Showing posts with label UMNO BN. Show all posts
Showing posts with label UMNO BN. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

INSTITUSI ILMU PUN RASUAH

Sebuah negara yang baru merdeka mengutamakan program pembangunan pendidikan. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun. Malangnya institusi berkaitan dengan ilmu ini pun juga menghadapi isu rasuah. Utusan hari ini melaporkan kes seorang Dekan di UITM yang telah dihukum penjara 3 tahun oleh mahkamah kerana kes tipu invois.

Ainon Mohamad, Sifu PTS telah mendedahkan penyelewengan berjuta ringgit di Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Hishamudin Husin On, calun Naib Presiden Umno yang terbanyak mendapat pencalunan dari Umno Bahagian. Hari ini sekali lagi Ainon Mohamad mendedahkan sesuatu yang misteri di Perpustakaan Negara Malaysia. Baca di sini kesahnya.

Jika institusi berkaitan dengan buku dan ilmu pun ditimbuni rasuah, inikan pula di bidang Keselamatan. Kalau dulu di zaman Mokhtar Hashim kes mee segera yang berharga RM 12.00 sebungkus. Kini di zaman Najib kes kapal selam dan helicopter yang melibatkan kes rasuah dan harga melambung melebihi beratus juta ringgit pula. Alangkah baiknya jika wang itu dapat diselamatkan dan digunakan untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

Benarlah kata Saidina Ali (r.a) bahwa kemiskinan hanya wujud kerana pembaziran dan ketidakadilan. Kes rasuah boleh dimasukkan di dalam kedua-dua kategori itu. Jika penjawat awam dan menteri semuanya orang islam, Islam jenis apakah yang sedang dianut oleh warga muslim kini, sehingga menampakkan yang kaki rasuah ialah orang islam.

Penjawat awam di UK yang bukan Islam lebih bebas rasuahnya berbanding penjawat awam muslim di Malaysia. Pernah satu hari semasa bersembang dengan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, ia berkata " agaknya Islam yang orang Malaysia anut berlainan dari Islam Nabi Muhammad (saw) kot". Kekadang naik pelik pula bila terfikir golongan bukan Islam lebih komited memerangi rasuah tetapi golongan Islam bertolak ansur dengan rasuah.

Fikir-fikirkanlah.


Tuesday, October 14, 2008

MISTERI PETISYEN KULIM- BANDAR BARU DITARIK

Mengapa BN menarik balik petisyen ke atas calun PKR di kawasan Kulim-Bandar Baru? Alasan yang diberikan oleh calun BN nampak sangat tidak logiknya. BN tak ada duit? Pembohong besar. Rugilah petugas BN di Kedah, tak merasa upah yang lumayan ketika Pilihan Raya Kecil. Bagi petugas PR, tentu mereka terkilan kerana tak dapat beraya sakan pada baki terakhir Syawalini di Kulim-BandarBaru. Tentu syok dapat beraya sebulan sambil berpesta politik. Ha ha. Apa boleh buat, janganlah bersedih.

Mengapa BN menarik balik petisyen, itu yang suspennya. Ada 2 teori besar yang dijangkakan. Pertama, ahli Umno tak bersedia bekerja keras kerana kini sedang menumpukan tenaga ke mesyuarat agng kawasan yang menentukan hidup mati karier politik masing-masing. Najib pun dah keletihan berkempen semasa di Permatang Pauh pada bulan Ogos lalu. Nanti banyak pula yang akan dibongkarkan oleh PR. Kok tak berpeluang pula jadi PM, macam pengantin tak sempat naik pelamin.

Kedua dan ini yang dikhuatiri, YB Zulkefli ada rundingan rahsia dengan Umno/BN. Dalam keadaan dia tak berapa ngam dengan pimpinan PKR akibat kes Majlis Peguam pada bulan Ogos lalu dan dikatakan ia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib, YB Zulkefli akan melompat ke Umno. Semua mungkin terjadi. Jika ini terjadi, sesungguhnya YB Zulkefli menggerhanakan karier politiknya. Hati-hatilah YB Zulkefli dan harapnya teori ini tidak benar. Kepada penyokong PR jangan terperanjat jika kemungkinan ini yang terjadi kerana stail politik YB Zulkefli tidak memustahilkan ini berlaku.

Berdoalah supaya yang terbaik sahaja akan berlaku.

