Tuesday, October 14, 2008

MISTERI PETISYEN KULIM- BANDAR BARU DITARIK

Mengapa BN menarik balik petisyen ke atas calun PKR di kawasan Kulim-Bandar Baru? Alasan yang diberikan oleh calun BN nampak sangat tidak logiknya. BN tak ada duit? Pembohong besar. Rugilah petugas BN di Kedah, tak merasa upah yang lumayan ketika Pilihan Raya Kecil. Bagi petugas PR, tentu mereka terkilan kerana tak dapat beraya sakan pada baki terakhir Syawalini di Kulim-BandarBaru. Tentu syok dapat beraya sebulan sambil berpesta politik. Ha ha. Apa boleh buat, janganlah bersedih.

Mengapa BN menarik balik petisyen, itu yang suspennya. Ada 2 teori besar yang dijangkakan. Pertama, ahli Umno tak bersedia bekerja keras kerana kini sedang menumpukan tenaga ke mesyuarat agng kawasan yang menentukan hidup mati karier politik masing-masing. Najib pun dah keletihan berkempen semasa di Permatang Pauh pada bulan Ogos lalu. Nanti banyak pula yang akan dibongkarkan oleh PR. Kok tak berpeluang pula jadi PM, macam pengantin tak sempat naik pelamin.

Kedua dan ini yang dikhuatiri, YB Zulkefli ada rundingan rahsia dengan Umno/BN. Dalam keadaan dia tak berapa ngam dengan pimpinan PKR akibat kes Majlis Peguam pada bulan Ogos lalu dan dikatakan ia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib, YB Zulkefli akan melompat ke Umno. Semua mungkin terjadi. Jika ini terjadi, sesungguhnya YB Zulkefli menggerhanakan karier politiknya. Hati-hatilah YB Zulkefli dan harapnya teori ini tidak benar. Kepada penyokong PR jangan terperanjat jika kemungkinan ini yang terjadi kerana stail politik YB Zulkefli tidak memustahilkan ini berlaku.

Berdoalah supaya yang terbaik sahaja akan berlaku.

No comments: