga PRK Kuala Terengganu sebagai titik mula bukan Islam boleh menerima aspirasi Pas mahu melaksanakan hudud di negara ini. Hanya penjenayah muslim sahaja yang tak akan menerimanya. Takkan Melayu UMNO nak jadi penjenayah kot.

UNTUK ALWI

Ini pesanan khas untuk Alwi Seremban.

Hadamkan bacaan tuan di blog ini. Gunakan kanta ya. Baca tulisannya sejak tahun 2006 lagi.

Tuesday, January 6, 2009

MATEMATIK PRK KUALA TERENGANU

Sah pertandingan tiga penjuru antara Pas, BN dan seorang calun bebas dalam PRK Kuala Terngganu. Dilapurkan calun AKIM menarik diri. Pas boleh menang dengan logik berikut:

  • Lebih kurang 2,000 undi yang mengundi Pas di peringkat DUN tetapi tak mengundi Mohamad Sabu di peringkat Parlimen pada 2008 lalu akan mengundi Pas kali ini. Pengundi ini cenderung mengundi Pas tetapi ada sabotaj senyap di kalangan pimpinan Pas di Kuala Terngganu. Jangan tak percaya pula wahai YDP Tampin oi. Kalau nak tau sangat, minta mereka bersumpah macam Saiful tu. Ha ha.
  • 70% pengundi Cina mengundi Pas kali ini. Pada PRU 12 lalu, pengundi Cina di Kuala Terengganu tidak bersama arus nasional.

Biar pun 100% undi pos berpihak ke BN, Pas masih boleh menang.

Dan satu syarat lagi, Pemuda Pas Terengganu kena halang pengundi hantu dan suapan wang di saat akhir. Iman orang atas pagar bukan boleh diharap sangat.

Monday, January 5, 2009

BORAK KOSONG DI GEMENCHEH

Pagi Ahad kelmarin saya minum teh bersama Abdullah Sani Mahmud, sahabat lama ketika bersekolah di Gemencheh dahulu. Tiba-tiba muncul Pak Rejab, ahli Umno veteran, pencadang kepada calun BN di Dun Gemencheh pada pilihan raya lalu dan kami minum semeja sekali. Saya kenal Pak Rejab sejak tahun 1966 lagi kerana beliau berniaga ABC di hadapan Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh, sekolah rendah saya dahulu. Dia pun amat mengingati saya kerana saya kaki bola dan bekas ketua murid di sekolah berkenaan dan dua kali bertanding PRU di sini.

Oleh kerana sudah duduk semeja dengan Pak Rejab, saya pun goreng cerita politik. Apabila sampai kesah politik wang, dia mengaku Umno memang sudah parah. Hanya dia masih sayang kat Umno kerana teringat jasa pemimpin Umno dahulu.

Ringkasnya, hanya ahli Umno veteran sahaja yang masih sayang kat Umno kerana nostalgia mereka terhadap perjuangan di zaman awal Umno dahulu. Apabila mereka meninggalkan dunia ini, hayat Umno pun sampailah ke penghujungnya. Purata umur mereka ialah 70 tahun. Maka tak lama lagi, Umno reput dengan sendiri.

Pas kena bertahan sehingga Umno reput sendiri. Ha ha

Syok juga dapat bersembang dengan golongan tua Umno sesekali.

GERAKAN JALANAN LEBIH PANTAS

Pada era 80an, Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan amat pantas menganjurkan program berkaitan isu antara bangsa. Isu Iran, Afghanistan, Palestin dan lain-lain akan segera dibicarakan.

Kini, Pas dilihat lebih sibuk dengan projek mahu memerintah negara. Itulah sekurang-kurangnya cetusan rasa anak muda Rausyanfikir.

Betul atau tidak saya tak boleh sahkan. Apabila bantahan Israel hanya dihadiri 500 orang sahaja di Kedutaan Amerika, saya rasa ada sedikit benar kenyataan itu. Berbanding dengan demo anjuran PKS di Jakarta yang melibatkan lebih 10,000 orang, tertampar juga rasanya umat Islam di Malaysia yang semacam dingin terhadap isu ini.

T0p-top geng jalanan pula yang menganjurkan forum hal Palestin pada jumaat ini. Pas sibuk di KT. Takkan semua ke sana kot. Baca iklan program anjuran Kumpulan Cakap-Cakap Rakyat di sini.

Friday, January 2, 2009

SUARA ANAK MUDA

Saya amat merindui kemunculan anak muda dengan gagasan atau pemikiran barunya. Bukankah Anwar Ibrahim memulakan pemikiran dan gerakan perubahannya sejak di kampus lagi. Abim hampir dapat menutup nama Pas dalam memperjuangkan Islam kerana imej yang dibawa oleh Anwar ketika itu. Selepas Anwar meninggalkan ABIM, tak tahu ke arah mana ABIM yang sebenarnya.

Tak nampak siapakah anak muda masa kini yang mempunyai potensi seperti Anwar.

Tetapi anak muda yang mula menulis dangan kritikal telah lahir seorang demi seorang. Jika mereka mampu berpidato semacam Anwar atau paling kurang macam Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Saifuddin Nasution, tentu akan memberi nilai tambah kepada mereka.

Antara tulisan anak muda yang perlu kita ikuti ialah ialah Rausyanfikir, Aqil Fitri dan Noor Amin Ahmad.

Baca tulisan Noor Amin mengenai Negara Islam melalui sesawang Wau Bebas di sini.


ABDUL WAHID ENDUT CALUNNYA

Sah sudah calun Pas di Kuala Terengganu.

Siswazah UPM yang terus bergiat dengan Pas selepas keluar kampus.

Berani dan rajin bercakap di DUN.

Aktivis parti. Pernah jadi exco Dewan Pemuda Pas Pusat dan Ketua Pemuda Pas Negeri.

Merakyat. Rajin. Tak reti berkonspirasi.

Dan "tarak sombong" ha.

Cukup syaratnya wahai Amran oi.

Pi lah kempen ramai-ramai.

Thursday, January 1, 2009

MASIH ADA YANG SUCI

Hampir 52 tahun sudah merdeka. Ini ada berita baik kepada penyokong Pakatan Rakyat. Rupa-rupanya masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih suci dari pembohongan BN. Golongan ini tak sempat dibohongi oleh RTM dan TV tiga suku.

Baca di sini.

Alahai....

PULIHKAN PAS SEREMBAN

Bab yang paling saya tak suka cerita ialah hal parti sendiri. Letih dibuatnya.

Harapan saya pada 2009, Pas Seremban dapat dipulihkan dan bergiat aktif semula. Pas Pusat, negeri dan ahli di kawasan berkepala dinginlah.

Jika semua ikhlas, ianya beres dalam tempoh 60 hari sahaja.

Jika masing-masing nak tegakkan kepentingan sendiri, sampai kiamat pun tak akan selesai.

Kalau tak nak ikut panduan quran dan hadis, ikutlah adat perpatih pun boleh selesai. Tanyalah kat Alwi orang Jelebu yang banyak papatah petitih tu. Ha ha. "Takkan jornih air di sungai jika berkocak di hulu". Ada ke pepatah macam tu wahai Alwi oi.