Monday, October 13, 2008

KELAB BARISAN NASIONAL

Di England, pasukan bola sepak yang handal sahaja ada kelab penyokongnya. Kalau pasukan corot siapa nak menyokongnya.

Di Malaysia bila golongan remaja gilakan Mawi, wujudlah Kelab Penyokong Mawi. Kalau album pun tak laku, mana ada penyokongnya.

Kelab Penyokong ahlinya kena kerja sukarela. Jika tak ada daya tahan, sekejap sahaja jangka hayatnya.

Apabila Pak Lah mencadangkan Kelab Penyokong Barisan Nasional, kita nak tahu budak mana yang akan menyertainya. Putera Puteri Umno pun nak bungkus. Yang mereka cari ialah wang. Jika tiada ganjaran wang buat apa menghabiskan masa dan tenaga sahaja. Nasib tak baik Pak Jak buka kain kat Puteri Umno. Ha ha.

Dalam keadaan BN dah nak runtuh, lupakan sahaja Kelab Penyokong BN wahai Pak Lah oi. Baik Pak Lah buat Kelab Membela Golongan Fakir Miskin Yang Melarat. Gunakanlah duit zakat Scomi tu. Insyaallah akan berjumpalah Al Shafie dan Al Ghazali.

Thursday, October 9, 2008

NASIHAT UNTUK NAJIB

Wartawan veteran A. Kadir Jasin memberi nasihat kepada Najib; lembut tapi sinis. Baca di sini.

Wednesday, October 8, 2008

KU LI VS NAJIB

Sah Pak Lah tak bertanding. Penyokong Pak Lah akan menyokong Ku Li untuk lawan Najib bagi jawatan Presiden Umno. Mahyuddin akan ditentang oleh Zahid Hamidi untuk jawatan Timbalan Presiden pula. Calun-calun lain buang masa dan perabis beras aja.

Thursday, September 25, 2008

DR MAHATHIR, PAK LAH SAMA SAJA

Syok dan lazat Dr M lanyak Pak Lah. Dr M minta Pak Lah berhenti jadi PM. Ini bukan kali pertama Dr M suroh PM berhenti. Kali pertama ketika Tunku Ab Rahman, Dr M minta Tunku berhenti sehingga Umno memecat Dr M dari Umno. Ketika Husin On jadi PM, Dr M pasang Sulaiman Palestin lawan Husin On sehingga Husin On merajuk dan berhenti jadi PM selepas itu. Kini di zaman Pak Lah, dia minta Pak Lah berhenti pula. Selepas ini, sesiapa jadi PM pun , Dr Mahathir akan minta berhenti juga. Pada Dr M, hanya dia sahaja yang layak jadi PM Malaysia ini.

Dr M dan Pak lah sama sahaja degilnya tak mahu berhenti dari PM.

Mahathir kata sokonglah Pak Lah, banyak jawatan yang akan dibahagi oleh Pak Lah jika menyokong dia. Ini merujuk kepada Tajudin Rahman dan Shahidan Kassim. Zaman Dr M dulu, penyokong totoknya ialah Mohamad Rahmat dan Husin Ahmad. Lagi hebat, jawatan menteri dianugerahnya kepada mereka berdua. Mohamad Rahmat dari Johor menyokong Dr M dalam keadaan semua orang Johor menyokong Musa Hitam. Husin Ahmad dari Kelantan sokong Dr M dalam keadaan semua orang kelantan menyokong Ku Li. Jika tidak ada 2 orang pembodek ini, nasib Dr M hanyut pada 1987. Maka dia mungkin jadi PM setakat sepenggal sahaja. Ingat, Dr M hanya menang 43 undi sahaja. Ketika itu lagi hebat kerana menteri-menteri berterus terang menentang Dr M, hampir sebahagian anggota kabinet. Setakat ini hanya Muhyiddin sahaja yang menampakkan penentangan kepada Pak Lah.

Mahathir tak setuju Pak Lah guna ISA. Amboi, zaman Dr M lagi ramai yang kena ISA. Operasi Lalang lebih 100 orang kena tahan ISA. Geng Arkam pun kena ISA. Kes KMM dan JI pun zaman Mahathir. Kes IC palsu pun zaman Dr M. Pak Lah hanya meneruskan perbuatan Dr M sahaja. 2 kali 5 aja depa berdua ini. Malah Dr M lagi jahat oi. Mangsa ISA kena lanyak habis-habisan, contohnya kes Malik Husin(yang pernah jual kerusi ketika jadi calun Pas di Bandar Tun Razak pada 1995). Teresa Kok setakat tak cukup makan aja.

