Wednesday, October 14, 2009

PASCA BAGAN PINANG

Saya dapat gambaran menyeluruh dan seimbang dari TPJ 1, Pas Negeri Sembilan, Ustaz Zakaria Khalim pada pagi tadi tentang PRK Bagan Pinang.

Rumusan beliau ialah:

  • Bagan Pinang ialah kubu Isa Samad walau apa pun dikatakan atas dirinya tidak memberi kesan.
  • Dengan jaminan undi pos akan berpihak kepada BN, maka BN mengugut pengundi India bahawa BN akan menang di Bagan Pinang dan jika kaum India tak mengundi BN, maka nasib kaum India tak akan dibela jika mengundi Pas. BN mempunyai tenaga kerja pilihan raya dikalangan kaum India tetapi Pas tidak ada. Ini satu kelebihan kepada BN
  • Asakan fizikal samseng BN berjaya menakutkan pekerja tempatan Pas untuk bekerja keras untuk Pas. Tenaga tempatan terlalu sedikit untuk membantu pekerja luar Pas. walaupun Pas ada 4 cawangan tetapi hanya ada 4 orang sahaja yang sepenuh masa bekerja di pilihanraya ini.
  • Tenaga penceramah dari kalangan tokoh besar Pas yang dikenali masyarakat TIDAK datang berceramah dan berkempen di Bagan Pinang. Timbalan Presiden pun hanya datang hari pertama dan hari akhir sahaja.
  • Prestasi Ahli Parlimen PKR di Teluk Kemang juga dibangkitkan oleh pengundi disini untuk tidak yakin memberi undi kepada calun Pas di DUN Bagan Pinang.
Pas bertuah dapat 600 undi pos kerana saya hanya menjangka Pas akan mendapat 10% dari jumlah undi pos atau 460 undi sahaja. Selain kelemahan sistem undi pos yang menakutkan tentera untuk undi PR, bukan semua anggota tentera sedar tentang kebobrokan BN.

2 comments:

kedaung said...

satu lagi,
tukar cara kempen,

tunjukan kelebihan dan kebaikan parti pas dan pr, bukannya asyik cerita keburukan sebelah sinun jer...

tok pahat said...

terlewat nak bagi komen, saya sarankan kepimpinan BPPNS perlu dirombak kerana organisasi utama ini diuruskan oleh pimpinan yang lemah. Pihak pimpinan guna telinga kuali dan banyak cawangan lumpuh. Kalau jadi PRK di Lenggeng atau Johol, adakah senasib jugak?