Thursday, October 8, 2009

MAHATHIR YANG CEMBURU

Baru keluar dari wad HKL petang tadi. Masih belum berupaya berkomunikasi dengan sahabat -sahabat Pas Tampin yang berkubu di Estet Sua Betong, Port Dickson. Katanya ada yang dah pandai berbahasa Tamil. Ha ha.

Bukan fokus saya untuk meramal siapa yang bakal menang di Bagan Pinang. Tetapi tertanya-tanya mengapa Dr M tak suka sangat Isa Samad jadi calun di sini. Saya tak fikir kerana kes rasuah Isa Samad kerana banyak kes yang Dr M semasa menjadi Presiden Umno, tidak tegas kepada anggotanya yang dilihat mengamalkan politik atau rasuah wang.

Sebenarnya Dr M ada sedikit penyakit cemburu. Jangan cuba kalahkan rekod peribadinya. Anwar tak disukainya kerana Anwar lebih popular dari beliau di dunia Arab dan Barat. Ku LI dicemburuinya kerana ramai yang menggelarkan Ku Li tokoh ekonomi Melayu yang mengasas Petronas dan Bank Bumiputra. Beliau membalun habis-habisan Pak Lah kerana Pak Lah menang besar pada 2004, mengalahkan rekod semua Presiden Umno, termasuk Dr M.

Dr M menjadi PM 22 tahun dan Isa Samad menjadi MB pun 22 tahun. Kok Isa menang dan membuat coming back sebagai MB di NS, tentulah rekod politiknya semacam melebehi Dr M, walaupun dengan hanya jawatan MB. Tu yang Dr M cemburukan Isa Samad.


6 comments:

mountdweller said...

Dasar manusia hati busuk memang begitu biar pun rumah sudah halau kubur pula mengundang!

massmerah said...

Ada alasannya utk Dr M 'cemburu' kepada Isa. Dunia tahu Isa perasuah. Itu yg Dr M tak setuju dengan Isa menjadi calon. Itu pun saudara tak dapat agakkah? Saudara memang buta akallah.

Boleh saudara buktikan Dr M rasuah selama 22 tahun sebagai PM? Semua orang yg berhati busuk berkata begitu, tapi buktikanlah. Mereka yg berhati busuk itu bakal masuk neraka agaknya.

Dr M tahu ada pemimpin Umno yg rasuah, tetapi untuk membuang orang-orang ini bukan benda mudah. Setiap orang-nya ada pengikut tersendiri. Jika ramai telah terbuang, maka Presiden boleh jatuh dengan tindakan balas puak-puak perasuah tadi. Itu pun saudara tak boleh Fahamkah.

mountdweller said...

massmerah

Apa yang saya boleh jawab statementsanda hanya dengan ketawa kah..kah...

vis-a-vision said...

buktikan kes rasuah Dr M? kes yang ditutup atau yang dibawa ke mahkamah secara telus? yang didakwa secara telus = 0

yang ditutup, sila baca balik kes-kes Abol Hassan, Rahim Thamby Chik, Mohamad Taib, Samy Vellu, Ling Leong Sik, Rafidah Aziz... to name a few

dah disiasat BPR, dah dibuka kes oleh peguam negara... kes ditutup begitu saja...

tintadesa said...

sungguh hebat penangan blog anda... semua orang tersentak.. ingin mengulas an memberikan pandangan.... hebat2

orangkampung said...

salam,

cemburu tanda sayang ....

cemburu tanda suka ...

cemburu untuk kebaikan ...

tak salah rasa nya