Pak Lah degil tak nak berhenti. Mahathir lagi degil tak nak berhenti, sampai 22 tahun, Macam dia aja pandai memerintah. Tahun 87, separuh perwakilan Umno menolak beliau tetapi dia tak berhenti. Tahun 1999, separuh pengundi Melayu tolak Umno, Mahathir tak berhenti juga. Kini Pak Lah tak hendak berhenti pasal nak ikut sunnah Mahathirlah!

Mahathir dan Pak Lah sama saja.

Saturday, September 20, 2008

PM MALAYSIA SERBA TAK KENA

Sepanjang Dr M jadi PM, yang kaya ialah Eric Chia, Ananda Krishnan, arwah Datuk Yahya Ahmad dan beberapa induvidu lagi.

Bila Pak Lah PM , yang kaya anak menantunya. Tak payah cerita panjang, semua orang tahu.

Bila Najib PM, depa kata Rosmah yang akan berkuasa.

PM Malayssia - serba tak kena.

RAYA TERAKHIR PAK LAH

Tahun ini, Pak Lah akan beraya kali terakhir sebagai PM. Program takbir raya pun dah buat!

Jika beliau menerima desakan oleh MT Umno, maka sebelum 10hb Oktober beliau akan melepaskan jawatan PMnya.

Anwar pun berkemungkinan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Pak Lah pada sidang parlimen pada bulan Oktober ini juga. Jika cukup MP yang menyokong undi ini, Pak lah mencipta sejarah PM pertama yang kena undi tidak percaya di Malaysia. Di Jepun dah kira biasa aja.

Jika Pak Lah tak mahu letak jawatan dan Anwar gagal membuat undi tidak percaya; maka majoriti perwakilan Umno akan menolak Pak Lah sebagai Presiden Umno pada Disember ini. Mungkin Pak Lah akan mencipta sejarah Presiden pertama yang kalah dalam Perhimpunan Agung Umno. Banyak sejarah yang bakal dicipta oleh Pak Lah. Hebat, hebat, orang Penang.

Aku ramalkan Pak Lah akan pegang jawatan PM sehingga akhir tahun ini dan umumkan tidak bertanding jawatan Presiden Umno pada Disember ini.

Apa pun, tahun ini, raya terakhir Pak Lah sebagai PM.

Apakah Pak Lah bersedia hadir ke parlimen selama 4 tahun lagi sebagai MP biasa?. Jalan terbaik ialah Pak Lah pun letak jawatan MP juga.

Sebagai bekas pegawai PTD, pencen sebagai PM merupakan pencapaian tertinggi Pak Lah dalam kariernya. Tahniah!

Maka kita akan ada 2 orang bekas PM yang masih hidup.


Wednesday, September 17, 2008

HANYA UMNO SAHAJA SUKA ISA

Semua parti dalam Pakatan Rakyat menentang ISA.

Parti Gerakan menentang ISA

MCA pun menentang ISA

Hanya Umno sahaja yang masih menyokong ISA.

Umno masih dan terus mewarisi pemikiran penjajah yang memperkenalkan ISA. Malah British yang memperkenalkan ISA dulu pun dah tak setuju dengan ISA.

Oh Umno ! memang kau dah tak relevan lagi.

Monday, September 15, 2008

PIMPINAN PAS DAN UMNO SAMA SAJA?

Baru syok sehari dua ini, pimpinan Umno dan Pas bertelagah sesama sendiri dalam parti masing-masing.

Dalam Umno, Najib dan Mahyuddin tak setuju pelan peralihan kuasa 2010. Zaid tak setuju ISA digunakan. Maka ramailah juak masing-masing sokong menyokong dan tentang menentang. Harap-harap bertambah rancak lagi dalam minggu ini. Nampak gaya Pak Lah sudah ditentang oleh majoriti pimpinan kanan Umno.

