Saya mendapat panggilan seorang veteran Pas Negeri Sembilan pagi ini. Beliau memberi pandangannya ke atas perjalanan PRK Bagan Pinang. Pada pemerhatian beliau jentera pilihan raya tidak didokong sepenuhnya oleh organisasi Pas di NS sendiri:
Sang veteran Pas ini mengatakan kesatuan dan kekuatan jentera pilihan raya Negeri Sembilan itu menggambarkan kesatuan dan kekuatan Pas Negeri Sembilan. "Bukanlah kekuatan jentera Pas NS membolehkan kita menang, tetapi biarlah kita menunjukkan kerja yang bersungguh-sungguh dan puas hati walau pun kalah," katanya.
Saya hanya merakam keluhan orang bawah...
- Jentera Pemuda Pas Negeri semacam tiada - Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda Negeri tidak berada di medan menggerakkan jentera pilihan raya. Kononnya Pemuda Negeri merajuk dan tidak mesra dengan PJ yang menjadi calun di Bagan Pinang.
- Ketua Penerangan Negeri bergerak secara solo - bukan bersama jentera pilihan raya
- YB Taufek, satu-satunya Adun Pas di NS tak diberi peranan penting untuk mewar-warkan peranan Pas dalam politik NS.
- Cikgu Badrul dan jentera PKR pun tak diberi peluang yang luas untuk berkempen sehingga mereka terpaksa membuat program sendiri.
- Walaupun pimpinan Pas Kawasan turun ke Bagan Pinang tetapi tidak membawa sekali ahli bawahan yang ramai untuk bergerak secara lebih efisyen lagi. Pimpinan kawasan banyak menghabiskan masa bermesyuarat hal ehwal pilihan raya dan tidak dapat membuat kerja asasi pilihan raya.
- Jentera Pas Seremban tidak dapat bergerak secara baik kerana Pas Seremban ketiadaan pimpinan yang berautoriti akibat masih lagi di gantung.
Sang veteran Pas ini mengatakan kesatuan dan kekuatan jentera pilihan raya Negeri Sembilan itu menggambarkan kesatuan dan kekuatan Pas Negeri Sembilan. "Bukanlah kekuatan jentera Pas NS membolehkan kita menang, tetapi biarlah kita menunjukkan kerja yang bersungguh-sungguh dan puas hati walau pun kalah," katanya.
Saya hanya merakam keluhan orang bawah...
2 comments:
Salam,
Itu dah jadi tabiat PAS. Menang nak bersama, kalah sendiri2 le
saya tertarik dgn ulasan ini, saya terlibat sama 2-3 hari berjemur membantu sahabat-sahabat dari Perak kat Ladang Seliau. Apa yang nampak ialah organisasi Pas/Pakatan terlalu longgar dan lemah. Bayangkan saya datang dari jauh untuk beri tenaga tetapi petugas Markas Induk kata tak tau mana pusat khusus negeri tertentu, ramai tak tau kat mana nak lapor diri. Masing-masing ada agenda sendiri dan tidak tersusun. Nak kata lebih nanti ada orang kata kita menyibuk akhirnya ramai yang mandi-manda kat pantai. Saya ingat ini kelemahan ketara BPPNS dan pimpinan mereka. Bab Seremban pula, saya anggap kawasan ini sengaja dibiarkan jadi pokok tua yang urat-uratnya diracun.. tunggu mati. Kalau benda itu pun tak boleh selesai bgmnana nak jadikan contoh dan pimpinan?
Post a Comment