Saturday, October 17, 2009

PILIHAN RAYA: ANTARA TAKTIKAL DAN MOOD RAKYAT

Analisis kalah menang sesuatu pilihan raya merupakan satu akademik sebenarnya. Semua pendapat boleh diberikan selepas pilihan raya. Kalau kita membaca analisa yang dibuat oleh pasukan akademik dari Universiti tempatan dan pengkaji sains politik luar negara - ianya satu dapatan terhadap pemikiran dan tanggapan rakyat pada satu-satu fasa pemerintahan. Pilihan raya 1959, 1969, 1990, 2004 dan 2008 memberi beberapa keputusan pilihan raya yang enak diulas dari pelbagai sudut oleh ahli akademik.

Apabila berlaku perubahan mood rakyat - faktor taktikal sudah tidak relevan lagi. Parti yang tak ada cawangan di kawasan bertanding pun boleh menang. Calun tak ada SPM pun boleh menang. Calun yang tak reti bahasa Melayu pun boleh menang. Parti yang baru daftar sehari pun boleh menang. Menteri pun boleh kalah.

Dalam suasana biasa, faktor taktikal kembali penting. Ketika ini pelbagai faktor diambil kira hinggakan soal senyum calun pun diambil kira. Di PRK Kuala Terengganu, Wahid Endut mengatakan dia menang kerana banyak bersalam dengan orang Umno. Ha ha.

Membicarakan faktor taktikal inilah yang ramai ahli parti akan menuding antara satu sama lain dan pedih untuk mendengarnya.

Apa yang penting kita mendengar terlebih dahulu. Betul atau tidak kita analisa kemudian. Tak salah kita mendengar apa orang kata. Jika betul kita baiki. Dalam proses menganalisa, memang banyak tanggapan, persepsi dan mungkin ketahap tuduhan yang perlu kita lalui. Terbukalah untuk parti kita menjadi kuat. Yang kita bincang ialah ISU bukannya Orang. Tetapi dalam ISU ada 'orang' yang terpaksa disebut namanya.

Kita sebut kesah Saidina Umar yang ditegur oleh sang makmum ketika berkhutbah dan sang wanita yang tak setuju dengan mas kahwin - tetapi kita tak bersedia mendengar apabila berlaku kepada kita sendiri. Dunia blog, termasuk blog ini memberi izin kepada anda membuat komen dan memberi pendapat di 'comment'. Bebas. Jangan mencarut sudahlah...

2 comments:

kedaung said...

orang ni jam ikut solero, jiko kono dan ngam dongan solero dio orang itulah yang dio pilih..haha

orangkampung said...

salam

pengundi Bagan Pinang undi mengikut selera mereka, walau pun ramai yang kata calon tu rasuah. Marah sungguh yang kalah.

tak silap dulu masa kat Lunas rasa nya veteran UMNO marah kerana pengundi undi ikut selera mereka juga. Terlalu marah yang kalah.

cam ada isu kat sini.

selera memilih calon dgn selera mengundi calon.

calon UMNO di pilih mengikut selera kepimpinan atau mengikut selera pengundi? Ada yang kata 'rakyat di utamakan ..."

calon PAS d pilih mengikut selera kepimpinan atau mengikut selera pengundi? Ada yang kata ...

Dengar nya pengundi dah bijak, ada yang kata kuasa di tangan pengundi.

Jangan lah berlaku lagi pilih calon dari parti yang tempat tu pun tak de bahagian lagi.

Bila orang tanya ...nak cam mana ... kepimpinan dah tentukan.

Tak tau la .... layan orang cam kerbau jea