Sebelum ni Pas kecoh fasal muzakarah wal mukabalah. Kini heboh pasal 16 September pula. Ada kumpulan menyokong projek 16 September dan ada satu kumpulan dalam Pas tak percaya langsung projek tersebut. Kenyataan Mustafa Ali dan Mohamad Sabu di dalam Harakah, dihentam oleh TG Nik Aziz, Kamarudin Jaafar dan lain-lain kemudiannya. Dilaporkan kenyataan balas Nik Aziz tak dikeluarkan sepenuhnya oleh Harakah. Kenyataan penuhnya baca di sini. Malam tadi dilaporkan TG Nik Aziz balun Mustafa Ali semasa ceramah di Markaz Tarbiyyah. Baru best, itulah dua tokoh Pas zaman menyertai BN dulu yng masih ada dalam hiraki kepimpinan Pas masa kini. Hassan Shukri sudah di tepian bahtera Pas.

Harakah pula melaporkan perbezaan keyakinan pimpinan Pas dalam projek 16 September Anwar itu. Malah Mohamad Sabu kata, rancangan 16 September tidak dilaporkan dalam mesyuarat Pas Pusat pun. Tetapi Kamarudin Jafaar kata ada pula. Siapa benar siapa bohong. Lantaklah pemimpin Pas oi.

Pas bukan fikir macam mana kerajaan negeri di bawah kuasanya berjalan dengan baik dan hebat tetapi dok fikir perintah Malaysia sahaja la ni. Apakah Pas Pusat memantau pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990, memantau kerajaan Terengganu pada 1999 dulu dan kini adakah memantau Kedah dan Perak?


Sunday, September 14, 2008

PAS MENOLONG GOLONGAN MALANG

Bila Mahathir dipecat dari Umno pada 1969, dia gunakan pentas Pas menghentam Tunku Ab Rahman. Akhrnya Mahathir kembali ke Umno. Pas tolong Mahathir yang malang.

1988, bila Tengku Razaleigh tuboh Semangat 46, ia bekerjasama dengan Pas lawan Umno/BN. Pas tolong Ku Li dan Semangat 46 yang malang.

Bila Anwar dipecat dari Umno pada 1998, Keadilan berpakat dengan Pas pula lawan Umno/BN. Pas tolong Anwar yang malang.

2008, sekali lagi Pas berpakat dengan keadilan lawan Umno/BN. Umno/BN hilang 5 negeri dan hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Pas tolong Anwar yang malang lagi.

Dan.... jeng jeng.. bila Umno/BN akan kalah pada 2012 nanti, Pas akan berpakat dengan Umno pula membentuk kerajaan "demi Islam dan Melayu".

Pas akan sentiasa menolong orang malang. Kalau ada umur dapatlah kita lihat sejarah ini berlaku. Sekarang telah ada usaha-usaha berterusan pimpinan 'berhubung' dan 'membuat persefahaman' untuk pilihanraya akan datang. Jika pemimpin Pas turun ke bawah menerangkan kepentingan bersama dengan Umno/BN, ahli bawahan Pas akan cair mendengar hujah tersebut. Golongan ustazlah lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Umno/BN!!!

Friday, September 12, 2008

ANWAR ATAU PAS YANG BERANGAN

Anwar bercita-cita jadi PM melalui PR. Pas bercita-cita nak wujudkan negara Islam. Dalam kontek demokrasi, siapa yang berangan. Sila jawab!

Faktanya Pas hanya bertanding 60 kerusi parlimen semasa PRU 12. Jika Pas menang semua kerusi pun, adakah rakan kongsi dalam PR mengizinkan Pas mewujudkan negara islam di negara ini. Jawapan logik TIDAK. Maka apakah penyelesaiannya.

Yang tak syoknya, pimpinan Pas kata Anwar berangan jadi PM dan secara teknikalnya Anwar tak boleh jadi PM dalam tempoh terdekat ini. Tetapi jika Anwar berjaya memujuk parti politik dari Sabah dan Sarawak menyertai PR, ianya tidak mustahil bagi Anwar menjadi PM.

Jika PR memerintah dan Anwar jadi PM, adakah Pas boleh memujuk Anwar dan rakan kongsi dalam PR untuk mewujudkan negara Islam. Logiknya sukar. Maka Pas lebih berangan lagi dari Anwar.

Malahan pada PRU 13 akan datang pun, dengan komposisi kaum dalam kawasan pilihanraya masa kini, sukar bagi Pas dapat kuota bertanding lebih 130 kerusi jika bersama PR. Pas hanya dapat kuota 60 kerusi sahaja. Jika menang semua pun, Pas tak ada pengaruh untuk mewujudkan negara Islam.

Jelasnya dalam dunia demokrasi masa kini, cita-cita Pas untuk mewujudkan negara Islam tidak boleh tercapai. Maka apakah strategi Pas yang sepatutnya. Umno/BN tak mahu negara islam. PR pun tak mau negara Islam. Pilihan Pas masa kini ialah bersama dengan gabungan atau pakatan parti yang mahukan kerajaan yang bersih sahaja.

Jika ada pimpinan Pas yang menjadikan alasan negara islam untuk menyertai sesuatu pakatan politik, ia mengarut sahaja. Itu logiknya. Kuasa Allah kita tak tau.

Apakah Pas sanggup berjuang seorang diri dan terus berdakwah kepada rakyat negara ini sehingga majoriti rakyat menerima dan meyokong dasar Pas melalui undian pilihan raya. Ketika itulah Pas menang secara mutlak dan bolehlah menjadikan negara ini negara islam. Bolehkah Pas berusaha sehingga suasana itu tercapai. Bersediakah rakyat Malaysia berubah menyokong Pas. Jika ini strategi Pas, maka pertandingan 3 penjuru akan berlaku. Siapa yang untung?

Thursday, September 11, 2008

BN GAGAL JADI PEMBANGKANG

Lebih 6 bulan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kecuali isu babi di Selangor dan anugerah tanah di Perak, tak ada tanda-tanda BN memperjuangkan isu rakyat untuk PR laksanakan. Dan tidak ada tokoh BN yang mendedahkan penyelewengan kerajaan PR. Jika ada, janganlah tunggu sehingga habis penggal pemerintahan PR, baru nak dedahlan. Kena dedah segera kerana itu tanggung jawab sebagai pembangkang; mengawasi pemerintah.

Tengok DAP, PAS dan PKR yang sentiasa berceramah siang malam selama ini bekerja keras mengkritik BN. Kita sentiasa alu-alukan Umno/BN sebagai pembangkang yang baik. Takkan nak harapkan penyokong PR dedahkan pimpinan mereka yang menyeleweng. Tentulah mereka, jika tidak kerana takut dipecat, tentu ada perasaan cinta dan kasih kepada pemimpinnya. Nak harap pegawai kerajaan dedahkan, mereka dah lama bersekongkol dengan BN. Bila soru dah mula nak miss, baru sokong PR. Apa pun terima kasih le.

Adakah BN tak bersedia mendedahkan salahguna kerajaan PR kerana sememangnya PR belum lagi menyeleweng atau kerana BN takut penyelewengan mereka dahulu didedahkan? Atau memang mereka tidak boleh buat kerja tersebut kerana tak ada upah. Maklomlah sudah lama terbiasa kerja berupah. Jika mereka tiada kepakaran sebagai pembangkang, aku rasa Mohamad Sabu dan Saifuddin Nasution boleh bagi kursus khas!

Wednesday, September 10, 2008

KEJAMNYA PAK LAH

Ketua Umno Bukit Bendera Ahmad Ismail digantung keahlian Umno selama 3 tahun. Walau apapun ucapannya, aku rasa penggantungan ini terlalu kejam. Demi nak jaga hati parti kompenan lain, Pak Lah sanggup bunuh ahli partinya sendiri.

Ketika Hishamudin Husin hunus keris, tak ada apa-apa lak. Nampak sangat Umno tertekan la ni. Kesiannya dia. Tak betul-betul ahli Umno Pulau Pinang akan keluar dari partinya beramai-ramai. Dok dalam Umno pun, bukan dapat apa pun. Tapi parti apa mereka nak sertai. Parti tuppaware le nampaknya. Atau tuboh kumpulan boria aja le.


RAMALAN MASA DEPAN.

1988, Ku Li kalah lawan Mahathir. Ghafar Baba selaku TPM berjaya kalahkan Musa Hitam selaku penyandang Timbalan Presiden Umno. Pak Lah sokong Ku Li ketika itu.

Kemudian Ku Li tubuh Semangat 46, berpakat dengan Pas dan DAP lawan UMNO/BN. Rais Yatim kata DAP parti baik anti rasuah. Dia sokong dasar islam Pas kerana selaras dengan dasar Semangat 46 yang menerima Islam sebagai addin.


Pada Disember 2008 ini , Ku Li menang lawan Pak Lah dengan syarat cukup kuota pencalunan. Najib menang lawan Mahyuddin. Mahathir sokong team Ku Li dan Mahyuddin. Mahathir tak sokong Najib kerana Najib tak sanggup lawan Pak Lah.

Selepas kalah lawan Najib, mungkinkah Mahyuddin merajuk dan tubuh parti Melayu baru dan joint PR pula.

Pada Disember 2008 Ku Li jadi PM ganti Pak Lah sehingga 2012.

PR menang pada PRU 13. Anwar jadi PM pula. Maka Ku Li adalah PM terakhir dari UMNO/BN

Harap-harap Mahathir hidup sehingga Anwar jadi PM. Dapatlah dia melihat bekas seteru politiknya jadi PM iaitu Ku Li dan Anwar. Jika selepas tu dia nak pindah keluar negara atau meninggal dunia pun, kita tak terkilan. Ha ha.

Pas macamana. Melopong aja le.


KEMBALILAH KE UMNO

Walaupun Dr M 22 tahun jadi PM dan Presiden Umno, tak ada yang ikut dia keluar parti. Baru 4 bulan berkelana, dah nak rujuk semula. Ku Li yang segerombalan tubuh Semangat 46 dulu pun akhirnya kembali ke parti asal juga. Adakah Anwar pun akan kembali ke Umno jika Umno mengajak kembali ke Umno. Anwar tak ke Umno kerana tidak ada ajakan. Jika ada ajakan, belum tentu dia menolak. Kalau Umno rasa partinya akan musnah tanpa Anwar, tidak mustahil Umno ajak Anwar joint Umno semula. Baru padan muka DAP dan Pas. Ha ha. Dalam politik serba mungkin kan.


Sunday, July 13, 2008

JUTAWAN SAMAN ROSMAH

Najib sudah bersumpah di hadapan ahli Umno bahawa dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan Altantuya. Sekarang, giliran Rosmah pula kena bersumpah bahawa beliau tidak ada di tempat semasa kejadian pembunuhan Altantuya itu berlaku. Rosmah kena saman Raja Petra yang menuduhnya berada di tempat kejadian tersebut. Tuduhan melalui Akuan Berkanun itu menunjukkan Raja Petra bersungguh-sungguh hendak jadi wira Malaysia. Mana ada ahli politik yang sanggup buat macam itu. Jika tak benar dakwaan itu, Polis boleh bila-bila masa mendakwa Raja Petra. Polis tahu dimana Raja Petra minum teh dan buang air di negara ini. Maka tak susah nak heret Raja Petra ke mahkamah.

Apa nak dirisau Rosmah. Anda boleh jadi jutawan kerana anda akan menang kes ini. Sebenarnya Raja Petra telah ditipu dan terpercaya dengan pemberi maklumat berkaitan dengan tuduhan tersebut. Fasal nak jadi wira Malaysia, Raja Petra sanggup tuduh Rosmah secara rasmi.

Rosmah boleh menang kes saman ini dan mendapat RM 100 juta kerana tuduhan Raja Petra ini melibatkan bukan sahaja nama beliau tetapi melibatkan nama Najib sebagai TPM, imej Umno dan imej Kerajaan Malaysia. Masakan Rosmah tidak ada duit mengupah peguam terbaik dalam atau luar negeri untuk menyaman Raja Petra. Biar Raja Petra botak berkali-kali lagi. Biar Raja Petra minta sedekah di Jalan Tunku Abdul Rahaman. Biar bini Raja Petra minta cerai darinya. Biar padan muka penyokong blog Malaysia Today. Biarkan!!!!!

Gunakan peluang ini untuk dapat duit percuma. Najib ada kuasa untuk pengaruh pentadbir mahlamah percepatkan kes ini. Rakyat sokong 100% kes ini dipercepatkan. Buatlah Rosmah. Kami berdiri teguh di belakang anda.

Bila sudah jadi jutawan dengan duit saman ini, shopinglah di London, Paris, atau di mana-mana sahaja di dunia ini. Shoping berkoyan-koyan pun tidak mengapa. Mohamad Sabu janganlah marah Rosmah nak shoping puas-puas kali ini. Kali ini dia belanja dengan duit sendiri, bukan duit kamsyen tau.


Rosmah, saman jangan tak saman.